5 sebab kenapa Honda City RS ialah kereta paling canggih dalam kelasnya, dan korang wajib test drive

  Рет қаралды 19,115

FAST - TV

FAST - TV

Күн бұрын

Honda City RS ialah kereta yang agak lain dari yang lain dan ramai juga yang berasa pelik kenapa Honda pilih jentera Hybrid sebagai kemuncak varian model popular mereka.
Saya pulak suka bila Honda buat keputusan untuk tawarkan sistem pacuan hybrid i-mmd sebagai punca kuasa model ini kerana ia adalah produk yang menawarkan tekbologi paling canggih kita pernah nampak dalam segmen ini.
Sebenarnya Honda ada pilihan antara enjin tiga silinder turbo ataupun i-mmd sebagai varian RS. Thailand memilih enjin tiga silinder tetapi Honda Malaysia mengambil pilihan yang lebih mencabar.
Mencabar kerana pembeli Malaysia masih belum dapat menerima sebarang kereta yang mempunyai bateri kerana masih ramai yang ngeri dengan isu kerosakan bateri dan kos menggantinya.
Perubahan imej Honda City kali ini adalah sebahagian dari rombakan besar yang sedang dilakukan oleh Honda keatas seluruh barisan model, bermula dengan Honda Civic generasi terbaru yang juga mengambil imej yang lebih matang dan tenang.
Untuk City, Honda juga telah melakukan anjakan yang sama dari segi rekabentuk luar dan dalam.
Rekabentuk luar kini memaparkan nisbah bentuk yang lebih seimbang dan rekebentuk bonet yang lebih mendatar.
Rekabentuk kulit kepah untuk bonet menjadikan kereta ini kelihatan lebih anggun.
Kalau kita lihat lencana RS dan H di depan, kita mungkin terasa sedikit pelik kerana kali ini lencana merah RS berjiran dengan kemasan biru pada H. Inilah petunjuk pertama yang ada sesuatu berbeza di bawah bonet.
Sudut kegemaran saya ialah bahagian belakang dengan lampu rekebentuk 3-D yang sangat tepat dengan trend terkini.
Garis sifat sisi yang menonjol bergabung dengan lakaran bumbung yang elegan serta lekuk tingkap akhir sisi telah menjana sebuah imej kereta mewah, melebihi capaian model model sebelum ini.
Beralih ke kabin pula kitab oleh lihat tema anggun diteruskan.
Seperti semua kereta model, papan pemuka city meletakkan skrin hiburan di tempat utama dan ini telah memaksa mereka memilih kedudukan corong pendingin hawa di sisi skrin.
Kedudukan corong pendingin hawa adalah antara kompromi yang terpaksa dibuat dengan senibina papan pemuka yang dikuasai oleh skrin.
Ada yang meletakkan skrin lebih tinggi supaya dapat melektakkan corong di bawahnya, hasilnya ialah skrin yang terlalu tinggi dan corong yang terlalu rendah.
Kompromi dalam city ini menghasilkan skrin yang kedudukannya sedang elok, tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah, tapi kedudukan corong aircond sebelah kanan adalah terlalu dekat dengan stereng dan tangan pemandu.
Nasib baik dalam varian RS ada corong pendingin di belakang tapi untuk varian lebih asas ini bukan satu pilihan.
Saya gemar kombinasi balutan kulit, suede dan fabrik untuk kerusi City RS, kemasan benang merah juga meningkatkan sedikit imej muda varian ini.
Penggunaan kombinasi tombol dan paparan maklumat digital untuk pendingin hawa juga adalah satu pilihan baik kerana memudahkan pemandu melaraskan suhu dan kipas tanpa perlu melihat kearah kawalan.
Kalau ada sedikit komplen, ianya tertumpu kepada grafik skrin yang kelihatan terlalu asas dan mudah, dalam zaman serba digital saya kira Honda perlu mengmabil lebih banyak pereka grafik digital untuk menjadikan paparan skrin tengah dan skrin pemandu yang lebih hebat.
