Kulit lembu adalah salah satu bahan masakan yang sinonim dengan menu masakan tradisional atau masakan kampung. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta tidak mempunyai rasa atau tawar, menjadikan ia sesuai dimasak apa sahaja menu. Sebelum ini Bonda telah kongsikan 2 menu iaitu: 1. Kulit Lembu & Paku Pakis Gulai Kuning (kzbin.info/www/bejne/rYjWoWp5j6aCqtE) 2. Kulit Lembu Tumis Taucu (kzbin.info_MUtzg9uopg?feature=share) Justeru, kali ini Bonda kongsikan pula menu Sup Kulit Lembu Spesial. Tidak hanya itu, Bonda turut berkongsi tips/ petua untuk kurangkan Lekit pada kulit lembu yang arwah nenek Bonda ajarkan dulu Menu ini sangat sedap dan menambat selera dengan sensasi lembut dan kenyal. Hirup kuah supnya ketika masih hangat amat lazat. Makan dengan nasi hangat, cicah dengan roti dan dimakan dengan mihun, mi kuning atau kue tiau memang terangkat! 👍😋 bit.ly/2VWKhZy #MenuDapurBondaHanan #BondaHanan #KZbinMenuDapurBondaHanan #BerbagiIlmu #BerbagiTips #EnakSungguh #TakRugiMencuba BAHAN-BAHANNYA: . 300 gram kulit lembu . 2 tangkai (11 gram) batang daun sup + akarnya *kisar . 3 inci halia *kisar . 3 ulas bawang putih *kisar . 2 biji bawang besar *kisar . 1 sudu teh buah pelaga *kisar . 1 sudu teh biji lada hitam *kisar . 1 sudu teh jintan mania *kisar . 1 liter air . 2 biji tomato saiz sederhana *kisar . Garam secukup rasa Bahan tumis darat: . 2 biji bawang besar *hiris . 3 ulas bawang putih *hiris . 1 batang kulit kayu manis . 6-8 biji cengkih . 3-4 biji bunga lawang . 2 biji limau nipis (ambil perahan jus) . 11 gram hirisan daun sup * Ikuti video untuk cara masak * Resipi ini dicadangkan untuk 6-8 orang makan
@VivoVivo-cb1jy6 ай бұрын
Sedap tu bonda
@suliahmujni34372 жыл бұрын
Sedap! Tq tips nya bonda. Memang kurang lendir lekitnya.sy baru buat baru2 ni. Mmg sedap, supnya ringan tp sedap hirup2
@RoziTalibChannel2 жыл бұрын
aduh..sedapnya kulit lembu..saya selalu proses kulit lembu time korban...sayang kalau nak buang...baik ambik...