Рет қаралды 38,768
Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat BangChik tidak kira di mana sekarang berada, semoga berada di bawah lindungan Allah swt.
Hari ni, vlog kali ini amat istimewa buat BangChik, hadiah dari Allah swt yang sangat bernilai iaitu BangChik berpeluang menyambut hari lahir papa BangChik sambil menunaikan umrah.
Semua orang mengetahui untuk melakukan ibadah umrah dalam tempoh covid-19 ini sangat sukar. Untuk hadir ke arab saudi juga amat sukar tetapi alhamdulillah dalam tidak disangka dalam kesukaran itu terselit sebuah rezeki yang tidak ternilai.
Dalam detik yang sungguh bersejarah ini, BangChik merakamkan detik yang sangat berharga untuk dikongsi bersama. Menyambut kelahiran papa BangChik dan juga melakukan umrah dengan orang yang paling BangChik sayang.
Semoga mereka dirahmati oleh Allah swt dan sentiasa didalam lindungan Allah swt diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus beribadah kepada Allah swt.
Dalam pada itu juga, semoga vlog kali ini dapat menjadi pengubat rindu pada anda semua, kota yang dirindui dan juga masih ada rindu yang sebenar. ( Episod Akhir )
#BangChikLife