Video : Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga (The Opening of the Guardians' Drum) Di Lapau 2024

  Рет қаралды 6,749

Hj Hasyim Official

Hj Hasyim Official

Күн бұрын

Dititir dan digual sempena Istiadat Perkahwinan Diraja bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen Ibni KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin waddaulah dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binte Adam.
Dalam video ini, kelihatan Jurulaki Awang Haji Saidin menggual Gandang Labek, Jurulaki Awang Haji Jaini meniup serunai manakala Ketua Jurulaki Awang Haji Johan Areffen bin Haji Hassan masih menggual Nakara. Semoga video ini bermanfaat supaya menambah wawasan kita mengenai adat istiadat diraja kitani Orang² Brunei. Allah Peliharakan Pengantin Diraja!
titir Gendang Perang 21x permulaan:
27:24
titir Gendang Alih²an Tengah:
34:20
titir Gendang Alih²an Hujung:
36
:59
titir Gendang Perang 20x penutup:
39:02
Diadakan pada 8 Januari 2024
Hakcipta terpelihara @ Radio Televisyen Brunei 2024
maaf ya kerana audio tidak selari dengan video, kerana saya record di Oppo.

Пікірлер: 66
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
Tiupan serunai dimulakan pada katar sebaik sahaja Ketua Jurulaki Awang Haji Johan Areffen menggual Nakara, ini disebabkan kerana cuaca mendung, dalam adat Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga, hanya dua masa sahaja tiupan serunai dimulakan pada titir katar iaitu, 1. Gendang Jaga² sempena perkahwinan diraja putera/puteri Sultan dengan sepupu mereka. 2. Apabila cuaca agak mendung, tapi tidak hujan. Dalam kedua suasana ini, Gendang Jaga² digual dengan perlahan, namun jika hujan dengan lebat, maka seperti Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga 2007, titir menjadi rancak dan cepat..
@calaf1307
@calaf1307 6 ай бұрын
Kan betanya jua Tuan, apa kaitan / perlambangan antara cuaca dan rentak / bila serunai atu ditiup?
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 6 ай бұрын
@@calaf1307 sebabnya tuan, gandang jaga jaga ani daulunya dianggap sebagai "Penjaga", sebab atu titirnya mesti mengikut cuaca supaya ia kiranya mcm memberi isyarat jua kepada suasana alam supaya turut merayakan istiadat atu.. kadang ia jua utk menyesuaikan dgn keadaan, kalau panas dititir dgn lambat supaya pegandang nda ngalih sbb kalau panas, ia mcm ngalih jua kalau titir secara rancak, kalau cuaca ujan labat sama dijangka ada guruh yng ikut, gandang jaga jaga akan titir dgn capat dgn serunai nafiri..
@calaf1307
@calaf1307 9 ай бұрын
Tak tahu kenapa, tapi kali ini Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga sangat luar biasa bagi saya. Meremang dari awal hingga akhir. Sayu saja rasa hati apabila mendengar irama serunai. Syabas juga kepada pihak RTB dan Jabatan Adat Istiadat Negara kerana telah meningkatkan mutu dan kualiti penyiaran dan penyampaian, serta pelaksanaan adat istiadat.
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 9 ай бұрын
Ya, terasa sungguh kedaulatannya, mungkin penyusunan mikrofon dan bahagian setup suara tu juga memainkan peranan yang penting supaya bunyi serunai tu lebih lantang dan bergema, bunyi gendang labek, gong dan chanang juga lebih berdengung dan nyaring.. betul tu tuan, saya sendiri pun meremang mendengar..
