Nak kena tahu maksud sebenar yang di sampai kan oleh baginda Nabi. Khalifah arasyidin. Bersangkut paut dengan Hati.Kesempurnaan. Pengertian ilmu.
@angtuah1Күн бұрын
Surah asr Surah Al-'Asr Allah bersumpah demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Bermakna menyuruh buat baik dan mencegah kemungkaran tidak bolih tangguh bila tengok,atau dengar atau tahu. Kena cegah pada masa itu juga untuk mengelak kerugian yg lebih besar. Jika tangguh atau lambat menyebabkan kerugian yang besar dan kesan buruk pada manusia. Contoh. 1. Membuat bangunan Jika jurutera tahu ada masalah kerosakan tapak. a. Jika ia beritahu pada masa itu. Kerosakan bolih dibaiki pada masa itu b. Jika beritahu selepas bangunan didirikan. Maka bangunan dirobohkan dan dibuat semula menyebabkan kerugian masa dan kos merobohkan dan bina semula. C. Jika beritahu selepas bangunan siap menyebabkan pembaziran dan bangunan tidak bolih diduduki D. Jika tidak diberitahu menyebabkan bahaya dan kehilangan nyawa. 2. Menyebarkan fitnah atau mengumpat. A. Jika tegur pada masa buat fitnah ,fitnah terhenti masa itu. B. Jika tegur selepas satu hari. Dah terlambat, fitnah dah tersebar oleh yang mendengarnya. C. Jika biarkan maka semua orang dengar,tahu memandang serong pada yang kena fitnah. 3. Lauk kedai basi Pergi kedai makanan ambil lauk. Bila rasa lauk terasa basi. A. Kerugian sebab diam tanpa beritahu pemilik kedai, pelanggan sakit perut dan pembeli selepas dapat lauk dan war warkan pada orang lain dan pelanggan lain tak datang dan menyebab kerugian pada pekedai iaitu kedai tutup. B. Lambat beritahu. Kerugian yang menyebabkan pelanggan selepasnya sakit perut dan musibah pada pelanggan dan penjual. C. Beritahu penjual cepat ,penjual rasa untuk kepastian, dan buang jika pasti lauk basi. 4. Ajaran Sesat. Dapat bukti kukuh selepas menyelidik dan berjumpa saksi saksi. A. jika bertindak cepat. Ajaran ini akan terbantut. Lagi mudah membendung kegiatan mereka. B. Jika biarkan lama baru bertindak. Pengikut dah ramai dan susah untuk hapuskan dan membendung sebab i. Fahaman dah lama tertanam dalam fikiran mereka sehingga mereka taksub dgn fahaman itu hingga susah memulihkan akidah mereka memerlukan polis pihak autoriti masa,wang , tenaga dll. ii. Jadi isu dan mendapat maklumat yang bercampur baur antara salah dan benar. Dan banyak komen netizen menyokong ajaran ini. iii. Rata ajaran ini kearah sex, sex songsang, dan ramai jadi mangsa dan ada yang menjadi ketagih menyebabkan susah memperbaiki akhlak dan moral mereka. kemungkinan perkahwinan tak sah dan susah untuk uruskan dan memperbaiki masalah mereka. iv. Banyak duit dihabiskan pengikut hingga menyebabkan keluarga porak peranda dan menjadi fakir miskin. C. Jika biarkan Sambungan dari i hingga iv diatas v.Maka bertambahlah banyak pengikutnya vi. Jadi kebal , dan mengunakan undang undang untuk melindungnya vii.menjadi ajaran baru yang diterima masyarakat. viii. Bertelagah sesama dalam ugama, dan membuat andaian ajaran selainnya sesat. ix. Dah terlambat dan menyebabkan kos,masa tenaga yang banyak dan bolih mengancam keselamatan masyarakat sebab mereka dah bertambah ramai dan bersatu bolih menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.