Рет қаралды 156,927
Surah An-Naba’ (Arab: سورة النبأ) ialah surah ke-78 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, iaitu selepas Surah Al-Mursalat - سورة المرسلات . Surah ini juga adalah surah yang pertama dalam juz ke 30, mengandungi 40 ayat yang pendek-pendek. Dinamakan An Naba’ yang bererti berita besar diambil dari kata An Naba´ yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Dinamai juga Amma yatasaa aluun diambil dari perkataan "Amma yatasaa aluun" yang terdapat pada ayat 1 surat ini.