Tafsir Surah Asy Syams Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

  Рет қаралды 23,286

Cikgu Zhafran's Vlog

Cikgu Zhafran's Vlog

Күн бұрын

PENGENALAN KULIAH
Kuliah Tafsir Surah Asy-Syams ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, mantan Menteri Besar Negeri Kelantan (1990-2013) merangkap Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Kuliah Pagi Jumaat di Bangunan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, Kelantan.
PENGENALAN SURAH
Surat Asy-Syams (سورة الشمس) adalah surat ke-91 dalam Al Quran, terdiri atas 15 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-Qadr. Dinamai Asy Syams (matahari) diambil dari perkataan Asy Syams yang terdapat pada ayat permulaan surat ini.
KANDUNGAN SURAH
* Kaum Tsamud telah dihancurkan Allah kerana kederhakaannya.
* Allah memberi bayangan bahawa hal ini adalah mudah bagi-Nya,
sebagaimana mudahnya menciptakan benda-benda alam, siang dan malam, dan menciptakan jiwa yang tersebut dalam sumpah-Nya;
* Allah memberitahukan kepada manusia jalan ketakwaan dan jalan kekafiran;
* Manusia mempunyai kebebasan memilih antara kedua jalan itu.
Surat Asy Syams berisi dorongan kepada manusia untuk membersihkan jiwanya agar mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat dan menyatakan bahawa Allah akan menimpakan azab kepada orang-orang yang mengotori jiwanya seperti halnya kaum Tsamud.
HUBUNGAN DENGAN SURAH AL-LAIL
Surat Asy Syams menerangkan bahawa orang yang mensucikan jiwanya akan memperoleh keberuntungan dan orang yang mengotori jiwanya akan diazab Allah, sedang surat Al Lail menerangkan perbuatan yang mensucikan jiwa itu sehingga menghasilkan keuntungan dan perbuatan yang mengotorkan jiwa sehingga menghasilkan kerugian.
TERJEMAHAN AYAT
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, (QS. 91:1)
وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا dan bulan apabila mengiringinya, (QS. 91:2)
وَالنَّهَارِ إِذَا جَلاهَا dan siang apabila menampakkannya, (QS. 91:3)
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا dan malam apabila menutupinya, (QS. 91:4)
وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا dan langit serta pembinaannya, (QS. 91:5)
وَالأرْضِ وَمَا طَحَاهَا dan bumi serta penghamparannya, (QS. 91:6)
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya) (QS. 91:7)
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, (QS. 91:8)
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)
وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا (Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) karena melampaui batas, (QS. 91:11)
إِذِ انْبَعَثَ أَشْقَاهَا ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka, (QS. 91:12)
فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا lalu Rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka: (Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya. (QS. 91:13)
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوَّاهَا Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Rabb mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah) (QS. 91:14)
وَلا يَخَافُ عُقْبَاهَا dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-Nya itu. (QS. 91:15)

Пікірлер: 18
Tafsir Surah At Tiin Siri 1 Tok Guru Nik Aziz
1:02:13
Cikgu Zhafran's Vlog
Рет қаралды 37 М.
Makin Berusia Makin Buntu dengan Ujian Kehidupan
1:00:07
Taman Mutiara Ilmu
Рет қаралды 15 М.
Nastya and balloon challenge
00:23
Nastya
Рет қаралды 70 МЛН
Tafsir Surah Al Mulk Siri Akhir
56:46
Kuliah Murabbi
Рет қаралды 10 М.
KAJIAN TAFSIR SURAT ASY-SYAMS BAGIAN 2 || Ustadz Dr. Muhammad Yahya, Ph.D Hafidzahullah
1:02:17
Masjid Al Falah Gadang Malang
Рет қаралды 2,6 М.
TG Nik Aziz - Tafsir Surah Al-Jin
59:37
Mr. F
Рет қаралды 14 М.
Hari Di Dedahkan Segala Rahsia 3/10/2003
1:01:37
Kuliah Murabbi
Рет қаралды 21 М.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) - Apabila Bala Menimpa
42:30
TG Nik Aziz - Tafsir Surah Al-'Asr
51:31
Mr. F
Рет қаралды 33 М.
Hari yang menggembarkan - Ceramah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
1:00:25
Hijrah Fikir
Рет қаралды 16 М.
Bersih Zahir & Batin - Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
1:01:29
Hijrah Fikir
Рет қаралды 13 М.
Tafsir Surah Al-Fatihah
41:03
Abdullah Atan
Рет қаралды 5 М.