Рет қаралды 14,708
Info menarik mengenai Hutan Rekreasi Gunung Belumut. Ianya terletak 32km dari Bandar Kluang iaitu melalui jalanraya Kluang - Mersing, 137km dari Bandar Johor Bahru.
Gununrg Belumut diberi nama sempena keadaan batu-batu di gunung ini yang licin dan berlumut.
Perjalanan ke puncak gunung ini, pengunjung perlu melalui jalan balak menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau berjalan kaki melalui denai.
Di kaki gunung ini terdapat aliran air terjun yang sederhana tinggi dan airnya sejuk serta nyaman, ia menjadi tarikan pengunjung untuk datang terutama pada musim cuti atau hujung minggu.
Antara kemudahan yang disediakan adalah:
- Parking yang luas
- Taman permainan kanak-kanak
- Surau
- Bilik air
- Pondok berehat
- Tapak perkhemahan
- Tempat BBQ
Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang (camping tidak termasuk) Isnin tutup
Kadar bayaran:
- Camping; RM10 satu malam + RM5 kebersihan
- Berkelah; RM5
#camping #healing #maulidurrasul #santai