No video

Sultan Abdullah selamat dimasyhurkan Sultan Pahang ke-6

  Рет қаралды 41,223

KiniTV

KiniTV

5 жыл бұрын

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang ke-6 menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Istiadat permasyhuran berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang tepat jam 11.00 pagi tadi.
Istiadat pemasyhuran yang disaksikan 1,600 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat termasuk ketua kampung di negeri Pahang.
Majlis tersebut mencatat sejarah penting bagi negeri itu selepas kali terakhir istiadat itu diadakan pada 45 tahun lalu, sempena pemasyhuran ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar pada 7 Mei 1974.
Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang, telah diputuskan Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang selepas bermesyuarat pada Jumaat lepas.
Majlis itu sebulat suara bersetuju Sultan Abdullah dimasyhurkan menggantikan ayahanda baginda yang kini dilaporkan dalam keadaan gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.
Sultan Abdullah, 59, yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan adalah cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.
Sebelum dilantik menjadi Raja pemerintah negeri ini, Sultan Abdullah pernah dua kali diamanahkan menjadi Pemangku Raja Pahang iaitu kali pertama pada 28 April 1979 semasa Sultan Ahmad Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kali kedua pada 28 Disember 2016 semasa kesihatan Sultan Ahmad Shah mula merosot.
Sultan Abdullah mendirikan mahligai dengan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 6 Mac 1986. Baginda dikurniakan empat putera dan lima puteri.

