Suluk Ialah Jalan Kembalinya Hati Yang Mutmainnah | Shaykh Dr. Jahid Sidek

  Рет қаралды 10,765

Manarah DrJahid

Manarah DrJahid

3 жыл бұрын

Tidak semua tarekat yang muktabarah mempunyai amalan bersuluk. Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyah adalah antara tarekat yang mewarisi amalan uzlah dan khalwat (suluk) yang diajarkan oleh Rasulullah, para sahabat dan ulama salaf hingga ke hari ini.
Dalam siri Hikmah Suluk #1 ( • Konsep Dan Amalan Sulu... ), Shaykh Dr. Jahid Sidek telah menjelaskan konsep-konsep amalan suluk yang diabadikan dalam al-Qur'an. Antara fokus perbincangan adalah menekankan kepada konsep uzlah dan khalwat sebagaimana amalan Ashabul Kahfi dan Tahanus Nabi di Gua Hira. Tentang tempoh masa bersuluk, para ulama sufi mengambil iktibar daripada suluk Baginda Nabi, iaitu 10 hari di akhir Ramadhan dan 40 hari seperti yang diperintahkan Allah kepada Nabi Musa. Sedangkan ciri-ciri utama amalan suluk adalah sentiasa menjaga adab-adab bersuluk dan sentiasa berzikir dan tafakur seperti yang diamalkan oleh golongan Ulul Albab dibawah bimbingan Nabi Muhammad SAW.
Pada Hikmah Suluk #2 ( • Hikmah Suluk #2: Allah... ) lebih menekankan dasar-dasar dalil naqli, aqli dan dalil yang dimusyahadahkan Allah dengan huraian yang lebih terperinci. Dengan limpahan keberkatan guru mursyid maka tahapan zikir di dalam suluk, seorang salik akan Allah kurniakan 'wushul ilaAllah' yang ditandai dengan pencapaian Kasyaf Ilmiah. Selanjutnya, dalam Hikmah Suluk #3 ( • Hikmah Suluk #2: Allah... ), dipaparkan tentang terbukanya hijab hati yang Ghaflah menuju zikir yang Hudur sampai zikir Ghaibah.
Adapun khusus pada Hikmah Suluk #4 ini, Shaykh Dr. Jahid Sidek memaparkan dasar-dasar pemikiran dan tahapan-tahapan maqam zikir selama bersuluk. Bermula dengan amalan kaifiat zikir di 7 lata'if. Pada setiap tahapan haruslah dilalui seorang salik dengan sempurna sebelum memasuki tahapan maqam zikir selanjutnya.
Tahapan zikir tidaklah berhenti di sini, pengalaman Shaykh Dr. Jahid yang telah memimpin suluk selama hampir 30 tahun, berhasil menghuraikan hikmah suluk secara terang, jelas dan sangat menarik. Antaranya pemaparan tentang amalan wukuf qalbi hinggalah pendakian rohani ke kemuncak zikir iaitu nafi isbat.
Dalam video ini, para pengamal tarekat dan peminat tasawuf juga akan memperoleh pemaparan yang jelas tentang kebenaran amalan zikir dan tafakur (muraqabah). Dimulai dengan muraqabah Ahadiyah diakhiri dengan kepentingan amalan muraqabah Maiyyah. Para salik yang berjaya ke tahapan ini akan merasai pelbagai pengalaman rohani. Antaranya Allah kurniakan boleh menghimbau kembali pengalaman hati dan ruh seperti mana yang disebut dalam al-Qur'an, "Alastu Birabbikum?". Sudah tentu kesannya sangat hebat, kerana hati telah berada diambang ketenangan (hati yang mutmainnah). Nak tahu huraian yang jelas dan mudah difahami, tunggu apa lagi, sila klik link di bawah ini sekarang juga: • Suluk Ialah Jalan Kemb...
▫️Program: Kuliah Tasawuf Online
▫️Tajuk: Hikmah Suluk Siri #4
▫️Oleh: Tuan Guru Dr. Hj Jahid Bin Hj. Sidek Al-Khalidi
▫️Lokasi: Manarah Studio, Bangunan Astana BUDI, Lorong Beringin, Batu 17, Kuang, Sungai Buloh-Selangor.
▫️Hari/Tanggal: Jumat/2 Julai 2021.
#manarah_drjahid
#jalan_suluk_untuk_wuquf_qalbi_dan_nafi_isbat #hati_kembali_mutmainnah
_
Klik Subscribe untuk video-video terbaru :
kzbin.info/door/4FQ...
_
Semoga kaum Muslimin dan Muslimat sentiasa dalam limpahan rahmat Allah SWT. Kewujudan channel youtube ini diharapkan boleh membantu penyebaran aktiviti dakwah, khususnya bagi para pengamal dan peminat tarekat-tasawuf.
Sila bantu sebarkan ilmu seluas-luasnya dengan cara 'share' video ini serta 'like', jangan lupa 'subscribe' channel Manarah DrJahid. Aktifkan juga ikon loceng pemberitahuan supaya mendapatkan keberkatan yang berterusan daripada video-video terbaru Manarah DrJahid.
_
Manarah DrJahid mengalu-alukan Tuan-tuan dan Puan-puan untuk memberi sokongan bagi kejayaan dakwah kami. Untuk itu Tuan/Puan boleh menyalurkan sumbangan melalui :
RHB Islamic Bank Bhd.
2620 81000 10309
Atas nama : Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia
Untuk pengesahan sumbangan : +60173652534 (Tuan Hj. Mahdan Bin Mohamed)
_
Follow Facebook kami untuk maklumat terbaru:
/ manarahshaykhdrjahid
/ drjahidsidek
_
Sekiranya ada pertanyaan, sila tulis di ruang komen, insyaAllah admin akan merujuk soalan-soalan kepada YMTG Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi untuk mendapatkan pencerahan. Atau boleh juga tulis ke alamat email : manarahdrjahid@gmail.com
_
Copyright ©️ 2021 Manarah DrJahid, All rights reserved.
Please Share, Don't Re-Upload!
Terima Kasih Kerana Sudah Menonton. negeri seribu suluk shaikh dr jahid sidek shaikh dr jahid sidek al khalidi সুলুক সন্ধান hukum akal sidang kalam tarekat syattariyah

