SYAHADAH TOK KU PALOH (Jejak Ulama Nusantara)

  Рет қаралды 26,308

Mohamad Zakaria

Mohamad Zakaria

5 жыл бұрын

Nama : Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus.
Gelaran : Tok Ku Paloh, Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikhul-Islam Terengganu
Lahir : 1235 H / 1817 M
Meninggal Dunia : 1335 H / 1917 M
Tok Ku Paloh adalah salah seorang ulama yang masyhur di Terengganu pada zamannya. Adapun Syahadah Tok Ku Paloh ini adalah perincian maksud dua kalimah syahadah yang dikarang oleh beliau sendiri.
Moga-moga Allah melimpahkan rahmat-Nya dan mencucuri rahmat keatas-Nya. Amin ya Rabbal Alamin
(SYAHADAH TOK KU PALOH)
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلاَّاللَّه
Ertinya aku ketahui dan aku i’tiqad dengan hatiku, dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku, akan bahawa sungguhnya tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya, melainkan Allah jua yang kaya Ia daripada tiap-tiap yang lain daripadanya, dan berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kepadanya, lagi yang bersifat Ia dengan tiap-tiap sifat kesempurnaannya, dan Maha Suci Ia daripada segala kekurangannya, dan daripada barang yang terlintas Ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut Ia bagi nya, lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan baginya.
Dan tiada menyamai Ia pada Dzatnya dan Sifatnya dan Af’alnya akan seseorang, maka ialah tuhan yang menjadi Ia akan segala makhluk yang ‘Ulwinya dan yang Suflinya, lagi ketunggalan Ia pada mengadakan dan mentiadakan, dengan kekerasan takluk Qudrat dan Iradatnya, maka terserahlah segala kainat ini semuanya pada bawah pemerintahan-Nya, dan tiadalah jenis ‘Itirat bagi seseorang jua pun akan kehendaknya.
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً رَسُولُ اللَّه
Dan aku ketahui dan aku i’tiqad dengan hatiku, dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku, akan bahawa sungguhnya penghulu kita Nabi Muhammad anak Abdullah itu hamba Allah, dan pesuruhnya kepada sekalian makhluk lagi bersangat benar ia pada tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengannya, dan daripada Tuhannya.
Maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk itu membenar akan dia dan mengikut akan dia, dan haram atas mereka itu mendusta akan dia atau menyalahi akan dia, maka barang siapa yang mendusta ia akan dia maka orang itu zalim ia lagi kafir ia, dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia.
Mudah-mudahan memberi Taufiq akan kita oleh allah bagi sempurna mengikut akan dia, dan mengurnia ia bagi kita akan sempurna berpegang dengan jalannya, dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup akan dia akan segala hukum syariat-Nya, dan memati ia akan kita atas agamanya dan menyempurna ia akan kita serta perhimpunan-Nya.
Demikian lagi segala yang memperanak akan kita dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kasih ia akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang Muslimin, Amin.

