Setakat ni, ni la channel yg paling mujarab ilmu masuk otak. syabas brother. Byk info bguna.
@TheSaleem57 Жыл бұрын
Ya..dari seorang pensyarah bidang Automotif di UTM, kalau tak silap...
@rahmanabdullah49337 ай бұрын
PHD Automotif Bos....
@cerberusx_6 ай бұрын
ada lagi satu channel yg lebih detail. dia tunjuk depan mata masalah2 kereta dan punca masalah. nama channel dia Scotty Kilmer. 56 tahun pengalaman jadi mechanic pelbagai jenis jenama kereta. audi, bmw, toyota, mercedes, porsche, 4WD, semua dia dah guna dan repair. dia tunjuk masalah2 kereta tu sekali.
@robocob556992 жыл бұрын
Selamat pagi semua. Setahu saya SUHU tayar akan panas ikut kelajuan kereta. kalau drive 100km/h berterusan, maka suhu tayar akan mencecah sehingga lebih kurang 100 darjah Celsius. Kalau pressure tayar kurang, suhu tayar akan lebih tinggi. Info ni dapat dari artikel Majalah Motor Internation 1974 dan ditulis oleh Atsuhiko Ohkubo.
@robocob556992 жыл бұрын
@mart leay Secara teori mmg betul. tp dlm kes ni, tekanan udara sentiasa dinamik. tekanan udara dlm tayar sentiasa berbeda pd setiap masa semasa tayar bergerak. Makin rendah tekanan, makin kerap pergerakan tekanan dlm tayar. Justeru it,u molekul udara sentiasa bergeser antara satu sama lain.
@blurredgreyalien2 жыл бұрын
@@robocob55699 Ini theory tekanan Di ambil kira juga theory geseran tayar dan permukaan jalan.
@mengngong2978 ай бұрын
Dekat pintu kereta tu rekomen untuk standard tayar yg dpt waktu kita beli kereta. Contoh waktu beli 185/50r15. Depan belakang rekomen angin 200/190. Tapi bila kita da tukar tayar x sama dgn yg standard contoh 205/50/r16, dah xboleh follow angin yg rekomen kat pintu tu dah. At the end kena buka la table angin tayar ikut lebar/tebal/kelajuan maximum. Boleh check di internet table angin tayar tu.
@Iman-iman-iman7 ай бұрын
setuju, itu untuk tayar standard, kalau tuka tayar beso nk kne ubah pam, xleh ikut yg tu, hasbullah syarah byk lagi nk kne belaja
@remimaghrib70482 жыл бұрын
Sebut pasal pump.. Shell aku selalu terkena. Tayar pancit waktu malam ..petrol pump pun jauh2.. Sampai kat Shell, menambahkan pancit lagi. Kebanyakkan Shell, akan cabut kepala atau hos pam selepas pukul 10.30 malam. So, berjaga2 lah jika jarang keluar malam tu jika pancit. Setakat ni pengalaman aku pancit waktu malam yang berjaya pam tayar.. Petonas 98% Petron 85% Bhp&Caltex 60% Shell 25%.
@abangsakitperut2 жыл бұрын
Yang 24jam biasa tak cabut..
@redemption0242 жыл бұрын
Patot la selalu kena kt shell isi jdi kurang angin 🤣. Skang isi kt petronas je
@na-donu2 жыл бұрын
@@Mark_Jose tempat saya takda langsung,kalau baru tu takpalah,ingat nak isi minyak skali,skali takde
@zaimikmal66312 жыл бұрын
Sy penah kena dekat Shell Aman Puri. Pressure dia terlebih. Lepas pam rasa kasar gila handling. Pegi pam lain (Petronas) rupanya lebih dalam 100kpa. Nak pump 250kpa bila check kt Petronas 350kpa
@syafxamier28222 жыл бұрын
@@zaimikmal6631sbb tu kalau nk isi angin tayar sy cari petronas...no 2 petron
@zulkifli237229 күн бұрын
Seronok dengar Brader ni beri penerangan 👍👍👍ni baru PP, Professional Professor.
@tunazfarafiftunazmi35367 ай бұрын
Set pam angin 3/4 dari max pressure tyre insyallah ok. Contoh max pressure dkt tayar tu 44 PSI. So just isi 32 PSI je.
@devauxcdv85562 жыл бұрын
kalau ada workshop berdekatan yg provide nitrogen gas refill lg bgs, kt tempat sy sebiji rm5, then whole year free refill. senang anta bengkel every few months utk check pressure tyres and refill bila perlu. x mahal pun 4 biji tayar baru rm20 😆 sy siap subscribe dekat 2 bengkel, whichever area yg dekat situ la sy pergi pam tp nitrogen tahan sikit, kdg2 2 bulan x hilang 1psi pun
@frdsyt2 жыл бұрын
Saya keliru kalau isi angin ikut recommended pressure tu untuk tayar atas tanah atau tayar tergantung tanpa beban dari body kereta. Sebab byk saya tgk kedai tayar atau service centre akan topup angin masa tayar tengah tergantung. Confirm pressure naik kalau letak balik atas tanah.