Dari segi sambungan saya tak ada isu. Sambungan Bluetooth mudah dilakukan kali pertama dan konsisten bersambung tanpa masalah selepas itu. Ada pilihan apple car play ataupun android auto, android auto hanya akan berfungsi bial ianya dilancarkan secara rasmi. Jangan tanya saya samada boleh jailbreak atau tidak ya.
Penggunaan brek parkir elektronik juga telah menghasilkan konsol tengah yang lebih kemas dengan aturan dua pemegang minuman di depan batang gear dan kotak simpanan di bawah pelapik lengan tengah.
Ruang kabin belakang juga cukup lapang untuk saya selesa perjalanan jauh dan juga dilengkapi dengan kekunci isofix dan sambungan atas (top tether).
Dalam ruang enjin ini kita boleh lihat kabel berbalut plastic jingga, ini semua adalah laluan voltan tinggi untuk sistem hybrid i-mmd.
Di sebelah kiri saya kira ialah laluan voltan tinggi untuk pemampat pendingin hawa saya kira manakala di sebelah kanan pula ialah litar voltan tinggi untuk sistem janakuasa dan pacuan elektrik.
Dalam aturan i-MMD enjin bersambung terus kepada janakuasa elektrik dan selepas itu ialah motor pacuan utama yang bersambung terus kepada aci pemacu roda depan.
Tenaga elektrik yang dijana disalurkan terus ke motor elektrik atau ke bateri jika ada lebihan kuasa.
Bateri berada di bawah lantai but di belakan kerusi penumpang. Kali ini Honda menggunakan teknologi bateri terkini Lithium ion berkapasiti 0.865kWh.
Jeriji udara yang kita tengok di sisi kerusi belakang tadi ialah laluan udara dingin kabin yang digunakan untuk mengawal suhu bateri kerana seperti yang kita tahu, suhu panas boleh menyebabkan bateri tidak dapat berfungsi dengan optimum dan juga boleh mnyebabkan kerosakan bateri.

Пікірлер: 57
@zaryl2k
@zaryl2k 2 жыл бұрын
dah nak dekat 4 tahun saya guna honda city hybrid i-dcd. so far takdak problem apa. tuan puan jangan risau. Hybrid mmg best, jimat minyak.
@poortraveler86teatarikride93
@poortraveler86teatarikride93 Жыл бұрын
Tq info..berminat sy dgn hibrid nih
@nathavudkhuan2869
@nathavudkhuan2869 2 жыл бұрын
suka teknologi i-mmd nih, dia mcm ala peralihan ke EV akn datang. cuma harga dia overprice untk segment B. kalau la harga dlm range rm95k-98k masih lg diterima. harap Honda Malaysia dpt membuat rebate untk model nih. ramai kutuk kereta hybrid or elektrik tp caya atau tak tak lama lg ia akn jadi perkara biasa. tunggu je la
@iamyoutubest926
@iamyoutubest926 2 жыл бұрын
harga dia memang over pon
@nathavudkhuan2869
@nathavudkhuan2869 2 жыл бұрын
@@iamyoutubest926 tu la...over sngat, i-mmd ni baru kat luar tp dah lama kat jepun. boleh refer video dr syarah. di lema juga nih v ke rs
@FAST-TV
@FAST-TV 2 жыл бұрын
sebelum ni i-mmd untuk kereta lebih besar, ini kali pertama turun ke segmen B
@hafizkhair1958
@hafizkhair1958 2 жыл бұрын
@@nathavudkhuan2869 v jer, nanti nak trade in mudah...