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 9 ай бұрын
Irama liu liu kali ini lebih sayu.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
Betul cakap tuan, saya pun gembira yang dalam liputan Istiadat Membuka Gendang Jaga² kali ini, tiada suara pengulas menganggu, justeru memberikan peluang kepada kita penonton dan pendengar supaya dapat menghayati titir ini, saya sendiri di Istana Nurul Iman tadi pagi pun meremang, sejurus sahaja bunyi gong dan tiupan serunai, seolah balik ke zaman Awang Semaun 😅
@zullarai2052
@zullarai2052 9 ай бұрын
Saya pun rasa begitu juga, sangat terasa aura kedaulatannya
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
@@zullarai2052 ini hanya pendapat saya semata², bgi saya, bunyi alat² pegandangan ini lebih terserlah aura kedaulatannya hanya apabila bunyi²an itu tidak di ambil dari dalam mikrofon itu semata², maksud saya dengan adanya mikrofon terpasang di sekitar ruang dlm Lapau, membuatkan bunyinya lebih berdengung, dimana apabila kita sebagai pendengar dan penonton ini mendengarkannya sedemikian, membuatkan kita seolah merasakan kita sendiri yng berada di sana, mcm tdi ketika kami menggual Gendang Perang di Rumah Pegandangan Indera Kenchana tdi, bunyi Gendang Labek dan Nakara itu seakan bunyi gemuruh yng kuat apabila didengari dari dlm bangunan, begitu juga bunyi serunai seakan bunyi gajah marah, yang ingin berperang. Demikianlah satu perambahan Brunei bertulis "Bukantah namanya Naubat selagi nada bunyi temparik", yang bermaksud bukanlah Naubat, selagi tiada bunyi guruh..
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 8 ай бұрын
Fakta: Mengenai adat Istiadat yang mengandungi Gendang Jaga Jaga, sebenarnya Mengusung Nakara ialah tanggungjawap Jurulaki, beliaulah yang akan mengambil Nakara dan meletakkannya pada kedudukan yang telah dibawa oleh Ketua Jurulaki. Namun terpulang lagi kepada Ketua Jurulaki atau kemahuan Jurulaki itu sendiri sama ada mahu mengusung Nakara itu atau tidak, contoh jika Jurulaki itu berhasrat ingin Mengusung Nakara, namun Ketua Jurulaki mendapati kekurangan seperti mungkin Jurulaki itu mengalami penyakit tangan atau sebagainya yang berkaitan dengannya, yang mungkin boleh terjadi sesuatu yang tidak diingininya dengannya dan Nakara yang diusung itu.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 5 ай бұрын
Amba pernah betanya arh YM Jurulaki Awang Hj Jaini mengenai atu, au lurus kita tangannya inda larat mengangkat tu nya Nakara atu..
@riaaini503
@riaaini503 9 ай бұрын
😢 first time lihat acaranya
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 9 ай бұрын
Peniup serunai yang memainkan irama Sangga Bunuh dalam Istiadat ini yang berbaju sepengadak hitam , bertanjak , berarat dan bersamping kuning iaitu Awang Yazid bin Damit berperanan sebagai pegandang yang mewakili pihak putera-putera Datin Seri Hajah Mariam Abd Aziz, oleh itulah beliau memain serunai dalam istiadat ini. Manakala Jurulaki Awang Haji Jaini mewakili bagi pihak kerabat Diraja.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
Mengenai waktu titir Gendang Jaga Jaga, bermula kemarin 8 Januari 2024 sehingga 17 Januari 2024 nanti dipanggil sebagai "Musim Istiadat", sejurus sahaja bergema bunyi Gendang Perang, maka Gendang Jaga Jaga akan mula dititir setelah Sembahyang Zohor, iaitu setelah pegandang menunaikan solat Zohor di Surau Istana Nurul Iman, maka mereka akan kembali ke Rumah Pegandangan / Balai Indera Kenchana untuk memainkan "Titir Gendang Alih-Alihan Tengah Dan Gendang Alih-Alihan Hujung", begitu juga setelah solat 'Asar, setelah menunaikan solat Asar berjemaah, maka para pegandang akan memainkan "Titir Gendang Alih-Alihan Tengah Dan Gendang Alih-Alihan Hujung" lagi, lalu setelah Solat Isyak, akan dititir "Gendang Perang" sebagai pembuka "Malam Berjaga-jaga", ketika pertengahan malam berjaga-jaga, akan dititir " Gendang Alih-Alihan Tengah Dan Gendang Alih-Alihan Hujung", pada pukul 12 sebelum memasuki "Tempoh Waktu Tahajud", maka akan dititir Gendang Perang dengan rentak perlahan sebagai petanda Malam Berjaga-jaga akan segera ditutup.