@zariqzaihan3159 Жыл бұрын
Axia recommend 250.. Bila pam ikut instruction rse melayang layang atas highway.. Skrg isi 200 - 220 ngam je
@jrusop10982 жыл бұрын
Tayar depan sy bubuh 240kpa (34psi, belakang 220kpa (32psi) baru rasa syokk dari segi handling dan masa brake rasa smooth. FC pun jimat sikit ni utk 100% pemanduan dlm bandar atau old road (jalan kampung). Kalau pemanduan di highway 230kpa tayar depan, tayar belakang 220kpa dh memadai. Sekarang sy pakai tayar 205/45/17 MC6 mmg always 240kpa tayar depan nk isi tekanan angin 250kpa pun boleh sebab tayar low profile 45 nipis xboleh under 220kpa, tayar belakang 220kpa on highway sy lenjan 170kmh. Masa guna tayar 195/55/16 Michelin energy saver pun sy bubuh 230@240kpa, tayar belakang 220kpa sama jugak lenjan 170kmh kat highway. Tayar depan jgn bawah 220kpa mmg rasa x best langsung kategori angin kurang and handling rasa dh x sedap, nk brake pun x smooth dan akan effect sikit FC.. biar lebih sikit 240kpa tayar depan pun xpe xde masalah. Pastikan seminggu sekali periksa tekanan angin tayar.
@abunaim40582 жыл бұрын
Terima kasih info. Sy pon pakai 45, bila isi ikut recommended pressure 220, mmg rasa mcm xcukup angin..jadi isi lebih sikit 230.. lepas ni sy nk follow brother lah isi 240, nk tgok fc jadi mcm mana..btw sy pakai 45 ni kat mpv
@jrusop10982 жыл бұрын
@@abunaim4058 mpv body berat bang, tayar profile 45 agak nipis tapi bergantung kelebaran tayar mcm contoh tayar 205/45 mmg nipis sikit kalau 215/225/235 pakai 45 dh x sama ketinggian tayar dgn saiz lebar 205, sebab apa kene isi angin tayar 240@250 kpa kerana side profile tayar yg nipis ni kalau tayar lembik akan menyebabkan side profile tayar akan merekah dgn cpt. Untuk penjagaan tayar jangka masa yg lama sikit perlukan angin tayar yg mencukup supaya tidak merekah terlalu awal terutama kat side profile tayar. Mpv or SUV kene pakai tayar khas jenis SUV atau mpv harga tayar pun boleh tahan mahal jugak.
kalau saya depan letak 270kpa belakang 250kpa...tayar saiz 15😁 baru rasa ringan je kereta 😁😁
@pokjaz16162 жыл бұрын
Beli pressure gauge asing yg berkualiti. Isi angin di stesen minyak. Check tekanan tayar pada waktu pagi atau semasa kereta belum bergerak kerana paling tepat. Jgn percaya tekanan di stesen minyak, mmg tidak tepat selalunya terlebih.
@Nazrin7072 жыл бұрын
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Allahumma salli `ala Muhammadin wa`ala ali Muhammad Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
@ikmal3502 жыл бұрын
Time study degree beberapa tahun lepas ada 1 subject, fundamental of automotive engineering kalau x silap, dia recommended 29-32 psi secara umumnya. Kalau kita terbeli kereta second hand yg dh hilang label pressure angin tu boleh la pakai range tu.. kekerapan mengisi angin adalah 2 minggu sekali..
@HHaron2 жыл бұрын
Sangat setuju.
@ainolazrilakim87102 жыл бұрын
Stiap kli isi mnyak isi angin simple ja
@afirdausrukmanfirdaus32772 жыл бұрын
Jadi xperlu tgok berdsarkan saiz tayar n rim?tq2 bos.
@ewannk2 жыл бұрын
beli je pam portable tu...aku pam every 3-4 hari waktu tayar sejuk...205/45/17 33.5psi....perfect utk kereta saya
@layannmovie68595 ай бұрын
Bersamaan bpe ratus bos
@waktv32382 жыл бұрын
Tq prof kongsi ilmu…boleh x lepas ni cter pasal grounding kabel…kebaikkan dan keburukkan…boleh ke pasang kt keta…
@aziris72572 жыл бұрын
Bila terlebih pam tayar memang tayar jadi keras. Tapi sedap drive. Tekan minyak sikit jer dah melambung macam drive atas awan. Wow! Minyak pun pakai kurang. Cuma ada risiko tayar terkopak sampai nampak wire dia tu.
@hermynchung65832 жыл бұрын
di area tempat saya tinggal ni kalau hari dah nak gelap, tak payah la cari stesyen minyak untuk pam tayar. sebab dorang akan simpan hose & nozzle pam tu. dah banyak kali kena rembat agaknya..
@HasbullahSyarah2 жыл бұрын
😂
@angelaghairah2 жыл бұрын
Semua benda lah nk curi. Akuarium aku pun kena curi. Kasut letak luar pintu pun kena curi. Sial. Aku x ampun laa.
