Рет қаралды 888,024
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat kembali ke Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom hari ini.
Baginda berangkat pulang ke tanah air Khamis lalu apabila menerima berita sedih kemangkatan nenda baginda, Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah pada pagi Rabu.
Tengku Hassanal akan menyambung pengajia dalam bidang Ketententeraan dan Strategik sehingga ditauliahkan Disember tahun ini.
Paduka bonda baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut bercemar duli di Lapangan Terbang Sultan Ahmad (LTSAS), di sini kira-kira pukul 7.00 malam.
Tunku Azizah mengucapkan selamat berangkat kepada paduka anakanda baginda yang berlepas dengan pesawat Malaysian Airline (MAS), 7.50 malam tadi.
SUMBER BERITA DAN GAMBAR - FB PORTAL DIRAJA PAHANG DAN FB DON MAHATHIR