Рет қаралды 8,729
Semua ini adalah lakonan semula berdasarkan kajian yang dilakukan. cantuman idea telah menghasilkan video lakonan semula ini..
Ini adalah video pendek anjuran UPKO sempena kaamatan 2020..Max masa yang diberi hanyala 5 minit.
Huminodun (bermaksud “yang berkorban”) merujuk kepada anak perempuan Dewa Kinoingan serta isterinya Suminundu yang telah mengorbankan dirinya kepada semangat bumi sebagai balasan untuk hasil tanaman yang lumayan untuk umat manusia.
Satu ketika dulu, kaum kadazan dusun mengalami bencana kebuluran kerana tidak ada sumber makanan. Kinoingan berasa belas kasihan terhadap kesengsaraan kaum Kadazandusun dan telah mengorbankan Huminodun dan jasadnya disemadikan di bumi lalu tumbuhlah sebagai sejenis tumbuhan iaitu padi dan dari situlah suku kaum Kadazandusun mendapat sumber makanan. Dipercayai juga jelmaan semangat Huminodun telah hidup kembali sebagai Unduk Ngadau.
Jasa Huminodun diingati dalam perayaan Tadau Kaamatan yang diadakan setiap tahun bagi meraikan hari tuaian.
____________________________________
Mohon maaf atas segala kesilapan. Mohon komen untuk menambah baik video seterusnya.
Untuk pengetahuan semua, Kesemua pelakon berlakon buat pertama kali.
Lokasi Penggambaran
1) Walai Tobilung
2) Kg Minansad
3) Blok 2 Kg Taiwan
Pakaian oleh :
Adrian
Translator BM - Kadazan
Martin Buguk
#LagendaHuminodun #PertandinganVideoPendekKaamatanOnlineUpko2020