@yellowflash56382 жыл бұрын
@@angelaghairah lain mcm buh nama tu🤣
@boboy1925942 жыл бұрын
Sama la dgn stesen2 pam minyak dkt kawasan tempat tinggal saya. Klu lewat malam saja, confirm hose dgn nozzle tu akan kena cabut utk simpan. Kena tunggu bsk pagi baru dpt pgi pam tayar 😅
@sheikhsulaiman54772 жыл бұрын
@@yellowflash5638 hahahaha tu laa
@ainiskandar9772 жыл бұрын
Bukak2 tgk prof gelak byk kali duk ulang part tu skli dgn sye tergelak😂😂😂
@encikmat11273 ай бұрын
Sama
@armohazin2 жыл бұрын
Sy dah biasakan diri akan isi angin tayar setiapkali selepas isi minyak full tank.lazimnya ke pam minyak bila tanki dah tinggal suku drpd paras penuh i.e. seminggu sekali.kesan ketara sy perasan kereta lebih mileage boleh pergi dgn setiap refill dan pressure tayar jadi lebih kurang spt recommended.
@feezotolegacy5603 Жыл бұрын
bermanfaat daripada video utuber lain yg wannabe serba tahu. tq bang
@wajdyahmadghazi76245 ай бұрын
Satu lagi tempat check tyre pressure ialah sebelah dlm cover/lid tempat pam minyak, atau boleh juga check dlm owner's manual. Tapi, jika ingin pam ikut pressure yg tepat hendaklah semasa tayar itu sejuk (ambient temperature). Biasanya waktu pagi sebelum kereta bergerak.
@luqmanluis80152 жыл бұрын
Pam angin Jarum Petronas adalah terbaik sepanjang pemerhatian saya utk isi angin tayar berbanding Pam digital yg ada pada stesen minyak lain, xtau kenapa tp mmg jarang mengecewakan.. Harap stesen minyak ambil berat tentang Pam angin yg sudah rosak
@mdfahmisabrawi46037 ай бұрын
Pam digital jauh accurate sbnrnya
@luqmanluis80157 ай бұрын
@@mdfahmisabrawi4603 betul lebih accurate, tapi kurang reliable
@Shahrol762 жыл бұрын
Ada dah satu airpum dlm keter.. Beli dlm online.. Murah je banyak pilihan.. Memang patut kene ada sebab tayar kalau nk pancit dia tak bgtau dimana akan pancit... Satu LG boleh la guna kan untuk beramal tolong orang yang pancit di jalan.. 😁
@darksidesgalace2 жыл бұрын
Soalan: camana pula untuk yang tukar rim lain saiz ? ada yang guna rim besar tayar nipis. ada juga yang guna rim kecil tapi tayar tebal.
@jackaro502 жыл бұрын
Bagus soalan ni.. sy baru nak tnya.. hehe.. tq. Boleh tak prof jawabkan.. ?
@angahamy972 жыл бұрын
Terima kasih tolong tanya kan .. baru nk komen hal yang sama .. harap prof bg penjelasan
@aimanakmal16602 жыл бұрын
Tak silap, kena refer balik load inflation index.. Check load index pada tayar, then refer kepada sticker kat pintu tu.. Akan ade calculation sikit.. Susah jugak nak explain 😅.. Kita minta Prof yg explain detail in next video..
@ابنعمرالمحضار2 жыл бұрын
tolong jawab prof
@dinlin82122 жыл бұрын
Jawab soalan brother sammy sammo dulu..
@pearlscreens6532 жыл бұрын
Klo tayar pancit, sila stanby flatfix. In case emergency, xperlu bersusah payah ganti or pam angin tayar. Jimat masa, kos dan tenaga. Memang xguna time skrg, mybe akn dtg sgt berguna bilamana berlaku pancit or bocor.
@firdausnor20002 жыл бұрын
paduuu! finally.. benda ni la paling susah dlm hidup aku nak faham lepas add math! Tq ticer
@sitikhodijah63599 ай бұрын
Fizik ni. Kawan baik add math
@SyedshahibulfadillahWanAbubaka6 ай бұрын
Terbaiklah Tuan......tqvm sbb bagi pencerahan berkenaan dgn pengisian angin tayar kereta. Bagi yg malas cek sendiri atau X tahu cek angin kereta sendiri ....marilah belajar dr video ni.
@shidey232 жыл бұрын
Bersyukurlah.. Pump angin tayar Stesen Minyak di Malaysia masih PERCUMA.. Kalau di Europe, kena bayar ooooo nak isi angin tayar
@dsigner Жыл бұрын
sekarang dah banyak jual pump angin portable tu. kat diy pon ada.
@firerescue68908 ай бұрын
Xlama LG kna byar la tu..😂
@illyasvielgoddenflash23402 жыл бұрын
Yg prof ajar ni yg guna tayar dan rim saiz standard kilang. Kalau geng fitment , offset dan chamber macam mana pula. Macam rim lebih lebih lebar dari fender dan guna lebar tayar dia ngam2 masuk fender , jadi nampak macam kon lah tayar tu dari depan belakang.
@J9H622 жыл бұрын
Yg saya dpt tahu, manufacturer tetapkan tekanan tayar ni berdasarkan berat kereta tu bila fully loaded. Setiap saiz tayar punyai load rating yang berbeza2. Setiap load rating pula boleh menahan bebanan yang berbeza pada tekanan angin yang berbeza.
