Рет қаралды 303
Surah Sad ayat 2. Allah beritahu bagaimana sikap musyrikin Mekah secara khusus dan orang-orang kafir secara umum terhadap al-Quran.
بَلِ الَّذينَ كَفَروا في عِزَّةٍ وَشِقاقٍ
“Bahkan orang-orang kafir dalam kesombongan dan perbezaan”.
Orang kafir sentiasa menyelisihi al-Quran. Begitulah juga sikap orang kafir dengan Nabi Muhammad ﷺ.
Perkataan بَلِ dipanggil huruf الإضراب yang berasal dari perkataan ضراب bermaksud pukul. الإضراب ada 2;
1. Membatalkan إِبْطاَلىِ
Membatalkan perkara sebelum بَلِ atau menidakkan perkara sebelumnya. Contoh, pada ayat pertama Allah beritahu “demi Al-Qur’an yang mempunyai peringatan”. Jadi بَلِ di sini bermaksud “Bahkan orang-orang kafir membatalkan al-Quran sebagai peringatan”.
2. Pindah/mengiayakan perkara sebelum ini اِنْتِقَالى. Ayat sebelumnya kekal “al-Qur’an yang mempunyai peringatan”. Dan ayat seterusnya Allah nak tekankan perkara lain iaitu sikap orang kafir yang sombong menolak al-Quran”.
Perkataan عِزَّةٍ ada 2 makna iaitu yang pertamaالنصر والغلبة والشرف yang bermaksud kemenangan menguasai kemuliaan. Contoh, dalam surah Munafiqun ayat 8
يَقولونَ لَئِن رَّجَعنا إِلَى المَدينَةِ لَيُخرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنهَا الأَذَلَّ ۚ وَلِلَّهِ العِزَّةُ وَلِرَسولِهِ وَلِلمُؤمِنينَ وَلٰكِنَّ المُنٰفِقينَ لا يَعلَمونَ
Mereka berkata: “Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, benar-benar orang yang mulia akan mengusir orang-orang yang rendah daripadanya”. Dan kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tiada mengetahui. Apabila Allah beritahu kemuliaan itu milik Allah, maka pengajaran buat kita jika nak mulia carilah Allah. Nabi ﷺ sendiri pun ikut wahyu Allah. Begitu juga orang-orang yang beriman. Jika kita cari selain dari Allah kita bukan dapat kemuliaan tetapi kehinaan.
Orang-orang yang mulia الأَعَزُّ di sini merujuk kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubay yang menganggap dirinya paling mulia. Manakala orang yang paling hina dituduhnya Nabi Muhammad ﷺ. Mereka merendahkan kedudukan Nabi Muhammad ﷺ. Itulah tanggapan orang munafik. Mereka nak halau Nabi ﷺ dan Allah menjawab وَلِلَّهِ العِزَّةُ yang bermaksud bagi milik Allah segala kemuliaan. Jadi, العِزَّةُ di sini bermaksud kemuliaan.
Perkataan العِزَّةُ maksud yang kedua ialah التكبر iaitu sombong. Sifat mazmumah dan tercela.
Al-Hasyr ayat 4
ذٰلِكَ بِأَنَّهُم شاقُّوا اللهَ وَرَسولَهُ ۖ وَمَن يُشاقِّ اللهَ فَإِنَّ اللهَ شَديدُ العِقابِ
Demikianlah bahawa sesungguhnya mereka sentiasa menentang, menyelisihi Allah dan RasulNya. Inilah sifat orang kafir yang sentiasa menentang Allah dan Rasul sampai bila-bila. Kemudian Allah beritahu siapa yang menentang Allah (Allah beri amaran keras) maka sesungguhnya Allah sangat keras balasannya.
Maka ini ayat yang menunjukkan syiqaq iaitu menentang.
Apa kaitan ayat 1 dengan ayat 2
ص ۚ وَالقُرءآنِ ذِي الذِّكرِ
Shaad, demi Al-Qur’an yang mempunyai peringatan
بَلِ الَّذينَ كَفَروا في عِزَّةٍ وَشِقاقٍ
Bahkan orang-orang kafir dalam kesombongan dan perbezaan
Ayat 1 Allah beritahu Quran adalah peringatan. Kemudian ayat 2 Allah beritahu orang kafir dalam kesombongan. Ini menunjukkan orang kafir menolak Quran sebagai الذِّكرِ. Quran ada peringatan yang jika manusia ambil peringatan itu akan jadi mulia, tetapi orang kafir tak menerimanya. Apa punca orang kafir menolak Quran? عِزَّةٍ iaitu sombong. Dan inilah sikap orang kafir yang Allah bongkarkan.
Maka sesiapa yang tak nak belajar Quran, tak nak tadabbur Quran, tak nak jadikan Quran sebagai panduan puncanya adalah sombong. Dan mereka ada sifat orang kafir iaitu في عِزَّةٍ dalam kesombongan.
اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِيْ مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ، وَالْأَعْمَالِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ
Ya Allah, Allah, jauhkanlah aku dari kemungkaran akhlak, amal, hawa nafsu dan penyakit. HR At-Tirmizi
Ikuti kelas tadabbur Quran di link www.youtube.co...