Sidang Media Majlis Pembuka Tirai National Bioeconomy Showcase 2024 | NBiOSHOWCASE 2024

  Рет қаралды 112

Bioeconomy Corporation

Bioeconomy Corporation

Ай бұрын

Kuala Lumpur, 1 Julai 2024 - Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menyasarkan pelaburan baru bernilai RM1.32 bilion untuk tahun 2024 yang bakal diumumkan di National Bioeconomy Showcase 2024 (NBiOSHOWCASE 2024) yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Julai 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Di samping itu, Bioeconomy Corporation menyasarkan jumlah sumbangan pendapatan kepada KDNK negara bernilai RM2 bilion yang bakal dicapai oleh industri bioteknologi dan berasaskan bio menjelang akhir tahun 2024. NBiOSHOWCASE 2024 merupakan persidangan dan pameran industri bioteknologi dan berasaskan bio anjuran bersama MOSTI dan Bioeconomy Corporation sebagai penganjur utama.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang berkata sasaran pelaburan dan pendapatan itu bakal dicapai berdasarkan perkembangan dan kerjasama yang signifikan dalam sektor kesihatan, perindustrian, dan pertanian industri bioteknologi di Malaysia setakat ini. Menurut beliau, dari Januari hingga Mei 2024, syarikat-syarikat bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia telah mencatatkan sejumlah RM838 juta pelaburan baru dan RM1.5 bilion pendapatan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), En. Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak, salah satu tarikan utama NBiOSHOWCASE 2024 adalah tawaran peluang pekerjaan dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio.
NBiOSHOWCASE mendapat sokongan kuat oleh penggiat industri bioteknologi besar, seperti Penaja Platinum, Alps Global Holding Berhad yang merupakan sebuah syarikat bioteknologi, perubatan, dan kesihatan bersepadu di Malaysia yang membangunkan perubatan jitu melalui teknologi genomik DNA, mRNA, dan terapi selular. NBiOSHOWCASE, juga ditaja oleh penggerak industri bioteknologi utama termasuklah YHL Foods Sdn. Bhd., Free The Seed Sdn. Bhd., Nature Similars Sdn. Bhd., GoodMorning Global Sdn. Bhd., Sarawak Digital Economy Corporation, Mirxes Pte Ltd, Nextgreen Global Berhad, Biocon Sdn. Bhd., Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd., Invest Selangor Berhad, MTC Orec Sdn. Bhd., Entomal Biotech Sdn. Bhd., ReNIKOLA Holdings Sdn. Bhd., dengan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai rakan strategik, Glyken sebagai penaja minuman berasaskan sarang burung dan Bernama sebagai rakan media.
#BioeconomyCorporation #MOSTI #NBiOSHOWCASE2024
**********************************
Bioeconomy Corporation is the lead development agency for the bio-based industry in Malaysia, under the purview of Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI).
Follow Bioeconomy Corporation on the following platforms:
Website: www.bioeconomycorporation.my
Facebook: Bioeconomy Corporation
Instagram: bioeconomycorporation
TikTok: @bioeconomycorporation
Twitter: bioeconomycorp
LinkedIn: bioeconomy-corporation

Пікірлер
لقد سرقت حلوى القطن بشكل خفي لأصنع مصاصة🤫😎
00:33
Cool Tool SHORTS Arabic
Рет қаралды 28 МЛН
Best KFC Homemade For My Son #cooking #shorts
00:58
BANKII
Рет қаралды 72 МЛН
6 OGOS 2024 - BERITA PAGI PENUH
9:55
Berita RTM
Рет қаралды 3,2 М.
Product Video: DOF - Super Intensive White Shrimp Culture System
2:48
Bioeconomy Corporation
Рет қаралды 218
Striking the Balance: Healthcare Innovation vs Business Opportunities
58:43
4 OGOS 2024 - KANTA 744 MALAM
14:23
Berita RTM
Рет қаралды 3,3 М.
$25,000 vs. $25,000,000
29:58
Johnny Harris
Рет қаралды 1,9 МЛН
Nokia 3310 top
0:20
YT 𝒯𝒾𝓂𝓉𝒾𝓀
Рет қаралды 4,1 МЛН
Klavye İle Trafik Işığını Yönetmek #shorts
0:18
Osman Kabadayı
Рет қаралды 8 МЛН
Bluetooth connected successfully 💯💯
0:16
Blue ice Comedy
Рет қаралды 1,5 МЛН