--- generasi (umum) --- Sebagaimana yang kita sedia maklum.. fasa yang paling "crucial" atau terpenting adalah sewaktu kecil.. di mana pada peringkat inilah mereka akan menyerap segala perkara yang mereka dengar dan lihat dengan cepat.. dan seterusnya akan membentuk pemikiran, keperibadian dan kepercayaan mereka.. seiring dengan waktu semakin mereka meningkat dewasa. Oleh demikian.. amat pentinglah untuk kita mengambil tahu akan setiap apa yang mereka lalui(dengar dan lihat) dalam kehidupan mereka. dan itulah salah satu cabaran terbesar bagi ibu bapa.. terutama pada zaman ini.. zaman dunia tanpa sempadan.. segala di hujung jari dan di depan mata.. tidak perlu lagi ke luar negara untuk mengetahui sedikit sebanyak budaya serta cara hidup negara orang.. cukup dengan sekadar menaip di skrin untuk ke mana sahaja hendak pergi. dan sudah menjadi kebiasaan untuk para ibu bapa pada zaman ini dengan mendedahkan kepada anak-anak dengan gajet.. sebagaimana seiring mengikuti perkembangan teknologi dan gaya hidup peredaran zaman masa kini. walau bagaimanapun, tanpa pemantauan yang berterusan dan teliti.. ianya mungkin akan memberikan kesan di masa akan datang.. kerana dari situ jugalah segala bentuk pengaruh dari luar akan disalurkan dengan sangat mudah dan cepat tanpa kita sedari.. dan akan terlepas pandang dari segi baik buruknya.. ini kerana risiko yang mungkin perlu dihadapi sekiranya anak-anak yang masih terlalu kecil dan cetek pemahamannya dalam menilaikan sendiri baik dan buruk sesuatu perkara tetapi telah didedahkan dengan gajet bersama akses internet yang mana keluasannya meliputi hampir segala hal di dunia ini. Pelbagai usaha dan cara dilakukan sehingga ke saat ini oleh golongan yang ingin merosakkan minda dan moral manusia.. menyalurkan dan menyemai pengaruh-pengaruh dan agenda kepada setiap individu di muka bumi ini.. terutama kepada individu yang di peringkat kanak-kanak dan remaja. salah satu medium yang digunakan untuk menyalurkan agenda tersebut adalah melalui penyalahgunaan terhadap medium animasi@kartun atau rancangan kanak-kanak.. kerana ia merupakan medium yang paling hampir dengan jiwa individu yang bergelar kanak-kanak mahupun remaja.. dan yang paling utama.. melalui medium itulah ia mampu mengaburi mata ibu bapa.. kerana secara umumnya apabila apa yang dilihat dan ditonton oleh anak kita itu berbentuk animasi atau kartun ianya sering dianggap selamat dan mesra untuk mereka.. oleh itu, melalui penyalahgunaan medium animasi dan kartunlah merupakan cara yang paling berkesan untuk menyalurkan dan menyemai sesuatu agenda dan tujuan.. dan amat malanglah sekiranya ia merupakan perkara yang tidak baik(negatif).. seperti unsur-unsur keganasan, perilaku melampaui batas, tidak beradab, api kebencian, vandalism, gangsterism, membuka kecenderungan naluri seksual(sexual instinct triggered), psychopaths instinct, budaya hedonism, pengaruh lgbt(lesbian-gay-biseksual-transgender), kepercayaan kepada sesuatu yang menyimpang dan sebagainya.. ianya agak sukar untuk kita sedari sekiranya tidak diamati dengan teliti.. kerana unsur-unsur tersebut dimasukkan dengan cara yang sangat halus, tersirat dan berperingkat.. seterusnya secara perlahan-lahan merangsang naluri dan pemikiran kepada perkara yang tidak baik.. dan ia tidak hanya akan membuatkan seseorang itu terhenti di situ.. tetapi juga akan menjadi "turning point" atau penyebab untuk seseorang itu beralih pada tahap yang lebih ekstrim dan menjurus.. yang akhirnya membawa pada masalah-masalah sosial dan keruntuhan moral serta sahsiah.. .. seperti pornografi, pelacuran, jenayah, jenayah seksual, sumbang mahram, pedofil, berleluasanya bermacam gejala seks bebas sehingga di tahap sudah menjadi suatu norma atau perkara biasa dalam kehidupan, tindakan atau tingkah laku yang melampaui batas kewarasan kemanusiaan, keruntuhan institusi kekeluargaan dan sebagainya.. yang seterusnya