Рет қаралды 927
Saya manfaatkan pentas pagi ini dalam menyatakan penghargaan setingginya kepada komuniti perniagaan China dan juga Malaysia dalam bekerjasama secara erat di pelbagai lapangan dengan memaknai hubungan persahabatan Malaysia-China.
Saya turut berkongsi pengalaman berurusan dengan saudara Li Qiang selama seharian semalam di mana pengalaman itu ternyata tidak seperti yang cuba digambar dan dipropagandakan di mana-mana di luar sana.
Perbincangan kami menyentuh banyak hal, dan tidak terhad hanya pada urusan perdagangan dan perniagaan di mana saya merasakan wujudnya sikap hormat, kemesraan serta persefahaman yang utuh terhadap budaya dan jurang perbedaan.
Tentunya ada isu yang bertentangan, namun ia ditekuni dalam suasana persahabatan yang erat dan saling memahami pandangan, pendapat dan pendirian tegas kedua-dua negara.
Malaysia sebagai sebuah negara yang neutral mampu dan punyai keupayaan untuk bekerjasama dengan mana-mana negara, termasuk China, dengan baik selain memastikan perhubungan itu bermakna dan memberi keuntungan serta manfaat kepada rakyat.
Kepada rakyat Malaysia, China ternyata sahabat sejati!