BERWASPADALAH GOLONGAN HABIB KE TANAH AIR

  Рет қаралды 4,884

Komuniti  Darulkautsar

Komuniti Darulkautsar

3 жыл бұрын

darulkautsar.wordpress.com/
BERWASPADALAH DENGAN KEHADIRAN GOLONGAN HABIB KE TANAH AIR
Maulana Muhammad Asri Yusoff
Petikan Dari Kuliah - Sahih Muslim - Kitab Fitnah & Tanda Kiamat - 11 Feb 2015
Kota Bharu, Kelantan
SINOPSIS:
Akhir-akhir ini timbul suatu lagi fitnah dalam masyarakat kita...Fitnah golongan HABIB. Berwaspadalah! Masyarakat kita mudah tertipu dengan penampilan luar seperti serban, janggut, tasbih dsb.
Kita perlu kenal identiti (atau cara mengenali) golongan ini. Contohnya, cara pemakaian serban dengan gaya tertentu menunjukkan mereka adalah golongan sesat dari luar negara.
Golongan Habib ini datang ajak kita berselawat kepada nabi, dengan mengadakan majlis-majlis seperti "Malam Cinta Rasul" dsb. Dari luaran ianya nampak cantik tetapi sebenarnya ianya penuh dengan tipudaya.
Sebelum ini, golongan Syiah pun datang atas nama agama sehingga ramai dari kita tertipu.
Habib pun begitu! Tujuan mereka sebenarnya supaya kita memuja kubur!
Mereka pergi ke kubur untuk meminta tolong dari orang yang ada di dalam kubur! Bukannya minta tolong dengan Allah! Tapi mereka akan nafikan apa yang kita kata ini.
Amalan puja kubur berleluasa di luar negara. Matllamat mereka ialah menziarahi semua kubur di Malaysia dan memujanya.
Kubur yang menjadi tumpuan mereka adalah, kononnya, kubur-kubur wali dan tokoh-tokoh ulama'.
Tunggulah, suatu hari nanti mereka akan datang memuja kubur Tok Kenali, di Kelantan!
Mereka puja kubur dengan pasang lampu, tabur bunga dan letak kain penutup kubur. Kemudiannya, mereka ambil kain tersebut dan bahagi-bahagikan untuk dijadikan azimat.
Tapi mereka tidak akan mengaku jika kita kata mereka adalah pemuja kubur!
Kenapa Hisham Kabbani (seorang dari golongan Habib) yang telah diisytiharkan sesat oleh Jabatabn Agama (JAKIM) dapat datang ke Malaysia dan mengadakan majlis-majlis sambutan?
Pemuka Tareqat Naqsyabandi yang diisytiharkan sesat adalah serpihan daripada kumpulan Habib ini!
Adakah kita sanggup biarkan masyarakat kita sesat seperti mereka?
Malangnya institusi agama pun tidak dapat menghidu kesesatan sebegini! Malah mereka turut bersekongkol dengan golongan sesat ini!
Mereka kononnya anjurkan majlis selawat...tetapi mengapa selawat ini diiringi dengan joget?
Mereka masukkan budaya sesat ini secara beransur-ansur ke dalam masyarakat. Kita hendaklah sentiasa berwaspada dan menolak amalan-amalan yang bercanggah dengan agama kita ini.
Perkara ini sepatutnya boleh dibendung terutamanya oleh pihak berkuasa.
Jika dibiarkan ianya akan jadi barah seperti yang berlaku di luar negara.
Habib-habib yang membawa kita ke kubur pada mulanya atas nama "tawassul" (Nota: Meminta sesuatu kepada Allah melalui perantara). Tetapi, kemudiannya mereka akan meminta terus dari orang mati di dalam kubur tersebut, bukan lagi meminta dengan Allah.
Mereka minta orang dalam kubur supaya minta dengan Tuhan kerana
kononnya orang dalam kubur tidak mati dan mendengar permintaan kita!
Mereka juga mendakwa dapat berkat daripada wali-wali yang jasadnya ada dalam kubur!
Akhir-akhir ini pula, ramai yang mendakwa berjumpa dengan Nabi dalam keadaan jaga (yaqazah). Inilah antara akibat dan kesan dari kedatangan Habib ke tempat kita
Beginilah caranya masyarakat kita ditipu. Berapa banyak belanja yang telah dibazirkan untuk menganjurkan majlis-majlis seperti "Malam Cinta Ratus", "Sambutan Maulidur Rasul Akbar" dan seumpamanya?
Ada daripada pengikut-pengikut Habib ini yang mendakwa, dengan membaca wirid dan selawat tertentu, nabi datang berjumpa mereka!
Kedatangan golongan Habib ini membawa kesesatan ke dalam masyarakat. Mereka mendakwa sebagai "ahli Allah"...mereka mengajar bacaan-bacaan tertentu yang direka menyebabkan al-Quran ditinggalkan. Mereka mengajar ilmu yang karut-marut bagaimana cara untuk mengenali "nabi" yang datang kepada mereka.
Ketahuilah, orang ramai akan terus sesat selagi mereka tidak belajar agama dengan betul. Dakwaan berjumpa nabi secara "yaqazah" tidak ada jaminan dari hadith dan kita akan ketahui perkara ini jika kita belajar hadith.
Kita akan selamat jika ikut al-Quran dan sunnah. Tujuan utama golongan sesat dan syaitan adalah supaya kita meninggalkan al-Quran.
Ramai dari kita mengejar dunia dengan memperalatkan agama!
Apa yang berlaku sekarang ini bertepatan dengan sabda nabi, "Yang bukan Dajjal itulah yang lebih aku takut terhadap kamu"
Nabi bersabda, "Kalaulah aku ada di kalangan kamu (di masa itu)...nescaya akulah yang paling ke depan (menentang kesesatan)"
Alangkah berbezanya kita dengan nabi. Kita begitu mudah terpedaya dengan cantiknya kejahatan yang dihias dengan agama dan keinginan naluri kita untuk terus kekal!
Tipudaya syaitan datang dalam bentuk yang disenangi kita contohnya dalam bentuk agama (tetapi hakikatnya ianya telah diselewengkan)
Laman web menarik - darulkautsar.wordpress.com/

