Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna. Banyakkan khidmat besar dan seni, Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Jasa yang kekal berfaedah murni, Umur yang kedua bagi insani. Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lamanya. Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar diri memberi cahaya. Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasanya demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai bergantung. Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan, Jikalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan.
@nurulalyaa64873 жыл бұрын
Boleh nak background music ?
@thusnaviola2267 жыл бұрын
sungguh merdu suaramu...hebat persembahanmu...wow
@fatienwiwies77956 жыл бұрын
Thusna viola thnks
@naiamah39034 жыл бұрын
Sedap juga irama Dodoi ni...
@muhajir67336 жыл бұрын
nak mnta tlg blh? mna nak dpt music background syair ni ya? urgent . tq
@sharifahibrahim79406 жыл бұрын
tq,akhirnya tau jugak cara nak bersyai
@fatienwiwies77956 жыл бұрын
Sharifah Ibrahim wlcm dear
@efaros746 жыл бұрын
ada x sesiapa tahu cam mana nk dpt muzik latar untuk syair??
@fatimahibrahim45216 жыл бұрын
terpegun tengok😆
@aishahmaira53924 жыл бұрын
hai!!ada background music tak??🥺
@nazhsahaja7 жыл бұрын
ini rupanya irama dodoi
@FitriNupus7 жыл бұрын
Hadir
@lutfilfirdaus15605 жыл бұрын
Ada idea Tak camne nak mantap kan suara saya
@fuziahsamion83306 жыл бұрын
Merdunya syair yang didendangkan oleh adik FATIEN WIEWES