@nathavudkhuan2869
@nathavudkhuan2869 2 жыл бұрын
@@FAST-TV kalau ikut penerangan atas dan pemahaman sy, sepatutnya honda city rs ni pon boleh digolongkan sebgai EV sbb jelas dia guna enjin untk charge bateri ala2 EV
@edwinzainudin9272
@edwinzainudin9272 Жыл бұрын
Kereta Honda City RS ni mmg best, semua ciri2 moden ade, jimat minyak dan berkuasa tinggi untuk pandu laju jika perlu. Orang yang buat review ni pon terbaik, jujur dalam memberi pendapat serta penjelasan yang terperinci tentang sesebuah kereta tak menyebelahi mana2 jenama. Syabas tuan👍👍
@amroll2627
@amroll2627 2 жыл бұрын
Baru pakai kereta ni 2minggu..so far puas hati dengan save minyak..bawak tekan2 naik genting pun average still lebih 20km/l..kalau bawak elok2 boleh kot dapat 25km/l.. Rupa pun cun dah xpayah nak makeup2 dah luar dalam pun.kemas.xde rasa takut or menyesal xambik spec petrol..ade perati gak dlm group2 city ramei jugak nk tukar luar dalam nk bg serupa rs punya style..nk tukar2 tu pun bukan murah,,baik ambik ori rs je.. Ada orang rasa better ambik civic dengan harga ni,,even mampu pakai civic pun sy xperlu kereta besar tu dan parking kt apartment sy xluas sgt,nak masuk anak dalam carseat dia susah kalau kereta lebar2 ni..lgpun minyak city rs ni save gila kalau pakai civic fc low spec minyak xjimat mcm ni n xde honda sensing..dalam still luas even luar nampak mcm kecik je city ni.. Cuma satu jelah,,better ambik insurance bencana..kalau pape jadik masuk banjir ke apo xamik insurance bencana, konpem menangis tgk harga nk repair sume electronic dia..
@mizzlin834
@mizzlin834 Жыл бұрын
Betul, EPB dan sistem hybrid lebih sensitif terutama kalau banjir..mmg kna ada coverage..sy pulak amik safer option, v sen..traditional hand brake n pure petrol, tapi ada adas spt rs..hrp2 resale value stable lps 3/4 tahun, blh upgrade nnti ke model lebih advanced🫠
@TeriyakiMr
@TeriyakiMr 2 жыл бұрын
baru je beli. minggu depan pergi amek kat showroom :)
@amdamte90
@amdamte90 2 жыл бұрын
memang ada terpikir nak upgrade dari Hybrid i-DCD kepada i-MMD ni. Bila dah rasa sedap bawak hybrid mmg rasa nak amik hybrid lagi
@zecklegend
@zecklegend 2 жыл бұрын
Menarik teknologi ni... hopefully banyak jenama lain akan turut tawarkan sistem hybrid dengan range harga berpatutan...
@hishyamhassan7526
@hishyamhassan7526 2 жыл бұрын
Setahu sy ...corong Aircon kt belakang tu semua spec ada ..
@itsnazri_3655
@itsnazri_3655 Жыл бұрын
alhamdulillah dh pakai city rs ni hampir setahun ... tak perlu takot nak pakai hybrid sangat2 jimat .. aku jadi lagi selalu drive city rs ni drp axia aku sebab dia lagi jimat dari axia .. yg mane mampu ambil je RS tak perlu takot warranty bateri pon 8 tahun ape lagi nak takot
@azemo90
@azemo90 Жыл бұрын
Dealbreaker: tyre repair kit. No spare tyre
@mohdaidi9822
@mohdaidi9822 2 жыл бұрын
Ntah la...best la dengar brader ni ckp
@metzmatu8409
@metzmatu8409 2 жыл бұрын
My next car... looking forward🤞🙏, a step towards the full EV by 2030.😄 4 years back I want to buy the last gen Hybrid but the SA talk me out and ended bought the V variant, which was more expensive then hybrid that time. (Anyway after a year using I was refunded twice the price I paid for the car 🤣).
@mohammadamir4486
@mohammadamir4486 2 жыл бұрын
Refunded?
