Sikap orang kafir terhadap Nabi Muhammad ﷺ sebagai munzir

  Рет қаралды 146

Fizah Mahat

Fizah Mahat

Күн бұрын

Tadabbur surah Sad ayat 4
وَعَجِبوا أَن جاءَهُم مُّنذِرٌ مِّنهُم ۖ وَقالَ الكٰفِرونَ هٰذا سٰحِرٌ كَذّابٌ
“Dan mereka hairan bahawa telah datang kepada mereka pemberi peringatan dari kalangan mereka. Dan berkata orang-orang kafir ini (Nabi Muhammad) tukang sihir pendusta.”
Perkataan عَجَبٌ ada 2 maksud;
1. Istihsan اِسْتِحْسَان- kagum dengan sesuatu perkara. Contoh dalam satu hadis. Daripada ‘Aisyah R.Anha:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ فِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW membiasakan diri mendahulukan yang kanan dalam memakai selipar, menyikat rambut, bersuci dan dalam setiap urusan kehidupan sehariannya.”
Riwayat al-Bukhari (168)
2. Inkar إنكار - mengingkari. Contoh dalam ayat surah Sad ayat 2 ini orang-orang kafir pelik kerana datang Nabi Muhammad sebagai مُّنذِرٌ (pemberi peringatan). Mereka menolak kerasulan Nabi. Mereka mahukan malaikat atau orang yang kaya/pembesar sebagai Rasul.
Antara ayat yang orang kafir minta malaikat sebagai munzir. Allah berfirman dalam surah Al-An'am 6:8
وَقَالُواْ لَوۡلَآ أُنزِلَ عَلَيۡهِ مَلَكٌۖ وَلَوۡ أَنزَلۡنَا مَلَكًا لَّقُضِىَ ٱلۡأَمۡرُ ثُمَّ لَا يُنظَرُونَ
Dan mereka berkata, “Mengapa tidak diturunkan malaikat kepadanya (Muhammad)?” Jika Kami turunkan malaikat (kepadanya), tentu selesailah urusan itu, tetapi mereka tidak diberi penangguhan (sedikit pun).
Allah tempelak permintaan mereka. Jika Allah turunkan malaikat, malaikat kena berupa manusia juga. Dan mereka tetap beralasan untuk menolak juga. Itu semua hanya alasan mereka. Allah berfirman dalam surah Al-An'am 6:9
وَلَوۡ جَعَلۡنَٰهُ مَلَكًا لَّجَعَلۡنَٰهُ رَجُلًا وَلَلَبَسۡنَا عَلَيۡهِم مَّا يَلۡبِسُونَ
Dan sekiranya rasul itu Kami jadikan (dari) malaikat, pastilah Kami jadikan dia (berwujud) laki-laki, dan (dengan demikian) pasti Kami akan menjadikan mereka tetap ragu sebagaimana kini mereka ragu.
Selain daripada mereka nak munzir dari malaikat, mereka juga menolak Nabi sebagai munzir kerana Nabi nampak sebagai orang yang miskin. Mereka nak munzir dari kalangan orang yang kaya, banyak harta. Allah rakam dalam surah al-Furqan ayat 8
أَو يُلقىٰ إِلَيهِ كَنزٌ أَو تَكونُ لَهُ جَنَّةٌ يَأكُلُ مِنها ۚ وَقالَ الظّٰلِمونَ إِن تَتَّبِعونَ إِلّا رَجُلًا مَّسحورًا
atau (mengapa tidak) diturunkan kepadanya perbendaharaan, atau (mengapa tidak) ada kebun baginya, yang dia dapat makan dari (hasil)nya?” Dan orang-orang yang zalim itu berkata: “Kamu sekalian tidak lain hanyalah mengikuti seorang lelaki yang kena sihir”.
Tuduhan orang kafir terhadap Nabi SAW;
1. Ahli sihir سَاحِرٌ yang kalau kita belajar bahasa Arab itu فاعل. Bermaksud sihir biasa-biasa.
2. Pendusta. Allah guna perkataan كَذّابٌ yang bermaksud pendusta yang melampau atau banyak.
Kenapa orang-orang kafir tuduh Nabi pendusta yang banyak? Kata ahli tafsir pendusta di sini sebab Nabi bawa ayat-ayat Quran. Ayat Quran banyak tak? Ya, lebih 6000 ayat. Sedangkan mukjizat Nabi yang mereka tuduh Nabi ahli sihir kerana mukjizat tu tak banyak nak dibandingkan ayat-ayat Quran yang Allah turunkan kepada Nabi. Antaranya mukjizat Nabi membelah bulan, keluar air dari celah-celah jari Nabi SAW, makanan sedikit tapi cukup banyak orang dll.
Seperti mana Allah berfirman dalam surah Al-Insan ayat 3
إِنّا هَدَينٰهُ السَّبيلَ إِمّا شاكِرًا وَإِمّا كَفورًا
Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.
Allah guna perkataan شاكِرًا untuk orang yang bersyukur berbentuk فاعل. Sedangkan untuk yang kafir Allah guna perkataan كَفورًا yang merujuk kepada فَعَّال. Kenapa? Kerana Allah nak uji manusia sama ada dia bersyukur biasa-biasa atau kufur yang banyak/melampau. Manusia dapat nikmat bermacam-macam dan banyak dari Allah tetapi hanya sedikit yang bersyukur. Tak mungkin dia syukur yang banyak شكور. Dalam 24 jam tak mungkin manusia bersyukur 24 jam sebab tu Allah guna perkataan شاكِرًا. Tetapi bab kufur sangat banyak dan melampau. Kufur nikmat mata, nikmat mulut, nikmat telinga, nikmat sihat, nikmat lapang, nikmat keluarga. Subhanallah. Semoga kita tergolong dari kalangan mereka yang bersyukur.
Nabi banyak bersyukur kepada Allah. Buktinya dalam satu hadis
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، قَالَ حَدَّثَنَا مِسْعَرٌ، عَنْ زِيَادٍ، قَالَ سَمِعْتُ الْمُغِيرَةَ ـ رضى الله عنه ـ يَقُولُ إِنْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم لَيَقُومُ لِيُصَلِّيَ حَتَّى تَرِمُ قَدَمَاهُ أَوْ سَاقَاهُ، فَيُقَالُ لَهُ فَيَقُولُ ‏ "‏ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا ‏"
Diriwayatkan oleh Al-Mughira:
Nabi (ﷺ) pernah berdiri (dalam solat ) atau berdoa sehingga kedua kaki atau kakinya bengkak. Dia ditanya mengapa (dia mengucapkan doa yang tidak tertahankan) dan dia berkata, "tidakkah aku harus menjadi hamba yang bersyukur.” Hadis Riwayat Muslim
Apa yang menyebabkan orang-orang kafir ni rasa pelik sangat kepada Nabi Muhammad ﷺ. Ikuti tadabbur di link www.youtube.co...

