Sifu Durian BAB 49 | Apa itu Baja NPK? - Fahami NPK Kimia dan NPK Organik

  Рет қаралды 49,647

Rumahku Syurgaku

Rumahku Syurgaku

Күн бұрын

Baja Sebatian atau baja kimia disediakan melalui proses KIMIA. Video ini menerangkan baja NKP yang digunakan dalam tanaman durian, iaitu NPK 15-15-15 (baja sebatian HIJAU). Ada juga orang yang bertanya boleh ker menggunakan NPK 16-16-16? Jawapannya: Boleh.
Baja sebatian/kimia tidak boleh digunakan terlalu kerap kepada pokok durian, kalau pokok di bawah 2 tahun memadai 2 kali setahun (6 bulan sekali) sahaja, kalau pokok sudah besar, bolehlah di bubuh 3 kali setahun (4 bulan sekali)
Manakala baja untuk menggalakan pokok durian berbunga dan berbuah pula ialah NPK 12-12-17 atau NPK 13-13-20, mengikut kesesuaian. Ia juga digelar BAJA BIRU.
Manakala Baja Organik pula disediakan melalui proses FERMENTASI dan kandungan NPK nya adalah rendah sama ada 5-5-5 atau 8-8-8.
Baja organik mempunyai kadar serapan yang lambat dan ia menjadi baja berterusan kepada pokok durian terutama pokok yang masih kecil. Kekerapannya sebulan sekali atau paling minimum 2 bulan sekali.
Fahami baja DOLOMITE - keperluan dan kepentingan dalam tanaman durian dan tanaman lain. • Sifu Durian BAB 48 | B...
Sifu Durian BAB 29 | Cara MEMBAJA/MERACUN Durian Lepas diTanam
• Sifu Durian BAB 29 | C...

Пікірлер: 84
@tomjosjos54
@tomjosjos54 3 жыл бұрын
Ini baru betul ..sampai saya hampir bergadoh dengan orang yng sekolah tinggi pasal maksud baja NPK itu ..sebalum itu memang saya dah tahu dari cikgu ni sebap saya selalu tengok di youtube
@amranqlate
@amranqlate 3 жыл бұрын
Terang dan jelas penerangan Cikgu. Anak murid mudah paham.
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
Cikgu Man menggunakan baja NPK 15-15-15 keluaran Yara Mila (Finland). Harganya pula sekitar RM130 bagi 50kg. Manakala Baja Organik 5-5-5 beliau menggunakan keluaran Real Strong (Cap kepala Gajah) yang berharga sekitar RM35 bagi 25kg. Ada juga masanya Cikgu Man gunakan baja organik Ajimino keluaran Jepun dengan harga RM60 (25kg)
@halidahamid1510
@halidahamid1510 3 жыл бұрын
Salam Tuan..Bagi pokok durian 4 kaki tinggi baja NPK 5 5 5 berapa gram nak tabur dan berapa kali setahun dan NpK 15 15 15 pula berapa gram dan berspa kali setahun.
@pijoetemuan
@pijoetemuan 3 жыл бұрын
Organik 555 tu tabur tiap bulan ke?
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
boleh
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
@@halidahamid1510 janagn banyak sangat, agak-agak dalam setin susu cecair (yg buat teh tarik tu)
@kassimselamat3905
@kassimselamat3905 3 жыл бұрын
Salam tuan..dolomite perlu tabur ke kalau pokok durian bawah 2 tahun..blh share penggunaan dolomite x
@jeffdin8028
@jeffdin8028 3 жыл бұрын
Cencal cikgu ni amat berguna yang minat dangan kebun boleh la balajar dari sini semua ada di tunjuk ajar
@duriandurihitam7378
@duriandurihitam7378 3 жыл бұрын
Terima kasih cikgu...ulangkaji semasa di aliran sain tingkatan 4 dan 5 dulu..ilmu yg berguna..
@camcamtv4056
@camcamtv4056 3 жыл бұрын
Terima kasih cikgu mohon halal ilmu ini
@syukriepatbulang5327
@syukriepatbulang5327 2 жыл бұрын
terima kasih perkongsian ini..mantap sifuku
@chanpengwan4815
@chanpengwan4815 3 жыл бұрын
Terima Kasih. Sifu.
