WIRA YANG TAK DIDENDANG (BURUH LORI SAMPAH)

  Рет қаралды 32,887

PERKALAS TV

PERKALAS TV

5 жыл бұрын

WIRA YANG TAK DIDENDANG
(BURUH LORI SAMPAH)
TAWAU _ 21 JULAI 2019 | Jam 12.00 pagi bermula satu program khas untuk memberikan sedikit penghargaan dan melihat sendiri dengan lebih dekat pekerjaan sebagai buruh lori sampah. Hampir tiga jam setengah para sukarelawan PERKALAS@TF SABAH mengikuti abang-abang buruh lori sampah ini setelah menerangkan niat kami kepada mereka.
Bukan senang pekerjaan mereka mengumpul semua sampah sarap di bandar Tawau dan beberapa taman perumahan. 3.00 pagi waktu sejumlah besar warga tidur lena abang-abang lori sampah ini sibuk bergelumang sampah sarap. Seringkali mereka terkena percikan lendir busuk daripada air sampah ketika memunggah sampah tersebut ke dalam lori. Sesekali mereka tersenyum melihat kami di belakang yang mengambil gambar dan video mereka.
Kagum, hormat dan terhutang budi yang sangat besar kerana pengorbanan mereka. Bayangkan jika tiada manusia yang sanggup membuat kerja-kerja abang lori sampah ini. Terus terang aku bersama sukarelawan yang lain dan mungkin anda juga tidak sanggup melakukan pekerjaan mereka. Bau busuk, letih, menjijikkan, meloyakan pasti bermain di fikiran kita.
Sukarelawan ada yang bertanya kepada abang-abang buruh lori sampah ini...
abang tak malu kah melakukan pekerjaan ini?? Ramainya orang melihat abang tiap malam asyik dengan sampah...
Abang-abang ini tersenyum menjawab
... Apa yang nak dimalukan dek ini pekerjaan halal..
Luar biasa jawapan yang bagi aku cukup menggambarkan hati nurani mereka. Walau sebusuk apapun sampah yang mereka geluti itu pasti tidak pernah berjangkit di hati abang-abang ini. Teringat teguran guru Matematik ku semasa form 5 dulu namanya Cikgu Haslinda orangnya sangat warak dan tegas... Har biarlah kulit mu hitam jangan hati mu turut hitam.... Hahaha pesanan yang sentiasa melekat dikepalaku.. Terima kasih Cikgu atas teguran mu.
Sebelum bergerak pulang ke rumah pukul 3.40 pagi sempat berkongsi sedikit rezeki hidangan KFC untuk semua abang-abang buruh lori sampah ini. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat menjayakan misi pagi ini. Bagi rakan-rakan di luar sana semoga kita sentiasa lebih menghargai sesama makhluk Tuhan tidak kira apapun status pekerjaan mereka. Jika terjumpa abang-abang lori sampah hargai mereka.
Bagi rakan-rakan yang ada masa terluang boleh ke channel KZbin kami seperti link di bawah ini untuk melihat sendiri perjuangan abang-abang buruh lori sampah.
Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
/ perkalas791
atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel KZbin kami di
/ @perkalastv4332
anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri
/ rajashamri
JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!
"KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA"
KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Пікірлер: 4
@umi-aia1789
@umi-aia1789 3 жыл бұрын
Alhamdulillah...perkongsian terbaik bg Dapur Ummi.
@philipliaw1734
@philipliaw1734 4 жыл бұрын
Terima kasih...... Saya bangga dengan mereka...... Mereka adalah wira kita
@sitizubaidah5636
@sitizubaidah5636 3 жыл бұрын
Terbaik hasil kerja mereka ni. Kita jgn hanya pikir dan mengata hasil kerja mereka yg terkadang terlepas. Jika kita ditempat mereka, belum tentu kita mahu belum tentu mampu untk buat keje2 mereka ni.
@man0275
@man0275 4 жыл бұрын
Semoga dipermudahkan segala urusan kebajikan saudara 😊
ADUH...TAKUT LAH CAMNI? 😅
22:36
Arif Aiman
Рет қаралды 49 М.
A Garbage Truck Recycles Waste for Kids
21:46
Kidibli (Kinder Spielzeug Kanal)
Рет қаралды 298 МЛН
Задержи дыхание дольше всех!
00:42
Аришнев
Рет қаралды 3,1 МЛН
Acap S Layan Amoi Cina Masuk Air | 12.07.2024
11:14
TapTap Army
Рет қаралды 180 М.
Long Dumptruck 12 Tyre Dumping Dump Stone 6x9
12:27
Tijan Salim
Рет қаралды 21 М.
Lori sampah
6:31
Abbas Zahrin
Рет қаралды 6 М.
lagi beroperasi angkat sampah di Johor Malaysia
6:54
JAY dirga
Рет қаралды 58 М.
Hari kutipan sampah #lorisampah #garbage truck
6:39
TAIGA 8992
Рет қаралды 20 М.
Lori sawit terbalik
10:00
Mcjz19
Рет қаралды 4,9 МЛН
Garbage Trucks | Bin Boy Ep 7
7:01
Bin Boy
Рет қаралды 100 М.
Toys Learning Name and Sounds Police cars, Fire Truck Toy
10:20
Toy For Kids [토이포키즈]
Рет қаралды 187 МЛН
4k Driving vlog Pekan Nilai Negeri Sembilan Malaysia 2023
16:57
Задержи дыхание дольше всех!
00:42
Аришнев
Рет қаралды 3,1 МЛН