Рет қаралды 605
2 minggu selepas semburan Baja cecair/mikrob KBBP, Ulat gulung/lipat daun pula menyerang tanaman durian saya.
Perkongsian video kali ini sekadar berkongsi bagaimana saya menangani ulat ini dengan menggunakan Racun Serangga DRAGON 505.
Kemudian selang beberapa hari saya sembur dengan Chitosan untuk fasa pemulihan.
SEDIKIT INFO TENTANG ULAT LIPAT/GULUNG DAUN
Ulat Lipat Daun (Cnaphalocrosis medinalis) juga merupakan salah satu perosak utama dalam industri tanaman. Ulat ini terdapat dikawasan di Malaysia, Thailand, Indonesia, Myanmar dan juga Filipina. Kupu-kupu dewasa mempunyai warna putih kekuningan dengan bahagian kepak terdapat garisan perang merentangi kepak. Kupu-kupu dewasa ini sangat aktif dan bertelur pada waktu malam. Sepanjang dewasa seekor kupu-kupu ini mampu bertelur sebanyak 250 biji. Telurnya sama ada dalam sebiji-sebiji atau berkelompok dibahagian bawah daun dan lazimnya menetas dalam masa 5 hari sahaja. Larvanya mempunyai 4-6 instar berukuran 12-25 mm dimana hidup selama 15-13 hari. Pada masa itulah larva ini akan menyerang daun tanaman dari peringkat muda sehingga dewasa.