Рет қаралды 94,029
Usaha untuk memiliki dia bukan senang, usaha bukan dari segi “memiliki dia sahaja” tapi usaha untuk beri dia kebahagiaan, kejayaan dunia & akhirat
Untuk memiliki sesuatu itu mudah, untuk menjaganya bukan lah mudah. “Sekuatmana aku usaha untuk memiliki dia, sekuat itu juga aku perlu usaha untuk menjaganya”
Aku bersyukur memiliki seorang “wanita istimewa” yang dulunya memilih aku saat ketika aku perlukan duit, saat ketika aku perlukan masa depan, saat ketika aku perlukan kejayaan. “Dia kekal ditempat aku lalui dulu & sekarang, aku akan kekal bersama dia ditempat dimana aku ada sekarang”
Keselesaan, kebahagiaan itu yg aku risaukan selama 6 tahun lepas bersama dia. Tapi aku yakin, selagi aku jaga hubungan dengan maha pencipta, maha pemberi rezeki. Dia akan jaga hubungan, rezeki aku
Kegembiraan hati ini susah nak diterangkan, yelah. Mana taknya, tahun ni banyak pencapaian yang dia dapat & aku puas. Sebab? Dulu dia membantu untuk aku capai sesuatu. Sekarang aku membantu untuk dia capai sesuatu. Ya Allah Terima Kasih 💞
Photo & video from the best team @tengku_dloven @dlovenphotolover