juga menyumbang kepada masalah-masalah kesihatan mental yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat kini. Selain itu, ia dirumitkan juga dengan kepenggunaan tanpa kawalan dan batasan aplikasi-aplikasi medium media sosial.. ditambah pula aplikasi tersebut secara amnya distruktur dengan program Algorithm yang mana fungsinya berperanan untuk terarah pada keinginan dan kecenderungan seseorang individu secara terus-menerus dan tiada hadnya. ini boleh memberi kesan yang tidak elok kepada psikologi seseorang sekiranya dikendali secara tidak berhati-hati, berlebihan dan terarah pada perkara yang tidak baik. Hal ini termasuk juga berlaku pada permainan-permainan video(video games) dan seumpamanya.. sesuatu yang sangat dekat dengan jiwa kanak-kanak dan remaja. Dan yang terkini, penyalahgunaan terhadap kepesatan pembangunan sistem teknologi Artificial Intelligence(AI). Selain daripada pemantauan dan kawalan.. .. salah satu cara yang ampuh untuk mengekang masalah ini adalah dengan mendidik dan sering menerapkan nilai-nilai murni.. berkasih sayang.. kemanusiaan ke dalam diri anak-anak.. memberi perhatian kepada mereka dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah.. meng"equip"kan dan melengkapkan pengetahuan anak-anak tentang ilmu Akidah, akhlak, adab dan batasan-batasan yang ditetapkan dalam agama dengan mendalam dan teguh.. Serta kefahaman tentang tujuan hidup ini yang sebenar-benarnya.. dengan ini dapat membentuk jati diri yang tinggi bersama matlamat hidup yang jelas di dalam diri mereka.. yang seterusnya dapat menilai akan baik buruknya sesuatu yang mereka terima tidak kira dari sudut mana atau medium apa pun ia datang. kerana di akhirnya.. pilihan terletak di tangan mereka untuk menentukan apa yang mereka inginkan dalam hidup ini dan selepasnya.. namun sebelum itu, sebagai ibu bapa.. persiapkan dan lorongkanlah mereka dengan ilmu-ilmu yang dinyatakan di atas sebagai asas dan persediaan bagi menempuh hidup yang penuh dengan liku-liku yang mungkin akan menjerumuskan diri ke dalam kemaksiatan, kesesatan dan kebinasaan. Bersama-sama kita berusaha demi mencapai masa hadapan yang sejahtera dan dirahmati.. In shaa Allah. _____________________ _____________________ _____________________ setiap anak di dalam kandungan ibu dibentuk mengikut ketentuan-Nya.. dianjurkan supaya ibu bapa banyakkan berdoa.. selepas dilahirkan, anak tidak tahu apa-apa lagi.. tetapi anak itu dibekalkan dengan Pendengaran, Penglihatan dan Kefahaman(hati).. semua kemampuan ini perlu diasuh dan dididik untuk mensyukuri kurniaan dan rahmat-Nya. _____________________ _____________________ _____________________ hari demi hari.. kemajuan teknologi berkembang dan berevolusi dengan sangat cepat dan pesat.. sehingga tidak lagi terduga bagaimana keupayaannya pada masa akan datang.. namun, walau apapun keupayaan dan kemampuannya kelak.. selagi mana ia digunakan pada jalan kebaikan dan berlandaskan batasan di dalam agama.. selagi itu ia akan bermanfaat.. .. dan juga sebaliknya.
@langkawiisland864 ай бұрын
SUBAHANAALLAH ALHAMDULLILAH LAILAHAILLALAH ALLAH HUAAKBAR
@hazimahnoraini36923 ай бұрын
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Allahummasoli alasaiyidina Muhammad Waalasaiyidina Muhammad Amin Terimakasih Ustaz kongsikan Ilmupada kamisemua Amin Ya Allah..
@Jamilah20242 ай бұрын
Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minal zolimin
@muhammadandika94862 ай бұрын
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Subhanallah Walhamdulillah Walaillahaillah Wallahuakbar Lahaulaquataillabillah. Allahumma Sholliala Sayyidina Muhammad waala Alihi sayyidina Muhammad wa sallim taslima ❤❤❤. LAILAHAILALLAH MUHAMMADDURRASULULLAH SAW ❤❤❤. Terimakasih ustadz atas taskirahnya. Alhamdulillah hirabbil Al-Amin. InsyaALLAH barokah dunia dan akhirat. Amin Amin Amin ya rabbal Al-Amin ❤❤❤
@bjfeerus2 жыл бұрын
AllahuAkbar.......