@tothemoon94722 жыл бұрын
Betul tu
@metzmatu84092 жыл бұрын
Maximum Tayar pressure bukan berdasar berat kereta. pressure rating yg di tayar itu safety margin atau maximum tayar tu boleh tahan diguna pakai dgn selamat.
@emysufahlee202 жыл бұрын
@@metzmatu8409 cuba masuk tayar kereta KT bajak JCV 🤣🤣 haha mesti pecah overload
@haziqkaka34142 жыл бұрын
Aku tayar depan aku kurgkan angin bagi increase traction&drag .Pasai keta hobi aku engine running at high rpm.
@amir253_2 жыл бұрын
Mantap prof .. Mntap .. Mmbntu sgt sgt .. Ni akn jd kali kdua sy tekan butang saparakaraip .. 👍
@nazkhai2442 жыл бұрын
Kt pintu tu rim original boleh la. Majoriti dah tuka rim sport psi dah lain. Jd betul la tengok kat side wall tayar tu. Tapi jangan la buh maximum psi.
tq prof, baru saya tahu malam ni, memang sebelum ni saya isi max ikut yg ditulis dekat tayar tu, tapi kereta jarang gerak, cuma kadang nak running enjin je saya akan isi angin sebab nampak dah kurang, nak senang beli tayar inflator, isi sendiri kat rumah
@matesang96892 жыл бұрын
bahaya sebenarnya,tayar tu dah jadi bom jangka
@musashibene45952 жыл бұрын
Saya biasanya guna "rule of thumb" je, kalau dkt sidewall tu 35 psi, saya set 32 atau 33 psi. Baru tau jugak tentang tanda dekat tepi pintu tu, terbaik!
@hinnnnXG2 жыл бұрын
Same la , sidewall tunjuk 42 psi dkt meter set 40
@AbdrashidAbdulwahid Жыл бұрын
Ya betul tu bro tapi tu bagi tayar yg asal bagi setiap kereta tapi bagi yg dah tukar rim yg asal kepada yg lebih besar macam mana pulak kan ....tentu2 penanda angin yg kat tepi pintu tu tak boleh lagi di anggap tepat
@zildjianahmad420120 күн бұрын
Bismillah. 05/12/2024 Kepada abg honda di petronas td yg isi angin tayar ikut 350kpa. Lantak kau lah. Tapi kesian anak bini terlibat jika kemalangan. Dah bagi penerangan penjelasan yg baik. Pandang sebelah mata je ke kita ni. Mungkin saya nampak muda dgn motor buruk. alhamdulillah Honda civic ni tahun 2000. dah merasa pakai beli baru lagi. Beli toyota tahun 2012 baru turun kontena lagi. Yg x tahan tu, dia begitu yakin dgn isi angin begitu tinggi lebih dari 350.
@afiqsalleh52512 жыл бұрын
@Hasbullah Syarah Amboi petuanya….. ko ingat semua pengguna kenderaan khasnya kereta ni sentiasa pakai tayar ikut spec pengeluar kereta yer…. confirm la akan ada kelompok tukar tayar besar @ rims besar @ offset tayar n rims…. bila dh ubah mmg x leh pakai dh pressure guide pd sticker body kereta tu yer…. anda kan ada Doktor…. x nak share ke calculation or derivation yg menyokong hujah OPTIMUM PRESSURE tu…. Jgn nk samakan kereta lain dg Bezza atau cth lain Persona generasi baru…. both kereta ni shj mmg direka tiada tolerance utk upgrade tayar besar or rims besar… mmg x akan lepas punya klu nk upgrade tayar or rims…so bleh la pakai pressure guide pd sticker body kereta tu….
@erolalfa12322 жыл бұрын
Pertanyaan boss..untuk tekanan tayar yg telah di tukar.. maksudnya dari standards kilang ke saiz besar sikit..ada perubahan x..isian angin atau ikut Stiker tepi pintu tu juge..🙏
@neilzickcircles74812 жыл бұрын
Betul la tuan, lepas tekan subscribe, rasa tenang sahaja dan xrisau lagi terlepas video² informatif dari channel Hasbullah Syarah
@faridfadzil47372 жыл бұрын
kalo dah tukar rim lagi besar cth 15 pegi ke 17 boleh gune pakai lagi ke yg kat tepi pintu tu..
@matsem41096 ай бұрын
Tanya kedai tayar yg kita pasang tu,berapa psi size 17.
@puteraaref85803 ай бұрын
dlm vdio ni pn dh tnjuk, rim 17 tu berpa jmlah isi tu.
@reezalal-firuz1802 жыл бұрын
dr nak tanya kalau kita upgrade saiz tayar lark adakah indicator kat b piller tu boleh dijadikan rujukan? bagaimana pula dengan tayar motorsikal?
@harutoasuna46902 жыл бұрын
Itu la nk tahu juga utk motosikal
@azuanism2 жыл бұрын
motor; ko gi BEBERAPA kedai,tanya pomen..jwpn yg sama/average tu la ko ikut..kalaubaku,motor,aku agak2 je..pam2,tekan pakai tangan. baru 30thn bwk moto..
@reezalal-firuz1802 жыл бұрын
@@azuanism tq kawan atas penjelasan
@asparizalmahmood8612 жыл бұрын
Kalau motor Honda, kilang tampal kat swing arms.