Пікірлер
Kelebihan surah al-Fatihah sebagai ruqyah merawat penyakit
19:26
КОГДА К БАТЕ ПРИШЕЛ ДРУГ😂#shorts
00:59
BATEK_OFFICIAL
Рет қаралды 8 МЛН
ТЮРЕМЩИК В БОКСЕ! #shorts
00:58
HARD_MMA
Рет қаралды 2,2 МЛН
Sabar kepada perkara yang bathil adalah haram
13:49
Fizah Mahat
Рет қаралды 390
Bagaimana sikap orang kafir terhadap al-Quran?
11:39
Fizah Mahat
Рет қаралды 304
Orang kafir buat keraguan untuk menolak al-Quran
12:08
Fizah Mahat
Рет қаралды 8
Antara nama-nama surah al-Fatihah
15:36
Fizah Mahat
Рет қаралды 247
Tak takut dan tak sedih bila ikut peraturan Allah
18:11
Fizah Mahat
Рет қаралды 1,2 М.
Berimanlah sebelum nyawa sampai ke halkum
9:50
Fizah Mahat
Рет қаралды 389
Siapa nak yang LEBIH BAIK dari unta yang gemuk
8:51
Fizah Mahat
Рет қаралды 321
Kemanisan iman
8:45
Fizah Mahat
Рет қаралды 202
КОГДА К БАТЕ ПРИШЕЛ ДРУГ😂#shorts
00:59
BATEK_OFFICIAL
Рет қаралды 8 МЛН