Рет қаралды 16
"HAUNTED LURE - A Cold-Blooded Serial Killer Wearing Raccon's Skin"
ZEAL CO. LTD JAPAN
"Where there's a Will... there's a Way"
Shigetaka Kashiwagi.
🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵🇯🇵
♦️ZEAL ARAI-KUN "BAKUTSURI"
Super Rare Color
♦️ZEAL ARAI-KUN "DOUBLE-FACED"
ZEAL ARAI-KUN
"In 1994, the Arai-kun series was released. This cute and catching lure became an explosive hit and cemented Zeal as one of the most popular brands in Japan"
ARAI-KUN CHIMA CHIMA dikeluarkan dalam 3 berat berbeza iaitu 7gm, 12gm & 24gm
Arai-kun yang berbentuk seperti Rascal @ Racoon ini sangat "comel". Bentuk badan yang bulat besar itu menjadikan daya apungan gewang ini sangat bagus. Untuk lebih menceriakan lagi keterampilan kiut Arai-kun, pada bahagian hidungnya yang kecil berwarna hitam itu terdapat 6 helai "misai" yang panjang.
Arai-kun mempunyai 2 bahagian. Badan dan kepala yang bulat serta bahagian ekor. Badan dan kepala berbentuk bulat dan besar itu bertindak "Push Water" membentuk olak air yang besar.
Sambungan jointed pada bahagian ekornya. Ekor yang bergerak ke kiri dan kanan ini menjadi daya pemikat bagi ikan ikan pemangsa.
Ekor Arai-Kun Chima Chima berbentuk Sferoid lonjong memanjang dari plastik (ada juga buatan daripada Kayu)
Bibir renangan / diving bib bagi Arai-Kun Chima Chima adalah berbentuk deep diving bib. Namun begitu ia sebenarnya bersifat "sub surface" dengan kadar selaman yang sangat cetek.
Selaman menjadi cetek disebabkan bentuk badan bulat / besarnya menghasilkan daya apungan yang sangat tinggi, menjadikan ia sukar untuk menyelam.
Dalam salah satu video pancingan ZEAL, S. Kashiwagi pernah berkata sambil gelak-gelak. Katanya "Arai-Kun Chima Chima adalah gewang selaman yang teringin nak menyelam tapi ia tak boleh menyelam". Lawak sungguh uncle Kashiwagi ni.
Arai-kun pertama kali dihasilkan pada tahun 1994 dan untuk tahun 2024 ini bermakna telah 30 tahun usianya. Kini ia telah stop production (keluaran asal ZEAL S. Kashiwagi) menjadikan ia gewang yang agak sukar untuk diperolehi sekarang.
Kalau ada pun nak kena tengok kat web Bid & Auction Japan. Tapi kadangkala harga + postage-nya agak seriau untuk gewang yang kelihatan tidak serius ini 😱😱😱