Рет қаралды 15,741
VLOG SFC Epi 26 | Langkah Kanan Untuk First Leg
Skuad #GergasiMerah mengorak langkah kanan dalam perlawanan pertama #PialaMalaysia2023 selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama menentang Sang Saka Biru dengan penuh gaya apabila menjaringkan empat gol tanpa balas di babak kedua menerusi dua gol daripada Ayron Del Valle, tandukan kemas yang dijaringkan oleh Harith Haiqal dan rembatan kencang pada minit-minit terakhir perlawanan daripada Yohandry Orozco.
Perlawanan timbal balik menentang PDRM FC akan berlangsung pada 19 Ogos 2023 di Stadium MBPJ. Ayuh, #GergasiMerah pertahankan kebanggaan ini! ❤️ 💛
Dikuasakan oleh @sugarbombtv8361
#MKLK
#KitaSelangor
#LigaMalaysia2023