VIDEO PROMOSI PENYERTAAN SELURUH WARGA KE PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG SARAWAK 2021

  Рет қаралды 1,206

SILAT SENI GAYONG SARAWAK

SILAT SENI GAYONG SARAWAK

Күн бұрын

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG SARAWAK - pada permulaannya ditubuhkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dibawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nama asalnya iaitu PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUCHING (PSSGK) pada 10 Disember 2008 dengan nombor pendaftaran 2077-08-SWK beralamat di NO. 1, Lorong 7A3, Off Jalan Belatok, Taman Malihah, 93050, Kuching, Sarawak (rujuk Sijil Pendaftaran).
Pada permulaanya, pertubuhan ini didaftarkan untuk memastikan segala perjalanan dan pengurusan pentadbiran supaya lebih telus yang paling penting sebagai pertubuhan yang berdaftar. Pada Ketika ini pertubuhan induk yang berpusat di Kuala Lumpur iaitu, PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA (PSSGM) telah didaftarkan di PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran APS 149/1998. Seharusnya, sebagai sebuah pertubuhan cawangan bertaraf negeri; PSSGK, mengikut perundangan perlu membuat pendaftaran kerana Silat Seni Gayong hanya mempunyai satu pertubuhan utama iaitu PSSGM. Namun, mengikut undang-undang juga, AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 tidak terpakai untuk Sabah dan Sarawak sehinggalah tahun 2011.
Untuk membolehkan meneruskan perjalanan Silat Seni Gayong, PSSGK bergerak sebagai badan kecil untuk mengurus perjalanan pertubuhan ini di Sarawak dan Bahagian Kuching umumnya.Pendaftaran ini juga penting untuk menjadi bukti bahawa Silat Seni Gayong telah berkembang di Sarawak dengan jenama PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG KUCHING. Pada ketika ini, dari tahun 2008 ke 2010, terdapat 4 cawangan Silat Seni Gayong Malaysia iaitu, Gelanggang Khalifah Besar (Kuching), Gelanggang SMK Matang hilir (Kuching), Gelanggang Universiti Malaysia Sarawak (Samarahan) & Gelanggang UNIMAS Kampus Bandar Kuching (MEDIC).
Oleh kerana mempunyai 3 cawangan bertaraf bahagian dalam Sarawak, maka usaha untuk menggerakkan pertubuhan ini dilakukan dengan mendaftar pertubuhan ini bertaraf negeri dilakukan dengan bantuan Setiausaha Agung PSSGM pada ketika, Tuan Haji Anuar Abdul Hamid. Kebetulan, pada ketika itu, pemakaian Akta Pembangunan Sukan telah boleh digunapakai untuk Sabah dan Sarawak setelah beberapa pindaan dilakukan. Oleh itu, PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA NEGERI SARAWAK ditubuhkan dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran 4228/2011 pada 20 Jun 2011.
Dalam masa yang sama, PSSGK dibawah JPPM masih digunapakai kerana pada tahun 2010, pihak pertubuhan ini telah membuat satu perjumpaan besar-besaran di Tebingan Kuching Sarawak pada Disember 2010. Pada ketika itu, PSSGK sudah didatangi oleh pihak SB Kuching untuk memastikan pertubuhan ini bukanlah pertubuhan bersifat subversif dan boleh mendatangkan ancaman kepada negara.
Pada perhimpunan itu, para jemputan dan dif-dif kehormat terdiri daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Ahmad Maslan, En. Pandi Suhaili, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak yang mewakili Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu, Pehin Sri Abd Taib Mahmud, Yang Di Pertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah, ACP Mun Kok Keong, Ketua Polis Bahagian Kuching, Encik Feriz Omar, Penasihat dan Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dif-dif kehormat yang lain.
Melalui perbualan di dalam telefon di antara Cikgu Muhammad Khawar dan Setiausaha Sulit Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, beberapa garis panduan yang perlu pihak pertubuhan akur dan patuhi adalah seperti berikut;
1. Pertubuhan ini mesti berorientasikan semangat anak Sarawak
2. Pentadbiran pertubuhan perlu dipimpin dan diketuai oleh anak Sarawak walaupun pertubuhan di peringkat Kebangsaan diketuai oleh Penduduk Semenanjung Malaysia.
3. Gurulatih dan tenaga pengajar perlu anak Sarawak
4. Mengutamakan anak Sarawak supaya anak Sarawak diberikan peluang yang lebih utama
YAB Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu juga ingin pihak PSSGK mengesahkan jurai keturunan Tuan Haji Uthman YDP PSSGK sebagai anak saudara kepada Pejuang Sarawak iaitu Rosli Dhoby. Oleh itu, satu lawatan ke Sibu yang diketuai oleh YDP PSSGK dan berjumpa dengan Kakak kepada Rosli Dhoby iaitu Yak Fatimah Dhoby atau gelaran di pihak keluarga YDP “ Wa Yak”.
Pertubuhan menanti anda untuk menyertai kami. Kami sekadar ingin berkongsi kehebatan warisan budaya Bangsa kepada yang sepatutnya. dan ianya merupakan fardu kifayah ke atas kami. Adakalanya musuh tidak kenal rupa dan tempat. Oleh itu, kita hendaklah mempersiapkan diri supaya tidak "terjerat" dalam sandiwara manusia yang mulutnya bagaikan bercabang 3.
Berminat menyertai kami? Hubungi 017-8465003 (whatsapp sahaja) atau ke Page Kami: / gayongsarawak
Jangan lupa, KLIK SUBSCRIBE/ LIKE/ SHARE VIDEO KAMI untuk video-video menarik
silat gayong,
silat harimau,
silat malaysia,
silat melayu,
silat gayong malaysia
silat seni gayong malaysia
pssgm
pssgs
pssgm kebangsaan
silat gayong sarawak
silat sarawak
silat rumpun sarawak
Dato' meor abdul rahman
ADMAR
Borneo
Sayangi Sarawak