@metzmatu8409
@metzmatu8409 2 жыл бұрын
@@mohammadamir4486 Yup
@mohammadamir4486
@mohammadamir4486 2 жыл бұрын
@@metzmatu8409 why?
@akayem550
@akayem550 2 жыл бұрын
By the time in 2030, I’ll start to use hybrid, for ev, maybe in 2050
@kamalmusa7139
@kamalmusa7139 Жыл бұрын
Versi RS ni sepatutnya ada wireless charging n wireless head unit apple/android car. Hj Honda bakhil betul.
@manpanjang-hf5lb
@manpanjang-hf5lb Жыл бұрын
Best.
@uzairjai5785
@uzairjai5785 2 жыл бұрын
aku tetap ambil pesona 2022..
@roslankarim1167
@roslankarim1167 2 жыл бұрын
Bg aku yg penting enjin KERETA mesti thn lama. X Kira dia cantik mcm mn Pon klu baru 3thn pakai dah semua bbunyi mcm ada tikus..
@akayem550
@akayem550 2 жыл бұрын
Abg shamsul, saya nak tanya, kereta hybrid ni selamat kah kalau nak redah banjir, contoh air paras separuh rim tayar ke bawah
@IzzHsyaa
@IzzHsyaa 2 жыл бұрын
Kalau Toyota punya Selamat sbb battery pack dia terletak di dalam seat tengah, tpi klo brand lain sy tak tau lah
@FAST-TV
@FAST-TV 2 жыл бұрын
honda city ni bateri dalam but, jadi ada lantai bawah bateri, rasanya OK kot, sama aje macam kereta biasa, tapi macam biasa lah kalau kereta biasa pun saya tak recommend redah banjir yang lebih dalam dari satu kaki untuk kereta dan satu setengah kaki untuk SUV, kalau enjin disel tu sampai dua kaki masih berani, terpulang lah pada masing masing
@Zanz-qh6wb
@Zanz-qh6wb 2 жыл бұрын
Bolehkah kereta ini meranduk banjir ? Jika tenggelam dalam adakah bateri dan ECU box perlu di ganti jg?
@herdyabdullah7839
@herdyabdullah7839 2 жыл бұрын
Mantap bg
@khairu_diab1625
@khairu_diab1625 2 жыл бұрын
ulas guna slank utaqa style jgk bang.
@wan-hb1dh
@wan-hb1dh 2 жыл бұрын
Kalau saya akan beri lebih skor kerana saya tak ada kemahiran nak bina😅🤣😂 kerita
@akayem550
@akayem550 2 жыл бұрын
“Generasi macam saya.. paham2 jelah” hahahaha
@kejargunung
@kejargunung 2 жыл бұрын
Cuba cadang kereta yang sesuai musim banjir ....atau maybe kena ada amfibian car?
@kejargunung
@kejargunung 2 жыл бұрын
Dah buat laa rupanya ada 2 posting … kalau update pun ok
@sueqma
@sueqma 2 жыл бұрын
Bang, bukan tak recommended ke on acc masa hujan lebat?
@FAST-TV
@FAST-TV 2 жыл бұрын
meang tak recommended, saya ni kerja uji untuk buat video, jadi saya uji lah nak tengok takat mana boleh perform, sebenarnya saya dapat i kalau dalam hujan lebat biasa, bukatn tahap ribut masih boleh berfungsi tapi elok letak pada jarak maksimum untuk keselamatan tambahan. bukan apa saya sendiri mata pun pakai spek, jadi kalau ada mata tambahan tolong saya OK gak kan
@hafizkhair1958
@hafizkhair1958 2 жыл бұрын
Elok lah paklong explain dlm dialek kedah dr try hard speak english. Kitorang pn mudah nk fhm
@travellerajs9929
@travellerajs9929 2 жыл бұрын
Scan kin benzo fari ta nana tani kotimari....
