Рет қаралды 6,361
Patut la viral kek coklat ni, memang sedap, tambah pula kena dengan cheese leleh tu. Memang padu rasa dia
Ely akan tunjukkan cara buatkan kek kukus coklat moist, dan juga krim cheese leleh tersebut. Mula-mula Ely buat, cheese tu tak puas hati kejadiaannya. Kejap jadi padat & kental, lepas tu jadi cair pula T T
Jadi Ely buatkan cara bancuhan yang insyallah akan memudahkan dan mendapat hasil yang lebih cantik dan konsisten. Cantik je dia punya melting tu, dah macam kek lava coklat cake penuh cheese pula rupa dia
Kek pula tak perlu nak pakai hand mixer atau oven. Kita pakai pengukus dan juga whisk dengan tangan sahaja ;) Dan resepi ini Ely tak guna sebarang ovalette, jadi korang boleh la makan tanpa rasa was was. Kek coklat moist ini pulak memang lembap, dan boleh bikin ketagih
Lepas ini, boleh cuba buat resepi Donut Coklat Cermin Tercantik di sini:
BERKILAT ✨ ! RESEPI DONUT CERMIN BASICKELI (MIRROR GLAZE DOUGHNUT):
/ 707391831538505
Selain itu, kalau nak try buat resepi kek boba (dah alang-alang sebut boba kan dalam video ni), tengok di sini, hampir sama cara dia, cuma korang akan belajar buat chiffon cake dan juga boba homemade di sini:
CARA BUAT KEK BOBA MILK TEA CONFIRM JADI! :
/ 749785525868812
#resepibasickeli #kekkukus #kekcoklat