@mohdfadli086
@mohdfadli086 9 ай бұрын
Terima kasih,tuan kerana sudi mengupload
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
Sama² tuan, esok saya x dpt rekam Istiadat Menghantar Tanda Pertunangan Diraja yer memandangkan saya ditugaskan antara pegandang yang bertugas di Balai Indera Kenchana..
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 5 ай бұрын
Sebetulnya hamba ani bependapat, kan bisai kalau kamera RTB ani fokus arah lambang diraja anu arah curung serunai atu.. lagi lawa tu kali choreographynya..
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 5 ай бұрын
Buleh tu kita banarnya, tapi kembali semula arah pegandang atu.. ia cameraman ani kita, bukan ganya main² rakam saja tu, ia mesti dpt pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.. contoh pasal comment kita ani, atu buleh kalau ngam peniup serunai atu memigang nafirinya atu curungnya mengadap ke dapan.. buleh tu..anu Awang Yazid atu buleh pulang tu kita, ganya kalau diikutkan, inda jua lawa tu pasal dipigangnya singit.. bida tu, sama mcm agong, ia arah siring kana record, supaya nampak binjolnya atu dipalu, cuba tia didapan, ampir².. bida tu
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 5 ай бұрын
Sama kita, kan mmberitau jua amba, anu pasal posisi agong sama chanang atu, ia mirror tu banarnya video tuan Mohd Fadli atu.. inda ikut keadaan tu kita, ia mengikut posisi yg ditetapkan sama kenyamanan pegandang atu sendiri, contoh ia ok bila chanang atu didapan, macam biasa lah ikut protokol.. tapi kalau ia suka arah siring, arah siring tah tu macam video amba anu taun 2004 atu.. cematu kita
@mohdfadli086
@mohdfadli086 9 ай бұрын
27:21 34:19 39:01
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 8 ай бұрын
Permulaan bgi ketiga-tiga titir, semua ada katar, termasuk Gendang Alih-Alihan Tengah dan Gendang Alih-Alihaj Hujunv
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 9 ай бұрын
34:20 lain pula Gendang Alih-Alihan Tengah dimulakan dengan katar, baru pernah dengar begitu..
@mohdfadli086
@mohdfadli086 9 ай бұрын
Istiadat kali ini unik daripada sebelum ini. Titir Gendang Alih-alihan Tengah dititir dengan rentak asal,pegandang memakai tanjak seperti dalam video tahun 1992,menggunakan nakara dan gong lama (lambang kucing emas),peniup serunai menggunakan serunai nafiri dll. Mungkin untuk menandakan bahawa genap sesuatu tahun......Wallahualam bissawab
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
Kami pegandang dimaklumkan bahawa hal² ini terjadi atas titah perkenan baginda KDYMM senditi, yang ingin menjadikan Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda baginda ini sebagai Istiadat yng megah, dan melestarikan seragam dalam Adat Istiadat Diraja Brunei, termasuk juga sebagai usaha supaya alat² Gendang Jaga² yng lama tidak dilupakan..
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
Fakta menarik : Rentak asal gendang Alih - Alihan Tengah memang dimulakan dengan katar, dalam Istiadat hari inilah ia baru diadakan semula, sebetulnya, Gendang Alih - Alihan Hujung bukanlah titir yang berasingan, melainkan sambungan kepada titir Gendang Alih - Alihan Tengah, oleh itulah ia tidak pernah dimulakan dengan katar melainkan terus dimasukkan ke dalam titir Gendang Alih - Alihan Tengah .
@mohdfadli086
@mohdfadli086 9 ай бұрын
Ouh,begitu
@liaulugu2161
@liaulugu2161 9 ай бұрын
Kali ani tia. Tahniah kepada soundman yang membuat audio balancing gendang jaga jaga. Nyaman bunyi reverbnya. Inda karing bunyi gendang jaga jaga atu.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 8 ай бұрын
Sebenarnya kita, dari video keluaga kediaku yng pegandang hari atu katanya mic arh dapan Gandang labek, Nakara sama serunai atu rusak, maksudnya luan² bunyi Gandang labek, nakara sama serunai atu tu, tanpa bantuan mic, maksudnya bunyi gualan alat pegandangan atu hanya ditangkap uleh mic yng ada di sekitar dalam Lapau atu saja tu kita, yatah reverbnya kuat.