@notaakhirat4 ай бұрын
ALLOHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
@masterj17394 ай бұрын
assalamualaikum.setakat ni ustaz yang paling aku hormati sekali adalah ustaz wadi.sebab aku rasa ustaz wadi tidak pernah mempolitikan ceramahnya. kerana kebanyakan istaz lain dah mempelotikan ceramahnya.dan saya harap ceramah ustaz wadi sentiasa bebas dari politik. saya benar2 kesal dengan kata2 seseorang yang boleh di gelar sebagai orang yang bijak dalam agama,apabila mengeluarkan kata2 kesal kerana penduduk di suatu tempat menolak syurga.kata2 kesal ini di suarakan kerana dia tewas dalam pilihanraya. dia beranggapan yang dialah penentu syurga dan neraka kepada seseorang.kerana penduduk di sana tidak sokong dia,lalau dengan sombomgnya dia berkata kesal yang rakyat di sana tolak syurga sebab tak undi dia. saya harap ustaz wadi bebas dari cengkaman politik.teruskan ceramah hanya kerana Allah.
Aslm....Alhamdulillah syukur....Tk ustaz atas tazkirah ringkas yg bolih memberi kesedaran kpd kita semua para pdgr. Semua org bolih masuk SYURGA ketikamana keseluruhan khdpnya utk ALLAH. Smga kita insan2 pilihan Allah utk sentiasa d RAHMATI dan d pandang ALLAH dgn pandangan RAHMATNYA💙💙💙. In Shaa Allah...Aameen3...Ya Robb....Ya Mujib....
@mochdarwis34472 жыл бұрын
ALLOHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
@notaakhirat4 ай бұрын
ALLOHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
@alohlahwey3 ай бұрын
Alhamdulillah
@raitingpindas7743 Жыл бұрын
Terima kasih perkuncian ilmu ini moga bermanfaat buat semua alhmdulillah 🤲
@notaakhirat4 ай бұрын
alhamdulillah
@langkawiisland864 ай бұрын
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Jom Kita Selawat Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
tiap2 selepas solat ustaz🌹 Aamiin Aamiin Aamiin YRA
@notaakhirat4 ай бұрын
alhamdulillah
@Kens29092 жыл бұрын
AstaghfirullAh. SubhanAllah😢
@notaakhirat4 ай бұрын
ALLOHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
@Sharidah-om2es10 сағат бұрын
Aamiin.
@Jamilah20242 ай бұрын
Lahaula wala quwata illa billah hil aliyil azim
@tehbashir44652 жыл бұрын
baik sebab kau tak mahu maaf kan aku aku akan tarik daulat manusia akan pandang hina kat kau agung
@laksmana7 Жыл бұрын
7:29 Sy tiap2 jam ustad ujian DIA bg MMG diri Kira JD krekot trus Sy tgk mkn yg da Dpn Sy lapaq tp xde selera sbb bini Sy Koma DLM CCU...DLM MSA yg sma Sy buat tobat Nashua ujian DIA cm nk tarik Nawaz kluaq dr badan sakit bguling Sy kat sejadah tu ustad, 😭😭😭 DLM dok solar bru Rakyat prtama mnaggis sbb sakit Sgt lencun sejadah Allah Nak cuci dosa....dgn wife da kat hospital 2 bulan da Sy sengsara ustad tp Sy trus Kan sbb da tobat xkan nk tgl Kan,teruih cuma Doa tu Sy bhnti sat berat gan kondisi bdan saya.mcm2 sunat Sy buat utk dpt tenant tu X boleh jgk.dosa KT byk nk cuci tu sakit yg AMT. Klu istigfar sat sj stg nt mai balik.sy ziarah kubur smgu 2 3 Kali nk tenang lepas klu Sy g dhuha 4/6 Rakaat tenang tu sat ja smpai nk g mana2 dok ats moto zikir, mnaggis....Sy g dok hospital KT wat isteri Sy tenang rs cm nk g dok kat Sana ja tp skli msuk 5 mint ja stiap sujud Sy doa bg wf Sy sdaq dr koma.bgun mlm tiap2 Hari tahjud sat ja tenang 😭 Allahu Akbar... Allah mmg bg ingat cuma sy takut stiap jam kdg stgh jam skli...tgh bgun mmg dia bg ingat.
@Jamilah20242 ай бұрын
Astaghfirullah lil mukminin walmukminat
@toxicslayezr10118 ай бұрын
😢❤
@notaakhirat4 ай бұрын
♥♥♥
@tehbashir44652 жыл бұрын
aku ada dimana .mana dan tak kemana .mana pun dok rumah la di kayagan
@tehbashir44652 жыл бұрын
wahai raja 2 lain nya kamu jagan ekut peragai raja yg seperti ini boleh merosak kan ahlak bagi raja2 di atas muka bumi ini dan kamu berbuat baik lah degan penduduk yg berdekatan mereka ambil tahu keadaan mereka susah senang bersama ada sikit kita makan sikit ada bayak beri pada orang yg memerlukannya itu saja
@youtubebersubahat4 ай бұрын
eh kau jadi dinosaur tu... yakjuj makjuk nak balik ke bumi....