@kayprime202 жыл бұрын
boleh tengok buku manual motor tu, ada tulis. ni contoh utk Yamaha (ikut saiz tayar): 70/90 (depan) -> 200 kPa 80/90 (blkg) -> 230 kPa
@chrobb997 ай бұрын
Ilmu yg mantap, cuma part 05:03 "Sekarang ni tak lagi" dah tak relevan sebab pemanasan global.. bulan lepas Perlis 45 Kolumpo 41
@senyumsokmo50582 жыл бұрын
terima kasih prof sentiasa memberikan ilmu yang bermanfaat buat kami..cuma saya tak faham macam mana kalau kita dah tukar saiz tayar,perlu ke kita ikut lagi tekanan angin yang pada side wall tepi pintu kereta kita?mohon pencerahan prof @ sahabat2 yang tau pasal ni..
@faizothman13544 ай бұрын
Assalamualaikum tuan. Boleh cover sekali topik ni sebab rasanya ramai yang tak tahu: 1. Tekanan sebelah driver untuk tekanan bila tayar sejuk. Tp bila tayar dah panas mcm ramai yang pam waktu tengah hari atau dah jalan jauh, kalau tak silap tekanan tepi pintu ni dah tak boleh guna. Kalau tak silap kalau recommended 200 kpa, tp bila panas dah kena tambah dalam 10-30 kpa. 2. Tekanan tayar baru bila tukar size rim dan tayar. Yang ni pun rasanya ramai yang tak tahu. Tak pasti la kalau tuan dah cover sblm ni topik ni.
@AliqSmart-py6rf6 ай бұрын
Saya mmg ikut pada sidewall Tu tp jgn lah ikut max. Klu ikut tepi pintu Tu tayar standard boleh lh .tp klu dh tukar rim or sport mmg kene berpandukn side wall tu.. alhmdulilh dh 15tahun berpandukn sidewall Tu..sofar xde masalah..jgn cerita soal sejuk ke panas tayar pun kbnykn yg kualiti buatan malaysia mmg ikut lh cuaca kita
@zulvenom2 жыл бұрын
Ilmu yg bermanfaat, brilliant as always. Thanks prof 👍🏻
@180MPH_In_The_Wrong_Lane2 жыл бұрын
4:23 cheeky little fella Prof. Hahaha. Berdekah tetiba saya sorang2 😂🤣
@HasbullahSyarah2 жыл бұрын
😂
@azmiomar93302 жыл бұрын
Beli siap2 power bank yg Ada function Pam angin/bole guna soket 12v kereta.
@Albertius842 жыл бұрын
Saya dari dulu sampai sekarang...... Ikut cakap beliau saya dulu masa ada kereta Datsun 240.... Tayar depan 30psi dan belakang 29psi
@laskargg2 жыл бұрын
Kalau korang dah tukar tayar lain korang kena pam ikut citarasa ikut cara panduan ikut cara sendiri la senang cakap sebab kalau bawak kereta tu akan rasa sendiri
@mdfauzeerosslie12322 жыл бұрын
thanks dr. patut kat utm dlu tukar bidang gi faculty mechanical(auto), sbb minat dari dlu lgi minat automotive.
@aerodramus37372 жыл бұрын
Kena stesen minyak yg pakai digital dh x nmpak logo button tu, nk tekan + atau - ...tsalah tekan button tayar kempis (unlimit air) dh satu kerja kna tggu dia stop sndiri balik.. Dh tahu duk hujan panas, guna cat juga. Buat la logo timbul baru x hilang
@allyhanasdnbhd99302 жыл бұрын
D 1 tempat d Sabah rata2 pam minyak ada pam angin tpi x thu la besa xda hos untuk pam..n bila petag(malam) setiap tmpat minyak jorng buka hos dia x thu la mgkiin selalu ada.kejadian curi kot...Jdi terpksa la p begkil2 kerta bisa kena wat sendiri la jorg bgi je alat2 dia.. tpi teras paya la bila ada msahala angin kerta d waktu petang atau mlm..
@shaharolazhar43542 жыл бұрын
Prof nak tanya, andaikata tayar tu dah diubah size, adakah ukuran tekanan angin tu sama dengan size tayar asal manufacturer, and kalau berbeza mcm mana kita nk tahu
@asyrafhusain57742 жыл бұрын
ya betul tu..cuba terangkan mcm mne kalau kita dah tukar sport rim n size tyr tu..
@firdaus_zul7 ай бұрын
Gen2 tulis 210/190 tepi pintu. Tayar continental cc7 bila isi ikut yg dicadangkan tu nmpk mcm kurang angin & makan bunga tepi. So sy cuba bbrp kali Pressure yg berbeza spy cantik makan tepi & tengah. Rumusannya sy guna 235/210 skrg. Korang jgn ikut sy. 😊
@layannmovie68595 ай бұрын
Gen2 aku lak..dh tuka rim17..tyr 205/45/17 aku isi pling2 240@250 tu pling tgi..biase 240..bru tyr bwak rse sedap bwh 210 tyr time jln rse xsdap bwak
@huaren19782 жыл бұрын
Pengisian yang bagus. Lebih bagus kalau gunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya. Pressure ialah tekanan atau tekanan angin. Manufacturer ialah pengilang atau pengeluar. Terima kasih atas ilmu yang dikongsikan.