Пікірлер: 13
@insanwardah
@insanwardah 3 жыл бұрын
Terbaik!! Moga berkembang maju di bumi darul Hana.
@princeofkalakapok687
@princeofkalakapok687 3 жыл бұрын
Semoga terus berkembang....
@shardibinwahidkpm-guru2198
@shardibinwahidkpm-guru2198 3 жыл бұрын
Mantap....semoga terus berkembang maju...
@SILATSENIGAYONGSARAWAK
@SILATSENIGAYONGSARAWAK 3 жыл бұрын
insya Allah. dengan izin..
@vinerzains596
@vinerzains596 3 жыл бұрын
Terbaik, terus memartabatkan legasi!
@norhishammudinnen2457
@norhishammudinnen2457 3 жыл бұрын
Terbaik.
@SILATSENIGAYONGSARAWAK
@SILATSENIGAYONGSARAWAK 3 жыл бұрын
Doakan.. amin..
@notthebandit290
@notthebandit290 3 жыл бұрын
smoga gayong di srawak tok terus berkembang
@hazzrd5891
@hazzrd5891 3 жыл бұрын
Terbaikkkk🔥🔥
@muhammadhazeem2476
@muhammadhazeem2476 3 жыл бұрын
Terbaik 👍👍👍👍
@jebatderhaka3486
@jebatderhaka3486 3 жыл бұрын
Cantik..terbaik..mantap.. Kalau ada gambar dan nama setiap gelanggang dalam video lagi menarik mana x.. zaman sekarang semua nak bukti. Kalau tak, semuanya dikata Harapan Coin. Neway, tahniah admin!!
@ceramahagamaku985
@ceramahagamaku985 3 жыл бұрын
Lalu Imam Syafi’i berkata : ﻭﺍﻟﻜﻠﺐُ ﻳُﺨْﺴَﻰ ﻟﻌﻤْﺮِﻯْ ﻭَﻫُﻮَ ﻧَﺒَّﺎﺡُ Apakah kamu tidak melihat bahwa seekor singa itu ditakuti lantaran ia pendiam ?? Sedangkan seekor anjing dibuat permainan karena ia suka menyalak ?? (Diwan As-Syafi’i, karya Yusuf Asy-Syekh Muhammad Al-Baqa’i). • Sulitnya berdebat dengan orang bodoh menurut Imam Syafi’i. Imam Syafi’i berkata : “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, karena orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.
@ceramahagamaku985
@ceramahagamaku985 3 жыл бұрын
Berikut perkata’an Imam Syafi’i terhadap mereka. Imam Syafi’i berkata : يُخَاطِبُنِي السَّفِيْهُ بِكُلِّ قُبْحٍ Orang jahil berbicara kepadaku dengan segenap kejelekan فَأَكْرَهُ أَنْ أَكُوْنَ لَهُ مُجِيْبًا Akupun enggan untuk menjawabnya يَزِيْدُ سَفَاهَةً فَأَزِيْدُ حُلْمًا Dia semakin bertambah kejahilan dan aku semakin bertambah kesabaran كَعُوْدٍ زَادَهُ الْإِحْرَاقُ طِيْبًا Seperti gaharu dibakar, akan semakin menebar kewangian. Teruskan berjuang membantu mengembangkan ilmu. Kerana jika engkau berhenti, maka hilang lah Fardu Kifayah di tempatmu. Ikhlasmu diukur dengan seberapa banyak yang engkau taburkan dengan tidak mengharapkan dipuji oleh manusia, tetapi disanjung di langit dan bumi.
Bantuan STR: Bujang, warga emas dapat RM600
5:55
KiniTV
Рет қаралды 44 М.
Não sabe esconder Comida
00:20
DUDU e CAROL
Рет қаралды 32 МЛН
버블티로 부자 구별하는법4
00:11
진영민yeongmin
Рет қаралды 22 МЛН
21 OKT 2024 - BERITA PERDANA PENUH
25:06
Berita RTM
Рет қаралды 3,3 М.
Serangan Maut (Kombat 1-7)
6:10
RadhiTV
Рет қаралды 44 М.
MARUAH SAYA TAK BOLEH DIBELI - OGY
1:29:02
Tanah Berdaulat TV
Рет қаралды 139 М.
Perang Akhir Zaman Dah Hampir - Ustaz Auni
39:21
Meet My Malaysians
Рет қаралды 518 М.
SYAMSUL DEBAT | BUKA AIB SUAMI SELEPAS CERAI !  [SHORT'S]
26:03
Syamsul Debat TV
Рет қаралды 451 М.