@armjamal1
@armjamal1 2 жыл бұрын
Hi tolong nasihat sikit kpd pemilik honda city bkn RS ni. Nasihatkan supaya jgn pi modify/make-up honda variant E, V depa tu supaya nampak mcm RS. Nak tipu sapa? Kalau tak mampu beli RS tu trrima je la, hidup la dgn apa variant yg depa dah beli tu. makeup2 ni nampak kesian ngat aih!!
@qalriri6970
@qalriri6970 2 жыл бұрын
betul tu bro. mcm dh xde design lain nak buat . kalo dh variant E, S, atau V toksah nak poyo acah2 RS
@Updtdsyfjfjg
@Updtdsyfjfjg 2 жыл бұрын
haha marah nampak..boleh je nak make up macam rs..cume jgn la tiru sampai sportrim dan logo biru tu..susah nak kenal mana hybrid time kat jalan..
@hatohatomo
@hatohatomo 2 жыл бұрын
okay je nak pakai bodykit RS sebab terbukti nampak minimalis dan lawa. barula kami pengguna RS rasa bangga hahaha. cuma janganlah gi letak emblem e:HEV dekat belakang tu yela menipu sangat
@zoolfadlybinnaharuddinkpm-1650
@zoolfadlybinnaharuddinkpm-1650 2 жыл бұрын
Biarjelah. Duit diaorang. Lantak diaorang nak mekap macammana. Asal semua happy sudah😁
@cutzdinesh3937
@cutzdinesh3937 2 жыл бұрын
paling canggih almera: seriously 🤔
@badman5356
@badman5356 2 жыл бұрын
X bahaya ke guna ACC masa hujan lebat
@FAST-TV
@FAST-TV 2 жыл бұрын
kena lebih berhati hati lah, tapi saya uji sistem ni untuk tunjuk kat kawan kawan semua
@abdulkhata4303
@abdulkhata4303 2 жыл бұрын
Handak nukar sauting honda jadiam..
@mahadzirabdkarim4800
@mahadzirabdkarim4800 2 жыл бұрын
Ter kebil2.. Harga 6 angka Ok bagi yg 'dahagakn tekNOlogi'..
@FAST-TV
@FAST-TV 2 жыл бұрын
tak pasti lah tapi yang pasti bateri dalam but
@xcoolbc7639
@xcoolbc7639 2 жыл бұрын
Ada signal tak tu ? lol
Full Review HONDA SENSING dalam CITY RS i-MMD
14:01
fero
Рет қаралды 27 М.
He bought this so I can drive too🥹😭 #tiktok #elsarca
00:22
Elsa Arca
Рет қаралды 45 МЛН
Modus males sekolah
00:14
fitrop
Рет қаралды 12 МЛН
The CUTEST flower girl on YouTube (2019-2024)
00:10
Hungry FAM
Рет қаралды 41 МЛН
How to win a argument
9:28
ajaxkmr
Рет қаралды 517 М.
2024 Honda City Facelift 1.5L Petrol RS /// 面對 Proton S70 , TA 還有機會嗎 ?
20:50
VW Golf GTI Generations DRAG RACE
25:50
carwow
Рет қаралды 2 МЛН
Kenapa Engine 3 Cylinder Dibenci Semua Orang / Kenapa Kereta
10:37
Vehicle Review & Drive 2023 Honda City RS Petrol Sedan !
26:46
Afiq Bazli Busairi
Рет қаралды 12 М.
HONDA CITY HATCHBACK eHEV, 253Nm TORK!
15:32
mekanika malaysia
Рет қаралды 108 М.
8 SEBAB BIASA CHECK ENJIN MENYALA
11:14
mekanika malaysia
Рет қаралды 425 М.
Kereta Hybrid Cepat Rosak?
8:48
Hasbullah Syarah
Рет қаралды 113 М.
He bought this so I can drive too🥹😭 #tiktok #elsarca
00:22
Elsa Arca
Рет қаралды 45 МЛН