Пікірлер: 28
@muhamadnajih3122
@muhamadnajih3122 3 жыл бұрын
Assalamualaikum. Minta izin tuan. Saya ingin mengajukan pertanyaan seperti berikut: 1) Bagaimana seseorang yang telah mencapai muraqabah ma’iyah boleh kekal dalam keadaan tersebut? 2) Bagaimana kehidupan seseorang yang telah mendapat nafsu mutmainnah tersebut. Adakah masih lagi diuji dengan risau harta, sakit dan sebagainya? Ataupun beliau masih akan melalui semua ujian hidup tersebut seperti yang telah ditakdirkan Allah dengan redha dan tenang hingga akhir hayat. Sebab kebiasaannya kita melihat kejayaan hidup itu bila seseorang beragama, tapi masih berharta, keluarga yang baik dsb. Mohon pencerahan daripada Tuan Guru. Terima kasih tuan.
@zack65100
@zack65100 2 жыл бұрын
Kita masih ada ulamak seperti beliau yang bantu kita utk dekatkan diri pada Allah SWT.
@ibrahimelmi1287
@ibrahimelmi1287 3 жыл бұрын
Baik sekali penerangan sheikh..alhamdulillah
@kangikhramofficial978
@kangikhramofficial978 2 жыл бұрын
Masya Allah Tabarakallah Allahuabkar bercaya wajah Tuan guru syekh dr jahid. Tenang melihat raut wajah syekh soleh dr jahid masyaAllah
@PondokAswajaNusantara
@PondokAswajaNusantara 3 жыл бұрын
Alhamdulillah.
@nurrani829
@nurrani829 2 жыл бұрын
alhamdulilah yaallah..jelas guru ajar amin
@safianmarjan7129
@safianmarjan7129 2 жыл бұрын
Alhamdulillah...
@nurrani829
@nurrani829 2 жыл бұрын
jelas amin guru..alamin
@nurrani829
@nurrani829 2 жыл бұрын
alhamdulilah..yallah jelas sgat guru ajar...ini guru mursik kekasih allah.
@nurrani829
@nurrani829 2 жыл бұрын
jelas guru mengajar amin
@truthvsfalsehood3924
@truthvsfalsehood3924 3 жыл бұрын
' Lenyaplah Daku dlm Kalimah Laa ilahaa ilalLAH'..Diri ku Sekali KUN..Hu ALLAH..HAQ..!!! ALLAH..ALLAH..ALLAH.. ... ...
@nurrani829
@nurrani829 2 жыл бұрын
amin
@nikderahman7988
@nikderahman7988 2 жыл бұрын
Ajak mereka suluk kalau murid mahu dan sanggup lakukan. Ia pembangunan bathin atau jiwa atau roh rubi atau diri terperri atau kalbu. Semuga mereka temui jalan pintu rogani dijalan hakikat. Ajak mereka, murid kamu. Jangan kutuk kutuk buku dan giru terdahulu. Janfan samakan tarekat timur tengah dengan kaedah nusantara.. Kamu telah bagus di izin kerajaan negeri 9.ngajar tarekat bawaan perguruan kamu.. Ingat wali dan sufi serta ahli marifat sebenar tidak mau murid yang ramai. Kamu mahu kembangkan tarwkat perlu tambahkan murid. Bagi guru hakikat keatas guru kepasa wali tisak kumpul ramai murid sebab itu tidak mungkin ada.. Orang yang sampai jalan hakikat sir dan muftahu ghaib itu dalam sejuta umat islam tak asa 5 orang. Kalau negri sembilan ada 5 orang mereka yang ditingkatan hakikat, marifat, sufi dan wali. Maka sudah ramai bagi satu satu masa.. Mereka bukan mau wujudkan ustaz. Itu ada pondok dan universiti. Jadi kalau ramai murid masuk ke jalan hakikat. Guru akan lelah. Satu masa dalam 5 tahun cukup seorang saja murid yang masuk alami jalan hakikat.
@mangkukhayun7518
@mangkukhayun7518 3 жыл бұрын
👍
@nurrani829
@nurrani829 2 жыл бұрын
benar guru ada guru mursih batu jelaskan adi ajar..dekat atau jauh.
@shahirsamad7790
@shahirsamad7790 2 жыл бұрын