@elicchannel2164
@elicchannel2164 3 жыл бұрын
Salam..Terimakasih perkongsian yang bermanfaat..
@tbonzjoseph3156
@tbonzjoseph3156 3 жыл бұрын
Info yang baik sekali.terbaik cikgu.
@yetlan52
@yetlan52 3 жыл бұрын
Terima kasih tuan
@taktiktutorial
@taktiktutorial 3 жыл бұрын
Makasih ilmunya tentang NPK pak bos 👍👍👍👍🙏🙏🙏
@soheng9131
@soheng9131 3 жыл бұрын
A terbaik
@otschannel9859
@otschannel9859 3 жыл бұрын
noted sifu
@tbonzjoseph3156
@tbonzjoseph3156 3 жыл бұрын
Info yang sangat berguna.
@ikhwanikhwan8089
@ikhwanikhwan8089 3 жыл бұрын
Mantul
@Hayder_355
@Hayder_355 3 жыл бұрын
oke baru paham ape itu NPK...
@shamsulbahari1844
@shamsulbahari1844 2 жыл бұрын
Slm.. Sy baru terbabit dan masih baru dlm xtvt penanaman durian ini.. Melihat video ini,sy dipahamkn penggunaan baja kimia hanya disarankn 2x setahun..Soalan sy. 1.Pembajaan 2x setahun ini merujuk kpd pokok yg tlh matang ker? 2.Pokok durian sy br berumur 15 bln..Setiap kali membaja(sebulan 1x)sy hanya menggunakn baja sebatian 15 15 15.Betulkah cara pembajaan sy itu dan sesuaikah baja tersebut? Terima kasih..
@mohdzalin1910
@mohdzalin1910 2 жыл бұрын
assalammualaikum tuan kalau pokok duruan daun kekuninggan apa nak buat
@hazrysmkgc2796
@hazrysmkgc2796 Жыл бұрын
Bagi pokok durian yg 5 tahun lebih berapa kilo digunakan dan berapa kali setahun
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 Жыл бұрын
Baja kimia, npk 15x3 atau 16x3 setahun sekali cukup, yg lain2 bubuh organik 5x3 atau 8x3 (ajimino pun bagus) setiap 2 bulan, kuantiti tu ikut saiz pokok, antara 2-3 kilo sepokok, bnyk sangat pun rugi juga, dan elok juga ada semburan baja cecair mcm isabion antara itu
@hazrysmkgc2796
@hazrysmkgc2796 Жыл бұрын
@@rumahkusyurgaku9776 terima kasih atas nasihat..
@otschannel9859
@otschannel9859 3 жыл бұрын
ok sifu..tq info
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
👍👍
@aglensa
@aglensa 2 жыл бұрын
Berpuluh tahun kita bagi pokok kita baja kimia yang mana kita terlepas pandang dalam masa yg sama kita merosakkan tanah pertanian kita sendiri dalam jangka masa panjang.
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 2 жыл бұрын
kerana itu baja kimia hanya 2x setahun
@atongcbuti4916
@atongcbuti4916 3 жыл бұрын
Cikgu...kalau pokok durian dah berumur 15 thn ke atas, berapa kg kadar baja kimia yg sesuai setiap kali pembajaan?
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
tabur bawah kanopi dalam 3 -5 kg/pkk ikut saiz pokok, agak-agak sahaja, tak perlu berlebihan
@atongcbuti4916
@atongcbuti4916 3 жыл бұрын
@@rumahkusyurgaku9776 Baiklah....terima kasih cikgu
@zulsaid6737
@zulsaid6737 3 жыл бұрын
Apa beza baja kimia/sebatian dan baja organik. Dua2 pun baja juga.
@sendu68
@sendu68 2 жыл бұрын
baja sebatian diperbuat drp bahan2 kimia .Baja organik dari sumber2 bahan organik. Bj sebatian org selalu sebut sbg baja NPK. Nilai NPKnya lebih tinggi,lebih cepat berti dakbalas. Baja organik mempunyai nilai NPK rendah tetapi kurang impaknya trhadap keasidan tanah. Oleh itu baja organik boleh diguna secara kerap & dalam kuantiti lebih banyak berbanding dgn baja sebatian.
@nikfaiz1676
@nikfaiz1676 3 жыл бұрын
kalau pokok yg dah lama berusia brpa kali blh di baja...masa buah mmbsr blh dibaja jgk ke?
