Рет қаралды 35,688
5 Sept 2024 : SIDANG MEDIA LAPORAN POLIS BERKAITAN KES "ZAHID TIPU AGONG" DAN INTIMIDASI TERBARU KERAJAAN BERKAITAN PENDEDAHAN ISU 115 SD DAN PENIPUAN DATUK SERI ZAHID HAMIDI
Dengan segala hormatnya, rakan-rakan media dijemput untuk membuat liputan berkenaan perkara di atas pada hari Khamis, 5 September 2024, jam 2.00 petang, di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Empat perkara yang ingin dimaklumkan adalah berkenaan:
1. Suatu laporan polis susulan terhadap tindakan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Zahid Hamidi yang telah menipu dan mengelirukan DYMM YDPA berkaitan sokongan 30 Ahli Parlimen BN terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Suatu laporan polis untuk meminta siasatan terhadap kemungkinan berlaku kecuaian oleh Pegawai-pegawai Istana dalam melaksanakan tuntutan Perlembagaan Persekutuan dalam hal berlaitan pelantikan seorang Perdana Menteri pada tarikh 21 November 2022
3. Suatu laporan polis untuk menyiasat kemungkinan berlakunya jenayah di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan (Akta 574) oleh Datuk Seri Zahid Hamidi terhadap Ahli-ahli Parlimen BN
4. Intimidasi terbaru kerajaan Malaysia terhadap Datuk Tun Faisal Ismail Bin Aziz, yang dilihat sebagai salah satu langkah untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat Malaysia daripada terus mendedahkan kemungkinan berlakunya kecacatan, penipuan, manipulasi dan kecuaian dalam melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan semasa urusan pelantikan seorang PM dalam bulan November, tahun 2022.
Sekian, terima kasih
FB Tun Faisal Ismail Aziz
Follow : www.facebook.c...