Рет қаралды 25,570
Hai gaiss, utk episod kali nie bang.mi just nak share resepi Ayam Percik Kelantan. resepi nie sangat sesuai dicuba pada hujung minggu, nak buat senang sahaja tapi perlukan masa yg agak lama sedikit :D
.
bahan bahan yg diperlukan utk penyediaan Ayam Percik Kelantan
.
1 ) 2biji bawang besar ( diblend )
2 ) 2inci halia ( diblend )
3 ) 4ulas bawang putih ( diblend )
4 ) 4batang serai ( diblend )
5 ) pati asam jawa
6 ) serbuk cili
7 ) 4ketul whole leg
8 ) garam
9 ) gula
10) gula nisan
11) 500gram santan
12) 2sudu kecil tepung beras
.
Cara2 utk perap Ayam ( wajib perap 1~3 jam )
.
Masukkan bahan yang sudah diblend sedikit ke dalam bekas ayam , kemudian masukkan air asam jawa 3sudu besar, kemudian masukkan 1 sudu besar serbuk cili, 2sudu besar gula, 1sudu kecil garam,. kemudian gaul dan perap ayam sekurang2 nya 1~3jam
.
Cara2 utk Masak Kuah Percik
.
masukkan lebihan bahan yg di blend,, kemudian masukkan 500gram santan, kemudian tambah kan air sama jumlah dgn santan, kemudian masukkan 1sudu besar serbuk cili, kemudian masukkan 6sudu besar air asam jawa. kemudian kacau kacau sehingga sebati, setelah kuah dah mula pekat, boleh masukkan gula dan garam, kacau lagi sehingga pekat, boleh masukkan air tepung beras, utk bagi kuah lebih likat..
.
cara2 utk masak ayam percik
.
setelah perap ayam selama sekurang2nya sejam,, boleh lah utk masak.. mula2 utk kalau nak cepat. boleh kukus dahulu ayam tersebut separuh masak,, bila dah agak2 separuh masak, boleh keluarkan dan sapu dgn kuah percik yg kite dah masak tadi.. boleh grill atas pan, atau nak bakar pun boleh, masak sehingga ayam betul2 masak. kemudian boleh laa dihidang :)
.
Selamat mencuba gaiss :)
.
okey gais, jangan lupa Like, Comment dan Subscribe, kerna subscribe itu gratis gaiss
.
Boleh follow dan support kami di :
KZbin: / thebujey
Facebook: / thebujey
Instagram: / thebujey
.
Jangan lupa follow bang.miii dan poknik di ig skali yaa :
/ bangmi_thebujey
/ poknikx
.
#AyamPercikKelantan #SEDAPBOHH #MudahRingkasSedap