Пікірлер: 15
@andiadid4704
@andiadid4704 5 күн бұрын
Alhamdulillah. Terima kasih. Izinkan saya amalkan. ❤
@megatserama3825
@megatserama3825 3 жыл бұрын
Subhanallah wabihamdih...💝 Allah humma Sholli Ala Sayyidina Muhammad 💝 Ya Robbi Sholli Alaihi Wasallim 💝
@ruwhiLuqman6
@ruwhiLuqman6 3 жыл бұрын
Alhamdulillah ada.. semoga yg upload sentiasa dlm Rahmat Allah dan di murahkan rezeki
@antoantozz9613
@antoantozz9613 3 жыл бұрын
Aamiin
@andimralam3003
@andimralam3003 4 жыл бұрын
subhannallah..alhamdulillah..ulama..yg menyejukkan hati..smg di rahmati allah..alfatiha..buatmu guru ulama..yg di berkahi allah..
@syedizzudinashrafsyedmuzza3481
@syedizzudinashrafsyedmuzza3481 2 жыл бұрын
Syurga buat abi
@aqilzamri7439
@aqilzamri7439 4 жыл бұрын
Laa ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah
@zarahere47_
@zarahere47_ 2 жыл бұрын
syahadat tokku untuk tokku...sy ada syahadat sy...tidak bergantung ia kpd sesiapa..dan tidak berkehendak ia kpd sesiapa jua...
@lemang4636
@lemang4636 4 жыл бұрын
dulu zaman zuhud... skrg zaman kebendaan, sekular, syirik kahfi.. semua berasal dari democracy... habis terbatal syahadah.. kita hidup mesti berhubungan dgn banks dan fiat money.. terbatal syahdah... fasik, munafik dan musyrik..
@dragonez380
@dragonez380 3 жыл бұрын
Jangan pinjam laa dgn bank..apa susah..jangan amik mrnantu fasik..ko pun jgn sembang je pandai..
@lemang4636
@lemang4636 3 жыл бұрын
@@dragonez380 Yg diperintahkan untuk dibuat amalan itu perkara wajib dan sunat (kiranya wajib telah sah). Perkara haram, makruh, harus dilarang dibuat amalan. Kalau dibenarkan pun sesekali saja atas sebab² dibenar syarak. Cth. Pegang wanita bukan mahram sebab nak selamatkan dari lemas. Hukumnya harus... kalau hari² pegang wanita bukan mahram amacam? Jatuh haram. Makan gaji hukumnya harus.. tapi kalau dah makan gaji puluh² tahun harus ke? Rasul pun 25 tahu dah besara, sebelum tu kan ke Rasul pena keja dgn org..? pergi skolah jadi bodoh.. communist, socialist.. byr cukai, byr utang riba.. nak look rich.. biar papa asal bergaya..
@dragonez380
@dragonez380 3 жыл бұрын
@@lemang4636 ko samakan rasul dengan kita..laaa..berat sgt dah ko ni..belajar mana dik
@lemang4636
@lemang4636 3 жыл бұрын
@@dragonez380 what about these? Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21) Sabda Baginda SAW bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).
@dragonez380
@dragonez380 3 жыл бұрын
@@lemang4636 makan gaji harus tp makan gaji puluh² tahun harud ke..apa benda ni ko merepek
🔴 TOKKU PALOH GENTARKAN INGGERIS | TERENGGANU
13:45
Studions Production
Рет қаралды 27 М.
Nazam Ahli Fikir - Syair TokKu Tuan Besar
7:49
Qamarun Channel
Рет қаралды 12 М.
Survival skills: A great idea with duct tape #survival #lifehacks #camping
00:27
Мы никогда не были так напуганы!
00:15
Аришнев
Рет қаралды 6 МЛН
100❤️
00:19
MY💝No War🤝
Рет қаралды 21 МЛН
- А что в креме? - Это кАкАооо! #КондитерДети
00:24
Телеканал ПЯТНИЦА
Рет қаралды 5 МЛН
Hj  SHARI CUCU TOK KENALI- mengenal diri
36:19
Ihsan R
Рет қаралды 456 М.
🔴 PESANAN DARI MAKAM TOK PUTEH & TOK JANGGUT PULAU BESAR | MELAKA
19:43
Studions Production
Рет қаралды 73 М.
Maal Hijrah Dari Dimensi Baharu | Ustaz Auni Mohamed
1:08:55
Uwais.Channel.Official
Рет қаралды 20 М.
Usaha Kafirkan Orang Malaysia - Ustaz Amin
1:28:12
Al-Imran
Рет қаралды 165 М.
Syahadat
45:00
URIPE ALLAH
Рет қаралды 37 М.
Pendedahan Sifat Peribadi & Rupa Paras Tokku Paloh
3:40
Ubaidah TV
Рет қаралды 13 М.
Kenali Wali Allah 'Tok Kenali' | Arwah Ustaz Murtadza Yusof
7:26
Abu Khadijah
Рет қаралды 251 М.
Kitab Tasawuf Melayu Tok Ku Paloh 4 - Nama Allah dan Muhammad di dalam Tubuh
11:07
Kisah Kapal Inggeris senget | Tokku Paloh | Tok kenali
4:16
zairi channel
Рет қаралды 40 М.
MALAY SECRET SOCIETIES | Ustaz Muhammad Al-Amin
54:42
ZON ILMU
Рет қаралды 162 М.
Survival skills: A great idea with duct tape #survival #lifehacks #camping
00:27