@mohdfadli086
@mohdfadli086 9 ай бұрын
Irama serunai kali ini serasa menggerunkan....macam ajak berperang la 😅
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 9 ай бұрын
Memang betul dengan namanya "Gendang Perang", rasanya Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga perkahwinan diraja bagi DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel nanti boleh menggunakan mikrofon yang jauh dari serunai iaitu mikrofon yang terpasang dekat tiang2 tu, sebab memang lain rasanya kalau didengar bunyi serunai ni dari jauh, bunyinya agak biasa apabila dekat.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
@mohdfadli6088 untuk makluman tambahan tuan, dalam video ini menggunakan serunai berjenis nafiri, kelihatan lebih besar dan panjang, manakala pada bahagian meniup, ada seperti roda besar, itu ialah penguatnya, penguat inilah yang akan diputar ke kanan untuk melepaskannya dari batang serunai, tuan boleh lihat penguat tu pada 28:57.
@mohdfadli086
@mohdfadli086 8 ай бұрын
​@@HasyimHjHakim1943 Memang serunai Nafiri sahaja ke yang ada bulatan nali tu?
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 8 ай бұрын
@@mohdfadli086 ya tuan ,hanya nafiri sahaja memandangkan ia adalah dipanggil serunai agung.
@mohdfadli086
@mohdfadli086 8 ай бұрын
Minit 29:39 irama rampak Kudidi part tu rasa jadi sayu dan sedih seketika
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 8 ай бұрын
Sejujurnya, saya pun mengalir sedikit air mata ketika mendengar part ini, antara sbb irama Kudidi agak sedih ialah untuk melambangkan perasaan cinta dan sayang yng amat mendalam antara kedua mempelai diraja, perasaan cinta yng amat mendalam sehingga tidak ingin berpisah, itulah simboliknya irama Kudidi yng sayu dan sedih ini..
@muhdsyamirul6689
@muhdsyamirul6689 9 ай бұрын
🇧🇳🇧🇳🇧🇳🇧🇳🇧🇳
@mohdfadli086
@mohdfadli086 8 ай бұрын
Berikut merupakan urutan majlis dalam musim istiadat sempena perkahwinan diraja yang terakhir dilaksanakan pada tahun 2007. - Istiadat Bersuruh Diraja - Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga - Istiadat Menghantar Tanda Diraja - Istiadat Menghantar Pertunangan Diraja - Istiadat Berbedak Pengantin Diraja - Istiadat Akad Nikah Diraja - Istiadat Berinai Diraja - Istiadat Persandingan Diraja - Istiadat Perarakan Diraja - Majlis Istiadat Persantapan Diraja - Istiadat Pengantin Diraja Mulih Tiga Hari - Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-jaga • Musim istiadat mengikut antara tahun 2004 - 2007 berlangsung selama 14 hari. Namun ketika ini,musim istiadat berlangsung selama 7 - 10 hari bergantung kepada titah perintah KDYMM PSB Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam • Ketika ini,Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Istiadat Menghantar Pertunangan Diraja dilakukan serentak dalam satu hari dan dalam satu masa yang sama,berbanding antara tahun 2004 hingga 2007,istiadat ii tersebut dijalankan secara berasingan dan hari yang berbeza.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 8 ай бұрын
Wah, terima kasih banyak² tuan Mohd Fadli atas info yng diberi, antara sebabnya Istiadat Menghantar dan Menerima Tanda Dan Pertunangan Diraja diadakan pada hari yng berbeza ialah tertakluk kepada jumlah barang hantaran atau keberadaan orang yng mewakili pihak Diraja itu, terdapat desas-desus ketika itu menyatakan bahawa Pengiran Bendahara Pengiran Permaisuara Pengiran Muda Hj Sufri Bolkiah yng memangku pihak lelaki, dan dikatakan ketika itu beliau sakit, maka beliau tidak mampu untuk membukakan Darul Karamah untuk Istiadat Menerima Tanda Diraja, oleh itulah diadakan esoknya, wallahu alam, lgipun berbicara mengenai kerabat diraja ni tidak berapa digalakkan sgt, mungkin kalau tidak berkenaan komen ni akan saya delete nanti.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 8 ай бұрын
Maaf tuan, mengenai 2004 untuk seingat saya videonya mereka mengadakan Istiadat Menghantar dan Menerima Tanda Pertunangan Diraja pada perkahwinan Diraja DPMM 2004 pada hari yng sama, kerana semuanya diadakan di Istana Nurul Iman, di Baitul Rahmah dan Balai Singgahsana Indera Kenchana, sama seperti Istiadat Perkahwinan Diraja Pengiran Muda Abdul Malik 2015 dan Istiadat Perkahwinan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen tahun ini, mengenai Istiadat Mulih Tiga Hari, Istiadat ini sepatutnya diadakan sehingga hari ini bagi suami kepada Puteri² Sultan kerana inilah adat Istiadat Diraja Brunei dan adat tradisional kami orang Brunei, kerana dlm adat perkahwinan kami, ada Majlis Mulih Tiga Hari.
