Рет қаралды 2,458
Astana tela adalah lambang prestij kesenian dan kemelayuan pada cengal merah yang bonda ilhamkan .
Ia menjadikan satu perkampungan ditepi sungai dan seni ukiran terengganu
walaupun belum dibuka sepenuhnya buat kunjungan orang ramai tetapi ramai golongan VVIP Menteri2 Event syarikat besar sudah ramai kesini
Pada 21 Februari 2024 DYTM Raja Muda Selangor telah mencemar duli berkunjung di Rumah Sungai Bonda dengan menaiki tuktuk ke Dewan Maryami Sufi.
Bonda memberikan penerangan tentang konsep pembinaan, landskap dan dekorasi kawasan, bonda menunjukkan sedikit sebanyak keistimewaan yg ada di kawasan rumah sungai ini iaitu Kawasan Bubinga dan seterusnya berangkat ke Asthana Tela
Pada belah petang DYTM Raja Muda Selangor bersantap di Dewan Serambi Tela dengan hidangan Signature Bonda
Seperti biasa bonda sajikan Ikan Lunak & air asam, Gulai daging salai, daging masak hitam dan juga ulam - ulaman
selesai bersantap Tuanku berehat di Warisan Srikandi, Asthana Tela..
Bonda juga sempat bergambar dengan Tuanku sebelum berangkat menaiki ATV untuk ke Perkampungan orang asli dan untuk majlis penyampaian sumbangan Tuanku dari tajaan Yayasan Bonda Rozita dan bonda juga turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk orang asli
Penduduk orang asli sangat ceria menyambut kehadiran Bonda