Рет қаралды 383
“Meskipun saya berlainan agama, namun tetap bersama ibu dan adik beradik lain meraikan Hari Krismas bersama malah saya banyak membantu ibu menghias rumah," kata Muhammad Ayman Joshua Abdullah, 34.
Menurutnya, dia yang sudah 17 tahun memeluk Islam mengakui hubungannya dengan kakak, abang serta adik bongsunya tetap rapat.
Katanya, tahun ini sambutan Hari Krismas diraikan secara sederhana disebabkan ibunya, J Roslind, 71, yang juga penganut Kristian disahkan menghidap penyakit jantung sejak 2 Ogos lalu.
Muhammad Ayman Joshua yang bekerja sebagai pemandu trak penunda berkata, tahun ini dia ingin berehat bersama keluarga menyambut perayaan ini berbanding ketika dia menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya lagi, setiap kali pagi Hari Krismas, dia akan menemani ibunya ke gereja di Alor Setar untuk sembahyang sementara dia menunggu di luar dan apabila semuanya selesai, mereka akan pulang ke rumah untuk menyediakan makanan.
Katanya, dia akan menjemput rakan-rakan termasuk ahli keluarga untuk menikmati hidangan di rumahnya pada pagi Krismas.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di www.hmetro.com.my