Рет қаралды 64,487
Puas hati buat kentang putar sendiri, gravy pun ikhlas banyak melimpah
Satu lagi resepi gluten-free & egg free untuk korang!
Ely akan tunjukkan cara nak dapatkan mashed potato yang elok teksturnya (tak terlalu keras dan berketul, tak juga terlalu halus). Siap tips untuk bentukkan jadi elok lagi macam KFC tu
Mash potato memang mudah nak buat, cuma bila tak kena caranya, ia mudah berketul , berkanji ataupun kadang-kadang dah jadi macam potato puree dah. Tak sama
Mashed potato yang best, adalah yang bila kita makan, masih boleh dikunyah, dan lepas tu dia cair dalam mulut dengan baik
Selepas itu, kita buat pula gravy ayam yang mudah, tak perlu sebarang chicken stock ke, nak kena bakar ayam dulu ke, pakai kiub ayam yang ada di rumah tu je ;)
Kalau nak buat mashed potato untuk bayi pun ok, cuma gravy tu korang makan untuk korang lah ye sebab sodium dia agak tinggi
Jangan lupa untuk save siap-siap, dan share k?
#mashedpotato #kfc #resepibasickeli