Рет қаралды 1,148
#solocamping #semiwildcampsite #nature #alone #campinglife #camping #storm #blackdog #survival #survivor #survive
Assalam. Hai semua.
Ini adalah video pertama tahun 2024 Lady M bersolo camping.
Lokasi : Kem Survival Anjong Charandong, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
Tuan Tanah : Tok Mi, 017-343 6981
Perjalanan dari KL ke campsite, 1 jam 15 minit.
Kemudahan : Hanya 2 tandas (lelaki/perempuan) cangkung. Lagi 2 tandas cangkung tambahan, iaitu portable.
Telco line: Celcom & Digi cemerlang✅
Parking : Atas bukit, jarak ke tapak +- 100m (disarankan membawa wagon utk mengangkat barang²)
Al-kisah kali ini, Lady M tak boleh tidur pada malam pertama disebabkan angin seperti ribut melanda. Tidur hanya dari jam 10.15 malam - 12.00 tgh malam & paginya dari jam 4.30am - 6.30am atas sebab berjaga-jaga jika ada perkara tidak diingini berlaku. Begitu juga dengan 1 jiran camper, mereka suami isteri pun dalam mode berjaga-jaga. Apa pun, alhamdulillah...tiada apa yang berlaku. Keesokkan paginya, saya difahamkan oleh Tuan Tanah, cuaca begini berlaku disebabkan pertukaran monsun kerana kemarau hampir tiba awal bulan March, 2024. Dan juga, ruang sungai itu adalah laluan angin.
Dek tak dapat tidur semalaman, Lady M extend 1 malam lagi di situ kerana kepenatan. Siangnya, Lady M mengutip ranting² & dahan patah yang berteraburan di situ untuk dijadikan unggun api pada malam nanti. Tapi, apakan daya...apa yang dirancang, tidak terlaksana. Saya sempat menyalakan api 10 minit & selepas itu saya padamkan balik kerana risau angin yang kuat membawa bara api terbang. Pada masa yg sama, device saya kehabisan bateri & tidak boleh merakam moment tersebut.
Keesokan harinya, dalam jam 12 tengahari saya check-out setelah 4x ulang alik mengangkut barang².
Inilah pengalaman pertama Solo Camping 2024.
Sekian.
Sudilah Subscribe, Like video & comment.
Jutaan terima kasih dari Lady M Outside.