@shahb2004 Жыл бұрын
halaa halaaa
@badeismail256910 ай бұрын
Kalau pump tu lagi keluarkan angin tayar.. Tekan yg pump utk pancit tu.. biasanya masih function
@Dragonkingzx2 жыл бұрын
Yang Dekat Side Wall 2 Ada Tulis Maximum Pressure... Bukannya Suruh Pam Ikut Bacaan 2... Kalau 350kpa, Bawak Laju, Boleh Meletup Tayar Kalau Bunga Dah Xberapa Cun... Bawak Pon Xsedap, Bergegar Sebab Terlampau Keras... Standard Kereta Kalau Xtahu Nak Isi Berapa Dan Dekat Body Kereta Pon Xde Dah Sticker Sukatan Angin 2, Letak Jer La Depan 210-220kpa... Belakang 190-200kpa...
@azlanazizibinmdyusof39492 жыл бұрын
Short cut 200psi belakang 220psi depan tq atas info
@Dragonkingzx2 жыл бұрын
@@azlanazizibinmdyusof3949 Ya Betul Bang... Untuk Sedan Dan Hatchback Selalunya Dalam Lingkungan Macam 2 La Dia Punya Tekanan Angin... Kalau Untuk MPV Dan SUV Selalunya Tinggi Sikit Dan Depan Belakang Pressure Angin Dia Sama...Dalam Lingkungan 230kpa... Itu Yang Paling Optimum La... Tapi Itu La, Slalunya Kereta Baru Masih Ada Lagi Sticker Sukatan Angin... Kereta Lama Ni Yang Masalah Sikit Sebab Sticker Pon Tulisan Dan Hilang... Haha😅
@BroThinkChannel2 жыл бұрын
Terima kasih prof..sentiasa memberi dan menyampaikan ilmu yg berguna..
@amirazali26442 жыл бұрын
mula ii video sy dh terkejut prof gelak mcmtu, risau😅 😂😂
@shaf30062 жыл бұрын
Di pintu kereta ada sticker ikut saja engineer dah siap pening buat kira2 berapa perlu tekanan. Beli alat sukat tekanan yang baik , meter di Pam stesen berbeza beza , simpan dalam glove box guna setiap kali isi dan pemanduan kurang 7km, maintenance yang berkala bukan sekali sekala, kita jaga kereta kereta jaga kita
@stehunter902 жыл бұрын
Kalau tukar rim dan size tayar berbeza dari yg original so klau nak ikut yg kat pintu tu tak boleh juga
@mrnobody13772 жыл бұрын
@@stehunter90 sebab tu kita maintain standard. So kalau dah tukar rim, kena cari advise yg tepat.
@stehunter902 жыл бұрын
@@mrnobody1377 😅 biasa klau dh tukar rim besar dri standard n tayar nipis lagi2 kalau jnis guna tayar stretch memang tak sama psi angin tayar.
@norhishamabubakar3424 Жыл бұрын
biasa isi angin dekat shell ada panduan tekanan ikut cc kereta.
@arinstudio4992 жыл бұрын
Alhamdulillah...TQ tuan hasbullah syarah atas perkongsian ilmu bermanfaat buat Semua....semoga tuan hasbullah syarah maju Jaya dlm. KZbinrs automotive negara 👍👍👍👍💪💪💪🤲🤲💪
@jwschannel192 жыл бұрын
Beli alat ukur angin wireless TPMS murah je kt online. Tk perlu selalu cek angin dari luar pintu. Tngok dkt screen lcd tpms je
@truckerskental74232 жыл бұрын
Tekanan tayar lori 110-130 psi. Kalau boleh elakkan bersebelahan dgn lori. Pernah lihat mekenik terbang terlalu dekat masa tayar meletup masa pam tayar.
@jimtamim17082 жыл бұрын
Yey saya pam tayar cara betul
@siapanamakamu2 жыл бұрын
prof. kalau kita tukar tayar saiz lebih besar sedikit dari manufacturers bagi boleh ikut kat side wall jugak ke? terima kasih atas ilmu yang sangat bermanfaat
@acheyyCODM2 жыл бұрын
Nak tau jugak, cam saya tukar 14 inch ke 15 inch kena ikut jugak ke atau kena ubah
@707-l2i2 жыл бұрын
Terima kasih share ilmu yg mudah tentang angin tayar ni...mengikut pengalaman sy, sy tak tahu tentang angin tayar ni...tp setelah sy terlibat dalam perlumbaan MSF di Litar Sepang selama 3 tahun, sy tahu betapa pentingnya angin tayar waktu cuaca panas & hujan...sekarang ni sy praktikal kan angin tayar pada kenderaan sendiri di jalanraya,dlm bonnet kereta mesti ada pam angin portable,meter bacaan angin tayar & sy ajar isteri mcm mana nak pantau angin tayar sebelum mulakan perjalanan
@renhermawan23902 жыл бұрын
mcm mna nk identify brp pressure kita patut guna ikut suhu tuan...mohon share ilmu...racer msf ni mesti arif bab ni...
