Рет қаралды 7,038
Assalamualalaikum & Selamat Sejahtera
Kali ni kami sekeluarga bercamping di Campsite Sungai Pauh Cameron Highland 2.0.
View campsite ni was beautiful, udara yang nyaman, kawasan yang menghijau, sunyi & menenangkan.
Air sungai yang sangat sejuk & sesuai untuk anak-anak mandi manda. Plug point hanya disediakan di setiap pondok berdekatan dengan tapak perkhemahan. Tandas kurang bersih & water presure pun slow. Selain itu, terdapat juga beberapa singki berdekatan dengan tapak dan juga surau yang bersih. Hanya fish bone pek saja yang lulus di atas dek.
Kali ni kami mengunakan khemah Vidalido Horizon Tunnel. So far sangat selesa untuk kami 5 beranak. Ketahan dari segi hujan & angin alhamdulillah sangat-sangat berpuas hati, ventilation pun bagus, so far tak panas just nice & kami sangat berpuas hati👍🏻
Setakat itu saja review untuk campsite ini yang dapat kami kongsikan untuk manfaat anda semua.
Semoga berjumpa lagi di video yang akan datang, Insyaallah….
Hope you guys enjoy video kali ini…bye👋🏻
Campsite Sungai Pauh Cameron Highland | Vidalido Horizon Tunnel | Kayrol Family Camping