Transaksi Perkukuh Pegangan Kerajaan Dalam MAHB, Tiada Campur Tangan BlackRock- Dewan Rakyat

  Рет қаралды 658

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

20 күн бұрын

Hadir ke Dewan Rakyat pagi ini untuk Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) dan menjawab soalan berkenaan isu saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang dikaitkan dengan firma BlackRock.
Saya tegaskan tidak timbul isu kononnya lapangan terbang negara dijual kepada syarikat asing, sebaliknya transaksi ini akan meningkatkan penguasaan Kerajaan dalam MAHB tatkala pegangan saham Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lantas meningkat kepada 70 peratus ketimbang pada hanya 41 peratus sebelum ini.
Baki 30 peratus pegangan di bawah konsortium ini pula akan dimiliki oleh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan GIP. GIP antara lain dipilih kerana syarikat ini akur dengan kriteria ketat yang ditetapkan oleh Khazanah, iaitu pengurusan MAHB mesti diketuai oleh rakyat Malaysia dan pegangan majoriti kekal pada Kerajaan.
Saya turut singgung pendirian pembangkang terhadap BlackRock yang tidak konsisten dan berubah-ubah kerana saat berada dalam Kerajaan pada 2021, mereka ternyata tidak punyai masalah untuk memilih BlackRock untuk menjadi antara pengurus dana Akaun Terurus Berasingan (SMA) bagi pelaburan KWSP patuh Syariah yang pertama dan terbesar di dunia dengan peruntukan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion). Malah, saya turut bersetuju dengan tindakan tersebut kerana memahami sebab-sebabnya yang kukuh. Ini masalahnya bila kita mahu jadi lebih Hamas dari Hamas itu sendiri.
Justeru, apa yang mustahak adalah urusan ini tidak sama sekali menjejaskan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak dan keadilan buat rakyat Palestin di Gaza, seperti mana yang telah kita suarakan di hadapan pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat.
#MalaysiaMADANI

Пікірлер: 9
@drzuraimyali7690
@drzuraimyali7690 14 күн бұрын
Terbaik jawapan balas ayahanda DSAI. Padu dan berfakta. Ayahanda DSAI singgung tentang lebih hamas dari hamas. Setakatla jawapan ayahanda DSAI tidak pernah mengecewakan. Ayahanda DSAI teruskan usaha dan perancangan strategik yang terbaik untuk rakyat dan negara. Insya-Allah dengan keputusan yang terbaik didoakan hasil pendapatan negara dapat ditingkatkan. Rakyat hidup bahagia. Pedulikan kata2 mereka yang sememangnya cemburu melihat kejayaan demi kejayaan tercipta di bawah pentadbiran ayahanda DSAI. Pemimpin yang adil dan berani melaksanakan reformasi demi kebaikan rakyat. Mana ada lagi dalam dunia Perdana Menteri yang x ambil gaji kecuali ayahanda DSAI. Ayahanda DSAI jangan peduli sangat depa tu cuma cemburu buta. Nampak kerajaan kukuh stabil. Tambah pula di Sungai Bakap nampak semakin jinak dah pak haji 😊. Insya-Allah Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa diberkati Allah. ❤ PMX Karamah AuliyaulLah Ameerul Mukminin Mujadid dan Murabbi abad ini ❤.😊
@user-pz4yc6jb4s
@user-pz4yc6jb4s 14 күн бұрын
Pembangkang Malaysia terhebat dimana mana negara demokrasi di dunia ini.
@bai7201
@bai7201 14 күн бұрын
Mp walaun pembanggang memang banggang.. tanya soalan hanya utk timbulkan imej buruk.. bukan utk penambahbaikan.. masa puak² depa berkuasa dulu semua mp² beruk ni tak buat pun apa yg mereka bangkitkan skrng.. inilah perangai mp² walaun laknat yg tak habis² hasad-dengki..
@adnanmenderes5385
@adnanmenderes5385 14 күн бұрын
😎👍
@Sobian680
@Sobian680 Күн бұрын
Alhamdulillah.... Pencerahan Serta Ulasan yg terbaik darpada DSAI.... 👍
@MrWawak812-jc6go
@MrWawak812-jc6go 14 күн бұрын
terbaek mypmxku.harap pmx saman je walaun yg pitnah yg up isu imf.walaun kalau x pitnah depa xblh tidoq.pitnah makanan mereka
@Alibrahim-sb9nc
@Alibrahim-sb9nc 14 күн бұрын
E, ek, ee, beb,beb, beb... bnyk tu dlm otak... trsepin2
Ucapan Anwar Ibrahim dalam Forum Global Madani 2024 (11.07.24)
29:55
Anwar Ibrahim
Рет қаралды 2,5 М.
THE POLICE TAKES ME! feat @PANDAGIRLOFFICIAL #shorts
00:31
PANDA BOI
Рет қаралды 24 МЛН
孩子多的烦恼?#火影忍者 #家庭 #佐助
00:31
火影忍者一家
Рет қаралды 49 МЛН
Вечный ДВИГАТЕЛЬ!⚙️ #shorts
00:27
Гараж 54
Рет қаралды 14 МЛН
Speaker perlu kosongkan 6 kerusi MP 'pengkhianat' - MP PKR
9:40
GARANG BETUL Kota Tinggi - INSAF TERUS Jelutong Dibuatnya 😅
10:01
KelantanTV
Рет қаралды 1,1 МЛН
THE POLICE TAKES ME! feat @PANDAGIRLOFFICIAL #shorts
00:31
PANDA BOI
Рет қаралды 24 МЛН