@mohdfadli086
@mohdfadli086 8 ай бұрын
@@HasyimHjHakim1943 mulih 3 hari ni macam duduk rumah keluarga sebelah lelaki selama 3 hari ker?
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 8 ай бұрын
​@@mohdfadli086bukan, Muleh Tiga Hari hanya diadakan bagi suami kepada puteri Sultan, dan bukan putera Sultan, ini jarang diperlihatkan kepada rakyat kami orang Brunei, hanya tiga Istiadat Perkahwinan Diraja sahaja yng pernah diperlihatkan dari keratan akhbar Pelita Brunei, namun Istiadat Muleh Tiga Hari bagi DPMM Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah agak berlainan dgn Istiadat Muleh Tiga Hari yng biasa dijalani mengikut adat Istiadat, dimana justru Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah yng duduk di Istana Nurul Iman, ini merupakan adat yng dilakukan kerana PAIPAS ialah calon Raja Isteri Brunei, bermaksud PAIPAS perlu ikut suaminya iaitu DPMM kerana DPMM dikira taraf Sultan ke-dua, namun berlainan bagi Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Hj Abdul Rahim dan Pengiran Anak Khairul Khalil (Dulu, sekarang Pengiran Khairul Khalil), aturcara Istiadat Muleh Tiga Hari bagi mereka ialah seperti berikut: 1. Pengantin akan dibawa ke suatu dewan di Darul Karamah, diapit (dipimpin) oleh Pengiran Permaisuara Pengiran Muda Hj Sufri Bolkiah (memandangkan kompleks Darul Karamah ialah milik Pengiran Muda Hj Sufri Bolkiah), lalu akan didudukkan di tengah ruangan, utk semua hadirin di sana melihat, dimana kemasukkan Pengiran Anak Khairul Khalil ke dalam ruangan diiringi bacaan selawat dan takbir oleh Pehin Orang Kaya Datu' Paduka Seri Utama Awang Haji Salim bin Hj Besar, lalu bacaan doa selamat dibacakan oleh beliau juga. 2. Pengiran Anak Khairul Khalil dan PAP Majeedah Nuurul Bolkiah akan menginap di Darul Karamah selama 2 malam. 3. Pada hari ketiga, barulah PAP Majeedah dibawa oleh Pengiran Anak Khairul Khalil berjumpa keluarganya, namun PAP Majeedah dan Pengiran Anak Khairul adalah dilarang tidur di luar kawasan Istana, oleh itu setelah mereka berjumpa dgn keluarga Pengiran Anak Khairul Khalil, mereka kembali ke Istana Nurul Iman.
@mohdfadli086
@mohdfadli086 8 ай бұрын
@@HasyimHjHakim1943 seperti adat orang Melayu semenanjung.....tapi bezanya lelaki yang menetap rumah pihak perempuan
@maksumzaifudin5859
@maksumzaifudin5859 9 ай бұрын
Sepertinya pernikahan tahun ini lebih meriah dari pada tahun lalu. Nekara di Indonesia khususnya di pulau Rote di gunakan untuk melamar perempuan di Rote juga terdapat museum nekara yang menyimpan nekara yang sudah berumur tua dengan berbagai bentuk, sedangkan di Makassar terdapat nekara tua yang terbesar se Indonesia
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
Ya, disebabkan perkahwinan diraja tahun ini melibatkan pasangan Pengantin Diraja di-arak sekeliling Bandar Seri Begawan..