Askm Syeikh Dr Jahid Sidek. Hendak buat pertanyaan. Di Kelantan kata Dr . , Guru Dr namanya Hj Said. Yang mana satu. Yang saya tahu ialah Tok Guru Hj Said Lundang Paku Kelantan anak murid kapada Tok Guru Hj Ismail Lundang Paku.
@abemay7255
@abemay7255 2 жыл бұрын
Kekuatan Islam pada roh nya Yahudi mahu hapus roh dalam diri setiap umat Islam agar lemah jadi gunakan kan Islam untuk hapus kan hapus pondok2 yang lahir kan ulama hapus kan ustaz mengajar tasawwuf
@nurrani829
@nurrani829 2 жыл бұрын
hati2 pilih guru mursik...jika mengajar kita..jika pilih yg sgat tinggi ujian guru itu dahu lu anak murik tangung kena sabar kena kuat...guru betul ujian guru dgan ujian kita lagi..🤗🤣
@nurrani829
@nurrani829 2 жыл бұрын
alhdulilah yaallah..benar guru..hati2 lah wanita. satu lagi laki yg suka guna ilmu pengasih pada perem puan..hati2 maaf guru.
@nurrani829
@nurrani829 2 жыл бұрын
jika allah sampai...dengan tepat...guna nurmuhamat guna jan roh..bagi org makrifat saja..bawah jgan lagi bagi allah bagi minta allah..maaf guru
@Saary-rt9sh
@Saary-rt9sh 2 жыл бұрын
Amalan yang Rasulullah dan para sahabat Radhiallahu Anhum Ajmain tabien dan atba'tabien tak buat .. mereka 2 cipta amalan baru dalam Agama oleh ahli batil
@mazlanahmad8404
@mazlanahmad8404 2 жыл бұрын
Siapakah dajjal dajjal pendusta akhir zaman..?
@muhamadnizam4211
@muhamadnizam4211 3 жыл бұрын
wak jahid ini kalau belajar dgn dia x sesat. kalau belajar dgn orang lain dikatakan sesat...
@mohdhafifi5814
@mohdhafifi5814 3 жыл бұрын
Bila dia cakap tu?
@helmybarkawi2897
@helmybarkawi2897 2 жыл бұрын
Tak pernah pulak dengar Tuan Guru bercakap macam itu.
@ladinkhairudin7261
@ladinkhairudin7261 2 жыл бұрын
Yg sesat rora dgn mazazilje..... Eh ada 1 lagi..... Nor berok😀😀😀🤭
@faizuismail570
@faizuismail570 2 жыл бұрын
Jangan Kerna kita berasa kita paling benar paling tahu sebab itu kita takbur fitnah... Kerna sebenar benar tahu hanya Allah.. sedetik sahaja sengala nikmat Allah boleh tarik balik.... Jangan hina pergetahuan orang lain.....
@faizuismail570
@faizuismail570 2 жыл бұрын
Muhamad Nizam... ambik manis nya madu sahaja...
A clash of kindness and indifference #shorts
00:17
Fabiosa Best Lifehacks
Рет қаралды 21 МЛН
Looks realistic #tiktok
00:22
Анастасия Тарасова
Рет қаралды 76 МЛН
你们会选择哪一辆呢#short #angel #clown
00:20
Super Beauty team
Рет қаралды 27 МЛН
KULIAH MAGHRIB 19 FEBRUARI 2024 - USTAZ DR HJ JAHID SIDEK
46:09
Masjid Darul Muttaqin
Рет қаралды 662
Khusyuk Dalam Solat  Mengikut Kacamata Sufi (Sembahyang -  Siri 1) , HQ
1:13:18
Ceramah Terbaik 2024 Datuk Dr Norhafizah Musa. UBAH MINDA : Maal Hijrah
1:12:16
Khusyuk Hati Di Dalam Solat | Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi
58:49
Manarah DrJahid
Рет қаралды 18 М.
[E9] Sirah Rasulullah ﷺ - Rasulullah mula berdakwah | Ustaz Wadi Annuar
22:37
RUH Kita Kehilangan ALLAH | Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi
52:49
Manarah DrJahid
Рет қаралды 37 М.
Hikmah Zikir Allah... Allah... Allah... | Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi
1:43:55
A clash of kindness and indifference #shorts
00:17
Fabiosa Best Lifehacks
Рет қаралды 21 МЛН