@707-l2i2 жыл бұрын
@@renhermawan2390 sy bg contohnya guna tayar Hankook RS4,suhu tayar sejuk 25 psi, target bila tayar dh panas dlm 33 atau 34psi, tp berbeza bila waktu hujan.Setiap brand & compound tayar lain setup nya, sy ni tak lah pandai & arif sgt...sy pun masih belajar lg...
@MNor-nb8sp2 жыл бұрын
Tq.. Mmg bermanafaat. Cuma satu lagi bleh tak macamana nak tahu tarikh tayar.
@metzmatu84092 жыл бұрын
ada 4 angkah di tayar. contoh: 0921 = dikilang pada minggu ke-9 tahun 2021. so boleh kira berapa tahun tyre yg di kereta anda. kalau sudah 10 tahun baik tukar baru utk keselamat. (boleh cari video Prof yg lepas utk info lanjut, ada dia cerita)
@MNor-nb8sp2 жыл бұрын
@@metzmatu8409 thanks bro
@mohdazrinaziz56512 жыл бұрын
Tayar saya tulis 195. Kalau isi 195, 1 tahun lebih boleh nipis dan terpaksa tukar baru. Sebab selalu terlupa. Sekarang saya isi 220. Dah lebih 3 tahun tak perlu tukar. Tak risau terlupa isi angin. Mungkin boleh tahan lagi 2 tahun.
@hamba95512 жыл бұрын
Salam.. sy ada soalan: recommended dr manufacturer tu sebenarnya utk tayar yg size standard dr kilang kan? so klu kita dah tukar size rim + tayar contohnya, jd recommended dr manufacturer tu dh xboleh diguna pkai kan? ke camne?
@arekiem962 жыл бұрын
Yaaa nk tahu jugak…
@naim23552 жыл бұрын
Iya…. Kalau dah tukar rim ke apa2 dari 17-20 inci dah tentu lain
@neosuperdryhott2 жыл бұрын
betul.. pertanyaan yg sama dlm fikiran mase tengok video ni. mohon owner yt ni jawab pertanyaan kami😁
@hamzahnorazmi53802 жыл бұрын
Tapi prof kalau kita tukar size sport rim, should be size tayar pun akan berbeza. Macam mana nak tau pressure tayar optimum untuk tayar baru?
@tothemoon94722 жыл бұрын
Kena tanya kedai
@amirulasyrafalias15072 жыл бұрын
search pump pressure index
@oyokoyoan2956 Жыл бұрын
Soalan prof...macam mana pulak kalau kereta yg dah tukar sprotrim dan tayar lain? Masih relevant ka untuk ikut suggestion dkt pillar tu? Especially kalau rim berlainan dimension drpd asal
@Sak_Saiburi_ศักดิ์ไทรบุรี2 жыл бұрын
Beli je pump yg boleh connect guna power bank tu .. simpan dlm kereta .. senang je.. power bank tu siap boleh jumper battery Kereta lgi .. ada jual dlm shopee .. siap 1 box set
@ceqbobs72582 жыл бұрын
Yg sy tahu dr bengkel..kalau saiz 16" 210 utk rim 15" 220 tu yg ada pomen cina bg tahu sy..smpai skrg sy ikut dia punya petua..
@kecikkedah65092 жыл бұрын
bagaimana untuk tayar motor pulak boleh tlg exlpain tak
@muhammadyusri94532 жыл бұрын
salam prof.. macam mana kalau dah tukar tayar? spec tayar berbeza, spec rim pun berbeza, plus, suspension dah ubah.. masih perlu ikut spec kilang juga?
@TheAzly882 жыл бұрын
Baru nak tanya soalan yg sama
@reeddzollkifly1392 жыл бұрын
Soalan yg bagus ni prof. Harap sudi jawab.