@maksumzaifudin5859
@maksumzaifudin5859 9 ай бұрын
​@@HasyimHjHakim1943 Sepertinya jika pernikahan dari pihak laki-laki lebih meriah dibanding pihak perempuan kemarin ya bang.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
@@maksumzaifudin5859 tidak 😅, perarakan bagi Pengantin Diraja hanya diadakan bagi Putera-puteri Sultan yng paling sulung, atau Putera-puteri Sultan yng terakhir dari Isteri baginda, contoh Pengiran Muda 'Abdul Mateen ini ialah anak terakhir atau anak paling bongsu dari anak² Datin Seri Hjh Mariam Abd Aziz, namun kadang x juga, mengikut titah Sultan, kalau KDYMM mahu puteri/puteri baginda itu diarak, maka diaraklah.. dan dipasanglah gerbang,, perarakan ini ialah titah dari Sultan semata²
@maksumzaifudin5859
@maksumzaifudin5859 9 ай бұрын
@@HasyimHjHakim1943 terima kasih informasinya 🙏
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 9 ай бұрын
34:16 apa yang saya perhatikan pada part ini sebelum perubahan titir masuk ke titir Gendang Alih-Alihan Tengah dan Hujung, nampaknya pegandang sebelah kiri tu menamatkan titir terlalu awal, kelihatan Ketua Jurulaki Awang Haji Johan Areffen menitir katar, sebetulnya ada katar lagi, lepas itu barulah masuk ke titir ke-21 iaitu titir penutup, maksudnya titir dalam Istiadat Membuka Gendang Jaga Jaga kali ini tidak mencukupi bilangan 21, justru berhenti pada titir 20.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
Saya pun rasa begitu jua tuan, tapi x ini menggunakan rentak Titir Gendang Alih-Alihan Tengah yng lama, iaitu rentak yng asli, namun pegandang sebalah kiri atu awal menamatkan titir tu tuan, lurus tu, amba pun baru perasan..
@calaf1307
@calaf1307 9 ай бұрын
Apa nama jenis dastar yang dipakai oleh para pegandang? Nampaknya gaya lipatan dastar di Brunei tidak begitu diketahui oleh orang ramai, kalau dibandingkan dengan negara Malaysia.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
Bagi Jurulaki, akan mengenakan tanjak Hulubalang Diraja, manakala bagi pegandang2 yng lain mengenakan tanjak Singa Menerpa.
@zullarai2052
@zullarai2052 9 ай бұрын
Tambatan ( solekan ) destar di Brunei Darussalam agak unik dan lain daripada yang lain ( pada pandangan saya )
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
​@@zullarai2052 tambatan dastar di Brunei agak lebih mudah daripada tambatan tanjak di Semenanjung, di dalam Adat Istiadat Brunei, tanjak dan destar/dastar adalah dua hiasan kepala yng berbeza, tanjak ialah sejenis hiasan kepala yng mempunyai "solekan', iaitu gaya lipatan yng merubah sekalian bentuk dari suatu lipatan kain songket itu, namun bgi Dastar, ianya ialah kain Jong Sarat yng dililit di kepala, namun hanya "tambatan"nya yng berbeza, iaitu di bahagian atas sekali dastar itu, bgi manteri Hulubalang, "tambatan"nya seakan Tanjak Dendam Tak Sudah, namun lipatannya tidak berapa menentu, sebab sejarahnya dastar di Brunei ini lebih mudah dibuat, iaitu hanya dililit di kepala, lalu dilipat ke dalam sebanyak 3-4 lipatan sahaja, kemudian dinaikkan sedikit di bahagian sebelah kiri dastar itu bagi menentukan taraf mereka.
@zullarai2052
@zullarai2052 9 ай бұрын
@@HasyimHjHakim1943 ohh begitu
@mohdfadli086
@mohdfadli086 8 ай бұрын
​@@HasyimHjHakim1943 Maksudnya tinggi tambatan tu ikut taraf pembesar / hulubalang diraja la?
