Рет қаралды 143,673
Dalam episod kali ini, Fendi berada di Kg Etau, Pasir Hitam Langkawi, untuk mengikuti Abang Lan ke laut mencari ikan kebasi segar serta melihat sendiri bagaimana aktiviti harian Abang Lan memukat ikan di sekitar perairan Langkawi.
Ikan selangat atau ikan kebasi menjadi ramuan utama kuah laksa warga Langkawi. Saksikan Fendi membantu memukat ikan bersama Abg Lan.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti KZbin, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.