Рет қаралды 580
Dua hari dua malam saya tidur bermalam di rumah pelajar saya di Kampung Sabur, Pulau Banggi untuk join aktiviti harian mereka termasuk memancing, mandi perigi dan sebagainya..Tiada elektrik, tiada line but No Problem.
Dalam video ini, saya berkesempatan untuk tengok2 cara mereka dapatkan LINE telefon dengan naik ke atas puncak bukit tinggi di kampung mereka, di atas bukit itu mereka bina pondok kecil untuk kemudahan mereka belajar online bagi pelajar..
Walau bagaimana pun, pondok mereka tidak mempunyai atap, jadi dalam video ini juga kami sama2 siapkan atap daripada kanvas terpakai.. Siap bikin atap kanvas, saya TEST sendiri line internet dengan menghantar arahan tugasan kerja bertulis ke group whatsapp pelajar.
Saksikan vlog spontan dan tidak dirancang ini,dan terima kasih.
Kameramen saya adalah pelajar saya sendiri..