@HelmiAbdRahmanShah1756
@HelmiAbdRahmanShah1756 9 ай бұрын
42:15 eh kejap, Nakara lama kah ni kita? Sebab ia inda gunakan lambang diraja yang sekarang ani, ia guna lambang Kuching Emas.
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
Awu kita, Perpuspaan punya Nakara, yang dipakai waktu Naubat Iskandar Istiadat Perpuspaan Diraja 1968, ganya bahagian kakinya atu ditinggikan sedikit sama dibagi varnish atau pengilap kah apa supaya ia mcm nampak baru, amba x jua tau banar pasal mengilapkan alat kebesaran diraja ani kita 😅
@zullarai2052
@zullarai2052 9 ай бұрын
Ada satu pertanyaan ( kalau tidak jadi keberatan untuk menjawabnya ), saya lihat kali ini apabila Ketua Jurulaki mengangkat sembah ke hadapan majlis, sembah beliau tidak dibalas oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota.....mungkin ada sebabnya atau sememangnya sudah sedemikian adatmya....
@calaf1307
@calaf1307 9 ай бұрын
@@zullarai2052 apa yang saya tahu, sepatutnya sembah beliau itu dibalas. Mungkin Duli Pengiran Muda Mahkota lupa akan hal itu. Kadang-kadang susah juga ingat adat mengangkat sembah di Brunei. Namun di dalam buku Adat Istiadat Diraja Brunei (1958), Allahyarham P.M.Yusof / Yura Halim (Pengiran Setia Negara) telah menulis bahawa Sultan yang telah berpuspa tidak lagi dimestikan membalas sembah.
@zullarai2052
@zullarai2052 9 ай бұрын
@@calaf1307 awu tuan
@HasyimHjHakim1943
@HasyimHjHakim1943 9 ай бұрын
​@@zullarai2052baik tuan, saya sejujurnya sebagai seorang pegandang juga hairan, namun disini ingin saya nyatakan sahaja sebagai info bersama, yng kalau mengikut adat istiadat, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota itu boleh dikenakan dam dikeranakan tidak membalas sembah Ketua Jurulaki atau mana² pegandang yng lain kerana dalam Naubat, ada 2 situasi di mana Kerabat Diraja apatah lgi rakyat biasa boleh dikenakan dam: 1. Apabila melintasi tempat pegandangan berulang² kali seakan mengolok Naubat, yng dlm bahasa Brunei diistilahkan sebagai "liput-liput", oleh itulah setelah beberapa kali melakukan demikian, kerabat diraja itu perlu memberi sedekah sebagai ganti bayaran dam kepada pegandang, maka ketika ini, Ketua Jurulaki atau mana² orang yng menggual Nakara itu wajib menjawati (menerima) sedekah itu sementara pegandang yng lain akan masih menyambung titir seperti biasa. 2. Apabila seorang Ketua Jurulaki atau pegandang itu terutama peniup serunai mengangkat sembah kepada seseorang (termasuk kerabat Diraja, manteri², cheteria², dan orang² yng berkelayakan tidak termasuk Sultan, Raja Isteri, Begawan Sultan dan Begawan Raja Isteri), namun mereka x membalas sembah mereka, maka pegandang itu adalah diperbolehkan untuk mengagai "menghampiri" orang itu lalu bertutur dlm bahasa Istana mengikut kelayakan untuk menuntut dam tersebut. Dam ini tidak ditentukan dan ianya merupakan tradisi lisan semata². Sekarang, tradisi denda-mendenda dlm Naubat Diraja Brunei kini telah ditiadakan kerana tidak relevan digunakan zaman sekarang, samalah seperti adat menyimpan patung Kuching Emas depan pataratna, menyembah Nakara dan sebagainya..
Good teacher wows kids with practical examples #shorts
00:32
I migliori trucchetti di Fabiosa
Рет қаралды 10 МЛН
Dikir Berunai : Khairuman Tiga Serangkai / Turun Tangga (1446H/2024M)
16:33
🇧🇳🙏
4:00
Ambrose Mering
Рет қаралды 14 М.
Video : Istiadat Bersuruh Diraja di Istana Nurul Iman 2024 (bahagian 1)
1:05:52
Ralat2: Asyraqal / Marhaban Dikir Syarafil Anam
45:40
Qalam Asrar
Рет қаралды 33 М.