@zainalhabsahli5751
@zainalhabsahli5751 3 жыл бұрын
Tq info😎👍🇲🇾
@matrodzi7775
@matrodzi7775 3 жыл бұрын
Macam mane mengubat doyan mangkor?
@OrangbukitBorneoTv
@OrangbukitBorneoTv 3 жыл бұрын
Selalu baja buah di baja pada pokok berapa tahun baru taruh baja buah?
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
4 tahun ke atas bole mulakan npk 12/12/17, tetapi dengan menyembur Isabion 2 atau 4 minggu sekali telah membantu utk proses berbuah
@oppikeroppi3399
@oppikeroppi3399 3 жыл бұрын
@@rumahkusyurgaku9776 pokok 4 tahun keatas ni letak baja 12 12 17 ni sebulan dlm berapa kali cikgu...
@oppikeroppi3399
@oppikeroppi3399 3 жыл бұрын
@@rumahkusyurgaku9776 dan cikgu klu dah nk dekat musim bunga blh letak lg baja?..atau ada tempoh bila kita kena berenti letak baja sebelum musim bunga...terima kasih
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
refer BAB 21
@mohdnajib1532
@mohdnajib1532 3 жыл бұрын
salam tuan saya baru tanam anak pkok durian dalam polibeg.saya gunakan baja organik champion 555 saya nak tau kekerapan menbaja mcm mna? setiap sebulan sekali ke dan berapa bnyk nk bubuh
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
sebulan sekali sudah memadai tuan.
@rustomalwie9263
@rustomalwie9263 3 жыл бұрын
Boss guna racun rumpai jenis mna.. sentuh atau serap dikebun... tq
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
guna yg sentuh shj, terutama di antara teres@busut - cuba elakkan di bawah kanopi pokok
@azmihussain1325
@azmihussain1325 2 жыл бұрын
Saya baru tanam anak sawit. Harini saya beli baja. Cina tu bagi 12 12 17.. bolih ke baja ni?
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 2 жыл бұрын
itu baja buah tuan, patut tabur 15/15/15 atau 16/16/16
@faizalsenin86
@faizalsenin86 3 жыл бұрын
Salam tuan...utk pokok umur 1 tahun sesuai ke pakai NPK 666 atau 888 sebulan sekali?
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
boleh tusn
@tomjosjtomjos6120
@tomjosjtomjos6120 3 жыл бұрын
Baja 555 itu macam mana rupa bentuk dia tepung hitam ke atau berbutir
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
butiran tuan, kami guna produk real strong.. google tuan, dpt lihat gambarnya
@jauemang1880
@jauemang1880 3 жыл бұрын
Boleh tak tabur baja musim kemarau
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
boleh tuan, pastikan pokok di siram, biar baja meresap nt, pokok besar perlu air lg bnyk
@baduriabdulghani9733
@baduriabdulghani9733 2 жыл бұрын
Npk 15/15/15 blh ke UTK pokok getah...tuan.
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 2 жыл бұрын
boleh.. semua jenis tanaman, sawit, getah, rambutan, pisang, nenas....semua pokok perlu NPK
@baduriabdulghani9733
@baduriabdulghani9733 2 жыл бұрын
Terima kasih tuan...ok
@pokciksupir4929
@pokciksupir4929 3 жыл бұрын
Assalamualaikum..jika K 28 sesuaikah untuk deroyan?
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
maaf. K28 tu baja apa?