Пікірлер: 30
@gohpeyfen543
@gohpeyfen543 Жыл бұрын
💪💪🇲🇾
@naqibismail2646
@naqibismail2646 4 жыл бұрын
daulat tunaku yang untuk boleh semua dengan saya moga cepat kepada sampai terbaik jumpa. ayah bonda kerajaan bawah kpd negara sultan abdullah pahang ahmad shah al fatihah arwah
@azalikhamis7304
@azalikhamis7304 3 жыл бұрын
DAULAT TUANKU...
@mohd.idzuan.sukri.bin.zamh5977
@mohd.idzuan.sukri.bin.zamh5977 2 жыл бұрын
salam...dari..saya...eesukri
@remrh8104
@remrh8104 5 жыл бұрын
Laungan ALLAH HU AKBAR...membuat airmata mengalir.....somoga Allah berkati tuanku berdua.aamiin.
@kodoksempoy2615
@kodoksempoy2615 5 жыл бұрын
Syabas dan menjunjung setinggi-tinggi Tahniah Sultan Pahang ke 6
@amirfarhanjasni9840
@amirfarhanjasni9840 5 жыл бұрын
I love his spouse, she is a very humble person. I've once saw her in Penang eating durian just like a regular citizen, no one bother to recognize her presence at the moment and she's not even asking for one.
@Havinginyoureyes
@Havinginyoureyes 5 жыл бұрын
Social Media mahacai kau
@amirfarhanjasni9840
@amirfarhanjasni9840 5 жыл бұрын
@@Havinginyoureyes amboi, bahasa. Kalau kamu tak faham apa saya cuba sampaikan, setidak-tidaknya janganlah menunjukkan kebodohan kamu dengan berkata kesat sebegitu. Apa yang kamu cuba sampaikan sebenarnya? Apa level kebodohan kamu sampai semua perkara harus diletakkan dalam persepektif politik. Apa kamu buta secara zahirnya atau otak kamu itu terletak di lutut?
@awgsawal1526
@awgsawal1526 5 жыл бұрын
Daulat tuanku, semuga kekal karal memerintah negeri pahang dgn adil mengikut hukom islam... Aamiin
@budakreform
@budakreform 5 жыл бұрын
Daulat Tuanku
@janedell4110
@janedell4110 5 жыл бұрын
Daulat Tuanku Amin7x.
@shariffmasyahor9552
@shariffmasyahor9552 5 жыл бұрын
Assalamualaikum.. semoga tuanku sultan memerintah dgn Adil dan saksama. Semoga dlm pemerintahan tuanku sultan ISLAM jadi tonggak utama. Semoga Al-Quran dan Sunnah jadi panduan dalam pemerintahan tuanku sultan. X pernah lupakan nasihat tuanku kpd patik semasa lawatan tuanku sultan ke bengkel tenun pahang dahulu. Terima kasih tuanku sultan.
@sikoleyley1359
@sikoleyley1359 5 жыл бұрын
Allahhuakhbar. Daulat Tuanku 🙏
@choma.r8242
@choma.r8242 5 жыл бұрын
Daulat tuan ku
@mohdfadhilismail8382
@mohdfadhilismail8382 5 жыл бұрын
Semoga tuanku dan permaisuri drahmati Allah swt.semoga tuanku sejahtera memimpin menerajui dan bersemayam d atas singgahsana takhta kerajaan pahang.patik sebagai rakyat pahang amat bersyukur dan berbesar hati d atas pemasyhuran tuanku sebagai sultan pahang.Allahu Akbar.Daulat Tuanku
@satuperkongsian5347
@satuperkongsian5347 5 жыл бұрын
Semoga Tuanku benar2 berpegang dengan sumpahnya, iaitu menjaga kesucian agama Islam...
@khalifahbanimarwan7806
@khalifahbanimarwan7806 5 жыл бұрын
gering istilah bahasa melayu lama.. Gering-Sakit Mangkat-meninggal dan bnyk lg laaa bahasa melayu istana dulu2.😊
@NANA-le7lm
@NANA-le7lm 5 жыл бұрын
santap- makan, beradu - tidur. bersiram - mandi
@asrihashim6351
@asrihashim6351 5 жыл бұрын
Alhamdulillah...
@dwenringgo1190
@dwenringgo1190 5 жыл бұрын
Rosmah...Rosmah...apasal ko tak pkai tudung...adehhh...bukan tak pernah...at least sopan la skit..
@janedell4110
@janedell4110 5 жыл бұрын
CintaQ Qur'an BondaQ NegaraQ DuniaQ... amin🌎💛
@merlionrockzsoulmate849
@merlionrockzsoulmate849 5 жыл бұрын
Najib Rosmah, Relex nampak....... Yg sepatut nya Ni Dua duduk atas tu,jadi raja Raja kapor.
@zaczain5654
@zaczain5654 5 жыл бұрын
DS Najib ni Orang Bergelar Pahang sebab tu dia duduk hampir dgn Sultan, dia akan terlibat dalam mana2 upacara yg memerlukan kehadiran Orang2 Bergelar di Istana Pahang.
@AbdulRahman-rq8ji
@AbdulRahman-rq8ji 5 жыл бұрын
Hidup biar ada adap saudara
@merlionrockzsoulmate849
@merlionrockzsoulmate849 5 жыл бұрын
@@AbdulRahman-rq8ji ikut suka lu la bro.....
@shamshulanuar1097
@shamshulanuar1097 5 жыл бұрын
Manuquien Soulmate jaga mulut sikit
@merlionrockzsoulmate849
@merlionrockzsoulmate849 5 жыл бұрын
@@shamshulanuar1097 ikut suka lu la bro.....
@mohdizzuddin2952
@mohdizzuddin2952 5 жыл бұрын
Daulat Tuanku
Perkahwinan Diraja Pahang dan Johor pada tahun 1986
56:14
Pahang Media TV
Рет қаралды 1,3 МЛН
JANGAN RIAK & ANGKUH | Titah Sultan Abdullah Kepada Tengku Mahkota Pahang Baharu
14:17
Harley Quinn's plan for revenge!!!#Harley Quinn #joker
00:49
Harley Quinn with the Joker
Рет қаралды 27 МЛН
Smart Sigma Kid #funny #sigma #memes
00:26
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 19 МЛН
Tengku Abdullah Dimasyhur Sultan Pahang Ke 6
21:05
Astro AWANI
Рет қаралды 204 М.
Tengku Abdullah Sultan Pahang VI
10:21
Buletin TV3
Рет қаралды 116 М.
Podcast Apa-apa Saja: Kalau saya mati pun tak apa lah -  Sarjan Mazlan
41:43
Agong, Permaisuri sekeluarga iftar diraja bersama rakyat di Kuantan
4:06
Majoriti Official
Рет қаралды 165 М.