Tarekat | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

  Рет қаралды 17,783

realridz studio

realridz studio

3 жыл бұрын

Definisi Tarekat
Asal perkataan tarekat dengan maksud jalan. Ada juga menyebut dengan perjalanan menuju kepada Allah, sama ada disebut tariq atau tarekat, ia merupakan sama seperti dengan nama sirah dan mazhab. Tarekat juga datang dengan makna hal seperti dikatakan dia dalam keadaan baik atau sebaliknya. Dalam kitab Lisan al-Arab dan al-Sihah, ada juga menyebut tarekat kaum dengan maksud yang terbaik dan terpilih di kalangan mereka. Ia lebih kepada perjalanan hati dalam menuju ma’rifatullah dan mardhatillah.
Dinyatakan di sini beberapa takrif berkenaan dengan tarekat:
Al-Kasyi berkata: Tarekat ialah perjalanan yang khusus bagi ahli suluk menuju kepada Allah dengan memutukan segala manzilah dan naik hingga mencapai kepada beberapa maqam.
Al-Jurjani berkata: Tarekat ialah perjalanan yang khusus oleh ahlinya dalam menuju kepada Allah dengan menghapuskan segala halangan dan menaiki kepada maqam . Lihat al-Takrifat (hal. 160)
Imam al-Qusyairi berkata: Tarekat ialah jalan atau suluk syariah, iaitu beramal dengan segala tuntutannya. Lihat Syarh al-Risalah al-Qusyairiah (hal. 43).
Al-Tahanawi pula berkata: Ia merupakan jalan menyampaikan ke syurga. Ia adalah lebih khusus daripada syariah kerana terangkum padanya hukum-hukum syariat daripada amalan soleh yang bersifiat jasadi dan mengelakkan daripada semua yang haram dan makruh. begitulah juga hukum-hukum yang khusus daripada amalan hati dan puncaknya berlepas diri selain Allah.
Kebanyakan para ulama tasawuf apabila mentakrifkan tarekat menyebut apa yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam merumuskan tarekat dan tujuannya, antaranya kata beliau dalam Ihya’ Ulum al-Din, "Tarekat ialah jalan atau cara yang mendahulukna mujahadah, menghapuskan sifat mazmumah, memutus segala hubung kait dengan makhluk dan mengadap dengan penuh himmah kepada Allah. Sejauh mana pencapaian natijahnya, maka Allah lah yang menguasai hati hamba-Nya dan menaggung dalam memeri cahaya dengan cahaya-cahaya ilmu. Lihat al-Fatawa oleh Syeikh Abdul Halim Mahmud (2/236)
Pengertian Tasawuf
Oleh kerana hubung kait tasawuf dengan tarekat begitu rapat dan ampuh, maka penulis mengemukakan di sini beberapa pengertian taswuf pada istilah yang menggambarkan hubung kait yang cukup mendalam, antaranya:
Ma’ruf al-Karkhi mengatakan bahawa: Tasawuf ialah pergantungan harap kepada Allah SWT dan tidak kepada makhluk.
Sahl bin Abdullah al-Tustari berkata: “Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah SWT dan tidak dengan manusia . oleh yang demikian, disisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur.”
Al-Jurairi pula menyatakan bahawa: Tasawuf ialah perlakuan akhlak yanf tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.
Al-Kattani menegaskan bahawa: “Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwamu.”
Abu al-Wafa’ al-Taftazani berkata: “Oleh itu, tasawuf pada dasarnya adalah akhlak, dengan pengertian ini tasawuf adalah ruh Islam kerana seluruh rukun Islam diasaskan kepada akhlak.”
Al-Nuri berkata: “Tasawuf itu bukan tulisan atau ilmu tetapi ia adalah akhlak. Jika tasawuf itu tulisan, ia boleh diperolehi dengan latihan dan jika ilmu, ia boleh diperolehi dengan belajar. Tetapi sebenarnya maksud tasawuf itu berakhlak dengan akhlak Allah SWT (akhlak terpuji). Seseorang itu sam sekali tidak dapat berakhlak dengan akhlak ilahi hanya melalui ilmu dan tulisan.
Samnun berkata: “Tasawuf ialah kamu berasa tidak memiliki sesuatupun di dunia ini, dan juga tidak dimiliki oleh sesiapapun di kalangan makhluk di dunia ini.”
Al-Syibli pula berkata: “Tasawuf ialah pengabdian diri kepada Allah SWT tanpa rasa keluh kesah.” Ketika ditanya sebab dinamakan dengan nama ini? Jawabnya: “Kerana baki kesan yang masih tinggal pada jiwa mereka. Kalau tidak nescaya tiada lagi nama ini bagi mereka.”
Tasawuf dari peringkat awal hingga akhirnya tidak boleh terlepas daripada syariat. Oleh yang demikian al-Junaid berkata: “Zikir dengan ijtima’, tawajud dengan istima’ (seni pendengaran) dan beramal dengan ittiba’.”
Sariy al-Saqaty berkata: “Tasawuf ialah kata nama untuk tiga perkara iaitu cahaya ma’rifah seseorang tidak menghilangkan cahaya wara’nya, tidak berbicara tentang ilmu yang batin dan disanggah oleh al-Quran dan al-Sunnah, karamahnyatidak mendorong dia melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
Syeikh Abdul Wahab al-Sya’rani berkata: “Tasawuf Islam memancar di hati para wali ketika beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah. Taswuf juga merupakan intipati dari seseorang hamba yang beramal dengan hukum-hukum syariah.”

Пікірлер
SHOTAZ: Hebatnya Kuasa Istighfar | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
14:11
Osman Kalyoncu Sonu Üzücü Saddest Videos Dream Engine 170 #shorts
00:27
ОДИН ДЕНЬ ИЗ ДЕТСТВА❤️ #shorts
00:59
BATEK_OFFICIAL
Рет қаралды 7 МЛН
СНЕЖКИ ЛЕТОМ?? #shorts
00:30
Паша Осадчий
Рет қаралды 8 МЛН
"APA MAKNA REDHA DALAM KEHIDUPAN?" - Ustaz Dato' Badli Shah Alauddin
1:03:29
Badli Shah Alauddin Official
Рет қаралды 42 М.
BENARKAH THORIQOH NAQSHBANDI HAQQANI SESAT? - BUYA DR. ARRAZY HASYIM, MA
15:05
Penyelewengan Tarekat Tijaniyyah dan Penyimpangan Selawat Fatih
25:18
Darulkautsar Studios
Рет қаралды 21 М.
🔴[LIVE] MENGENAL DIRI AGAR KITA MENGENAL ALLAH @SyekhFathurahman #kajiantasawuf
1:16:43
Osman Kalyoncu Sonu Üzücü Saddest Videos Dream Engine 170 #shorts
00:27