🌹Tema : Tetap Pendirian 🌹Tajuk : Manusia Berakal (cadangan Irama Narasi) Oleh Syazwana Mohd Saim Pena menulis untuk mengingati Hadiah hati buat yang sudi Cerita manusia berjati diri Dikurniakan akal hidup bererti Manusia berakal akhlaknya indah Pegangan hidup tak mudah rebah Banyak menghulur dari menadah Mengubah susah menjadi mudah Sanjungan manusia bukan kehendaknya Ikhlas di hati subur mahunya Ganjaran tuhan jadi tagihannya Berkatlah hidupnya buat selamanya Berkata benar jadi taruhan Mungkin yang disayang kan pergi hilang Teguhkanlah hati dengan kebenaran Agar kelak hilanglah penindasan Manusia berbudi itu berakal Mereka sedar hidup tak kekal Hidup di akhirat mesti berbekal Dengan berakhlak berbuat amal
@MsSyazana Жыл бұрын
Izinkan saya untuk dendangkan syair karangan ini ya.
@elizemmerry Жыл бұрын
Mercury suara..
@beej16212 жыл бұрын
MasyaAllah.... Merinding.
@yusmunutushu5 жыл бұрын
Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna. Banyakkan khidmat besar dan seni, Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Jasa yang kekal berfaedah murni, Umur yang kedua bagi insani. Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lamanya. Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar diri memberi cahaya. Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasanya demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai bergantung. Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan, Jikalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan.
@alfadilahmiko57722 жыл бұрын
Sedap dgrnya
@wanzarra68573 жыл бұрын
Yusnor 😍😍😍😍😍😍
@cbillyodyssey3 жыл бұрын
rindunya nak berpuisi
@mrsmior683 жыл бұрын
MashaAllah merdunya
@MsSyazana3 жыл бұрын
Terima kasih atas sokongan 🥰😍 Moga dapat memberi manfaat
@hannan_yhnq83722 жыл бұрын
Syair: berbuat jasa Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna. Banyakkan khidmat besar dan seni, Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Jasa yang kekal berfaedah murni, Umur yang kedua bagi insani. Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama. Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya. Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai bergantung. Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan, Jikalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan 😊😊😊 kalau ada yang salah minta maaf
@wadahilmu22812 жыл бұрын
sedap ye
@willychon55206 ай бұрын
Orng skrng jarang dengar
@fatih78663 жыл бұрын
Lembut nye
@naiamah39034 жыл бұрын
Beginikah irama narasi??
@nicolnicola86342 жыл бұрын
Ya, betul. Ini narasi
@nicolnicola86342 жыл бұрын
Setiap rangkap ganjil ke-3, adalah chorus
@beej16212 жыл бұрын
Oh begitu ya. Rangkap ketiga nada chorus dgn suara tinggi.