Рет қаралды 275,081
Berbengkung ikat pd tiang , atau buat sendiri sama saja kesan baiknya.. Kalau suami ikatkan adalah lbh baik sbb tenaga lelaki kuat.. tetapi bila org yg pakaikan spt yg ditunjukkan dlm video ni, sy menggunakan tolakan peha dan pinggul sy utk memberi penekanan yg lebih kuat kpd ikatan tali bengkung..
.
Bengkung lilitan “tekap lipan” nama yg sy berikan utk teknik berbengkung cara yg sy tunjukkan dlm video ini..
.
.
Kenapa sy panggil dia tekap lipan ? Tekap bermaksud melekat rapi, kekuatan tarikan kain belacu utk kiri kanan punggung bermenafaat menegangkan dan mengangkat bentuk punggung merapatkan tulang pinggul dgn cepat dgn berpusatkan simpulan putaran kain di tengah2 pusat kangkang wanita yg tempoh berpantang..
.
Ini adalah bengkung yg terbaik bukannya girdle ataupun barut yg mnggunakan tali..( org muda xsuka benda ni sbb rimas dn susah buat , mereka memilih girdle atau barut)
.
Kekuatan bengkung ini adalah 100 kali ganda lebih kuat drpd girdle ataupun barut, rasa melayang ringan badan efeknya
.
.
Bonda kasi info : Berbengkung ataupun bertungku, bersauna, berurut, berurut semuanya bagus tp kesan pd badan dan cara buatnya tidak sama pd badan..( Kebaikan berbeza2)
.
Kebaikan berbengkung ni ia memberikan kesan baik kpd tulang belakang kerana dlam proses berpantang ini kita perlukan senaman mengikat perut dgn cara begini merupakan teknik senaman dan lenturan yg baik utk kawasan punggung dan juga tulang belakang yg terlalu stress semasa proses melahirkan dan renggangan mengeluarkan bayi dibetulkan balik
.
Semoga dgn video ini dpt membantu ramai golongan muda yg akan bersalin ataupun ingin mendapatkan tips berbengkung cara org dulu2 yg paling efisien utk spa berpantang di rumah.
.
Anggap lah kesusahan ini akan mengembalikan modal kesihatan, kecantikan utk saham keharmonian hidup wanita menguruskan hal rumah tangga, kecantikan diri dan seterusnya adalah kesihatan yg berpanjangan..
.
Akhir kata bonda “ jangan bergaduh sbb kepercayaan berpantang melayu atas kerana ilmu dan fahaman berbeza.. Ini bukan isu agama, negara atau bangsa.. dan bukan tujuan sy utk bisnes“ ia adalah amalan peradaban perubatan bidan purba melayu yg sy ringkaskn
.
Nak pakai atau share silakan.. nak bergaduh mohon jgn lah..!! Penat hidup dgn caci maki nista.. Kita berbaik demi kesihatan dan beragama