@nizammaiden2 жыл бұрын
Terima Kasih atas perkongsian! 👍🏼👏🏼
@arifin30602 жыл бұрын
T.kasih banyak Dr, sgt bermanfaat
@Iman-iman-iman Жыл бұрын
tgk atas tayar jgk, kdg2 kete tu untuk kereta tayar asal, tayar asal 175, mmg la die suruh 200, tapi kite pakai tayar 185, tayar yg besar sikit, so kalau nk pakai angin 200, akan kurang angin, dan akan lame2 merekah tepi, sy dh kne lame, so nk isi angin ikut kesesuaian tayar, mohon buar research sikit doc
@rempitjepun2 жыл бұрын
Ada satu isu yg lagi penting tak disampaikan. Pam tayar time tayar sejuk atau tayar panas, berbeza pressure dia
@musashibene45952 жыл бұрын
Memang ada, tapi tak banyak beza. Yang rasa banyak beza tu untuk "performance drive"
@rempitjepun2 жыл бұрын
Guna gas law, banyak beza tau. Sebab tu manufacturer specific pressure in cold condition. Boleh bukak manual masing2
@kenx99847 ай бұрын
Yg penting pam masa tayar masih sejuk!! Yg tu paling tepat
@arezem512 жыл бұрын
Bole buat video lapagan tak bawak kereta lepastu pg pam stesen minyak lepastu ajar step by step cara nak pam tgok nombor sidewall pastu tekan kt mesin tu mcm mana..terima kasih
@lawrencesureng19202 жыл бұрын
Hi Prof.. boleh buat penjelasan berkenaan nitrogen. Apa kebaikan dan keburukan jika pam tayar guna nitrogen
@amarqamar8619 Жыл бұрын
sy baru lepas servis dkt pusat servis proton kamunting, boleh technician dia pi isi angin lebih smpai 40psi tayar blakang kiri kanan, tayar dpn belah kanan pun sma, tayar belah kiri normal..skli lps servis mcm alligment lari, trgerak hati nk check angin tayar..skli ambk lebih isi, nsb trgerak hati nk check
@HasbullahSyarah Жыл бұрын
aik. ganas betul
@inforia2 жыл бұрын
Perkongsian simple tapi bermanfaat 👍
@FreemanAndRonin2 жыл бұрын
Pam tayar ikut kemampuan dan keperluan anda.. 😁
@ibrahimovich_782 жыл бұрын
Prof, bincangkan waktu & keadaan bila utk isi angin tayar? Boleh ke pam angin lepas merembat di atas highway pada waktu tengahari yg panas? Atau mesti kena pam angin pada waktu malam sebelum kete bergerak jauh. Mohon prof nasihat & bimbingannya
@saupiazran68982 жыл бұрын
Prof Has.. Kalau tayar kereta tu standard 16 inci, kita pegi upgrade saiz naik 17 ke 18 ke.. Pressure tu masih menten kita boleh rujuk tepi pintu tu ke? TQ respon
@anonymousanonymous59712 жыл бұрын
yg sebenarnya ikut panduan psi pd sidewall tyre tp jgn max.. katakan max 350, 300 dah ok.. klu ikut pd body kereta itu hanya tayar yg OEM standard keluar dgn kereta tersebut klu kita tukar tayar Dr standard atau rim lebih besar maka rujukan utk di guna pakai adalah di wall tyre. berkenaan dgn isi angin di bengkel kereta mmg tidak digalakkan sbb mata dgn telinga mereka Sgt tajam.. tak pasal2 dia kata itu rosak ini rosak nnt kereta stop tgh jalan hehehe
@Hafeezee902 жыл бұрын
Sy akan pump 2.2 bar pada musim hujan tp bila panas sy akan kurangkan skit mybe 2 bar. Sbb wktu panas suhu tyr akan meningkat.pressure pn naik skit
@nsyazas2 жыл бұрын
dr buat pulak video untuk pengguna yang dah tukar sportrim. up size rim. downsize ketebalan saiz tayar semua tu berkait ke dengan tekanan angin nk pam nnt.
@syarulnizam1792 жыл бұрын
Prof patut buat part 2 ni...bnyk soalan2 di bawah..boleh tolong ulas skali pam nitrogen utk tayar...
@sygkenalsygsyg15512 жыл бұрын
Prof,nak bertanya tentang penggunaan gas helium pada tayar kereta dan motor . Di jalan ipoh kl ada sesetengah bengkel menyediakan gas helium utk tayar kreta dan motor. Minta Prof jelaskan perkara ni. Terima kasih Prof.
@ejadhebat64282 жыл бұрын
Biasa tgk alat pam gas nitrogen.
@shuhairyibrahim70212 жыл бұрын
Biasenyer sy Akan keluarkan dulu sedikit angin / udara panas yg ade dlm tayar sblm masukkan angin baru sbb tayar baru lepas bergolek...... teori sy bila bergolek, udara mengembang apbila dipanaskan .... sbb Tu belon udara boleh terbang...... jadi tekanan angin baru dlm tayar Akan jadi tidak tepat Dan jitu walaupun Jumlah tekanan telah Kita setkan kat mesin kerana pencampuran udara panas (sedia Ada) dgn udara sejuk (baru) Di dlm tayar...... Yer Ker prof teori & praktikal yg sy amalkan nie.......😉✌️
@muhammadizwan66732 жыл бұрын
Macam mna pulak kalau dah tukar rim yg lagi besa dari rim ori kilang ?
@malikshahrin47922 жыл бұрын
Lebih baik beli pam angin jenis elektrik, & kalau biasa pam angin di stesen minyak double check balik tekanan angin tu dengan alat pengukur tekanan angin, sebab ada sesetengah pam angin di stesen minyak bacaan meter tak betul.
@fazlyrashid87282 жыл бұрын
Betul,kadang tak tau diorg ada calibrate tak pam tayar tu.
@m.faieznorfelanieziear8282 жыл бұрын
Prof,saya nak subscribe Zero to Hero by Maybank2u tak boleh lah,ada solution lain tak
@mohdazizi25082 жыл бұрын
sy guna mpv buatan msia... sy selalu pam tayar depan 220 dan blkg 250...tayar spare dalam 300 Alhamdulilah setakat ini ok jer
@syaiqredmi40152 жыл бұрын
Biasa depan lagi tinggi dari belakang sbb ada enjin. Mungkin kereta tuan jenis lain
@thekamikaze69512 жыл бұрын
salam.buat la tutorial cara isi angin tayar dgn btol..kmi nk Dr buat wlaupn ad chanel lain buat hehe