Рет қаралды 11,060
Seperti yang telah di war warkan oleh Snooz & Dooz sebelum ini, Soloz bakal melancarkan sebuah koleksi kolaborasi bersama Peak.KL.
Koleksi yang memperlihatkan 2 pilihan warna jersi dan topi ini menceritakan tentang kehidupan Soloz sebagai seorang 'gamer' yang mempunyai minat dalam fesyen streetwear ini.
Sudah pasti koleksi kali ini menjadi koleksi yang ditunggu - tunggu oleh kedua dua peminat jenama ini kerana ia merupakan cross culture pertama buat Soloz. Koleksi ini bakal dijual menerusi laman web Peak.KL secara 'shock drop' dan boleh walk in pada Khamis ini 30/06/2022 bermula jam 8 malam di Homebois Pitstop, Petaling Jaya.
Tontoni video penuh di KZbin Snooz & Dooz bagi mendengar sendiri apa kata Soloz dan Mamak iaitu pengasas Peak.KL mengenai kolaborasi ini dan apakah cabaran yang mereka lalui sepanjang pembikinan rekaan kali ini.
Jangan lupa Like, Comment, Share & Subscribe! Kita jumpa di next video!
Terima kasih atas sokongan anda semua.