Рет қаралды 11,020
#adigurukraf #mycraftshoppe #mastercraftsmen
Encik Samat Bin Man atau lebih dikenali sebagai “Pak Non” di Negeri Perlis sangat terkenal sebagai seorang pembuat wau di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Ilmu yang dipelajari bagi menghasilkan wau adalah daripada orang Kelantan yang sering turun ke Negeri Perlis semasa musim menuai padi pada tahun 1970-an. Biasanya selepas habis musim menuai padi mereka akan bermain wau bagi menghilangkan perasaan kepenatan setelah membanting tulang menuai padi.
Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftsmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti :
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.
- Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan.
- Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
- Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.
--------------------------------------------------------------------------
Follow, Like & Share
Facebook : / mycraftshoppe.official
Instagram : / mycraftshoppe.official
TikTok: / mycraftshoppe
Klik jer www.mycraftshoppe.com untuk pembelian produk kraf secara online