@dicksonhadi2670
@dicksonhadi2670 3 жыл бұрын
Mungkin maksud nya kandungan kalium 28%
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
@@dicksonhadi2670 kalau kalium yang tinggi ni biasa, lebih sesuai untuk pokok berbuah sepanjang tahun seperti kelapa dan kelapa sawit, untuk durian terlalu tinggi memadai k 17 (12/12/17) atau 20 (13/13/20)
@dicksonhadi2670
@dicksonhadi2670 3 жыл бұрын
@@rumahkusyurgaku9776 smoga menjawab pertanyaan saudara Pok Cik Supir
@duniawan9104
@duniawan9104 3 жыл бұрын
setengah sifu durian yang lain megatakan baja kimia hanya boleh di tabur pada kadar 30% manakala baja organik 70% untuk pokok 5 tahun ke atas supaya pokok itu sihat dan umur panjang..isi buah pun nanti akan cantik dan berkualiti.. adakah itu benar ?semua kita tahu banyaknya baja kimia ada kesan samping untuk pokok..kita lihat pokok durian hutan jangka hayatnya cukup lama tanpa baja kimia
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
baja kimia/sebatian jangan lebih 3x setahun - yang lain-lain npk organik (888 atau 555)
@mkmy81
@mkmy81 3 жыл бұрын
Baja kimia ni utk pkk yg umur kurang sethn brp kuantiti yg sesuai
@muhamadnazif6206
@muhamadnazif6206 3 жыл бұрын
Asalamualaikum datuk boleh ke pakai NPK 20/20/20 boleh tak
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
boleh sahaja tapi jangan terlalu kerap
@haronmehadbetul9526
@haronmehadbetul9526 3 жыл бұрын
BOLEHKAH SAYA CANGKUL DIATAS TANAH SEDALAM 6 inci KEMUDIAN SAYA TABORKAN BAJA..TERIMA KASIH.
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
boleh tuan.. lagi bagus, baja tak pergi ke tempat lain jika hujan lebat berlaku
@haronmehadbetul9526
@haronmehadbetul9526 3 жыл бұрын
@@rumahkusyurgaku9776 TERIMA KASIH SEKALI LAGI.
@choohan6065
@choohan6065 3 жыл бұрын
cikgu buah durian sudah gugur habis boleh tak bagi baja
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
Elok di baja 3 bulan sekali dengan dolomite dan NPK 12/12/17 atau NPK 13/13/20
@koboymalayar1064
@koboymalayar1064 3 жыл бұрын
Kalau.pokok.dah berbunga.boleh baja buah
@19muhammadhamizanbinmdnoor29
@19muhammadhamizanbinmdnoor29 3 жыл бұрын
Bila nk start bg baja npk biru ?
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
npk biru 12/12/17 boleh mula umur 5 tahun kalau nak cuba pokok berbuah seawal 6 tahun
@samsulbahrin7456
@samsulbahrin7456 3 жыл бұрын
Kenapa sy tak boleh tengok video ni. Hanya dengar suara sahaja?
@rumahkusyurgaku9776
@rumahkusyurgaku9776 3 жыл бұрын
tak tahu sy tuan.. cuba on off hp atau komputer tn
@samsulbahrin7456
@samsulbahrin7456 3 жыл бұрын
@@rumahkusyurgaku9776 video2 lain ada yang sy boleh tengok dan ada juga jadi macam ni tak boleh tengok
@xpdckehidupan752
@xpdckehidupan752 3 жыл бұрын
Masalah handphone tu tuan.
Sifu Durian BAB 62 | Elakan Durian Berbunga Jadi Jeruk Hantu
8:28
Rumahku Syurgaku
Рет қаралды 18 М.
How I Turned a Lolipop Into A New One 🤯🍭
00:19
Wian
Рет қаралды 10 МЛН
Кәсіпқой бокс | Жәнібек Әлімханұлы - Андрей Михайлович
48:57
Perbezaan 3 jenis baja kopi ini. zeenex 888 , Twin arrow dan  ajimino.
31:19
KENALI BAJA DAN FUNGSINYA
14:08
Zulkifli Aswan
Рет қаралды 18 М.
Cara & Kenapa Gunakan Dolomite Pada Penghujung Musim Buah
10:25
Tok Alang Channel
Рет қаралды 17 М.
Rahsia seorang wanita urus 400 pokok durian Musang King sejak 20 tahun
33:40
Kerana Aku Lah Ahmad Itu
Рет қаралды 526 М.
Sifu Durian BAB 3 | Cara MENANAM Durian Dengan Betul + SUNGKUPAN
10:28
Rumahku Syurgaku
Рет қаралды 161 М.
Sifu Durian BAB 80 | Tips Membaja Durian SELEPAS Musim Berbuah
5:54
Rumahku Syurgaku
Рет қаралды 13 М.
Rawat pokok durian 30 Tahun | Hanani Agro Farm
4:47
Hanani Agro Farm
Рет қаралды 11 М.
Pokok Cili Lecuh Baja? Ini Cara Guna Baja NPK Yang Betul
7:05
How I Turned a Lolipop Into A New One 🤯🍭
00:19
Wian
Рет қаралды 10 МЛН