Пікірлер: 31
@abdullahsalleh9008
@abdullahsalleh9008 Ай бұрын
Beri perhatian kpd peringatan ini
@abror313
@abror313 7 ай бұрын
2024 malaysia dimasuki tarekat naqasyabandi di negeri 9, melaka, selangor, perak dan pahang
@syrefpudenismail3410
@syrefpudenismail3410 Жыл бұрын
Assalamualaikum...جَزَاكَ اللَّهُ خَيْراً DarulKautsar dan Maulana Muhammad Asri Yusof krn ilmu yg sgt bermanfaat. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
@adibaqil5633
@adibaqil5633 3 жыл бұрын
Rupanya benar apa yg Maulana Asri kata dahulu...mmg betul² menjerumus ke arah pemujaan kubur
@radenlakjuno8186
@radenlakjuno8186 2 жыл бұрын
itu lahh kita bimbang bila dgr ad 1 hadith nabi saw sebut akhir zaman akan ad pendakwah yg akn menyeru ke neraka jahannam..naizubillah..
@fahlvfaust677
@fahlvfaust677 Жыл бұрын
Ngeri..saling x tumpah mcm yg berlaku di iran..tp puak bgendang di kubur tu lh yg dijulang stengah org kita atas alasan keturunan Nabi saw. Pling pelik, yg Nabi saw larang itulah juga yg puak tu suka buat..hobi angkat mna2 dri kalangan mereka sbg wali itu wali ini dgn mcm2 karomah..klu dh smpai berani berdusta atas nama nabi saw hmm tak tau lh nk ckp pe lgi..dri dlu lgi byk kemusykilan ttg puak2 tu..
@cheazizchenoh3721
@cheazizchenoh3721 3 жыл бұрын
Habib dan kurafat berpisah tiada.
@AGBJ
@AGBJ 3 жыл бұрын
Dpt dtg sini sbb menteri2 pun ramai sesat..hah.hah.hah
@adamnaqiuddin2895
@adamnaqiuddin2895 3 жыл бұрын
Yg part drg selawat tu ke ape,no komen sebab kita hnye org awam je…krg ilmu..tp part yg nabi blh dtg dlm majlis tu,waallahualam,jika benar..kenape para2 sahabat,imam2 muktabar mazhab drg ade khilaf dlm hukum fiqh ? …klau seperti yg didakwa oleh sesetengah org yg majlis org zmn kita nabi hadir dsb,kenape nabi xhadir ketika sahabat2 dhulu yg ade khilaf bile bab hukum …
@davidyasir4605
@davidyasir4605 3 жыл бұрын
Ya sih, terkadang tak mendukung antara pakaian dan perilaku 🙏
@hanya_satuchannel2106
@hanya_satuchannel2106 2 жыл бұрын
Silakan dengan pandangan sendiri. Di akhirat nanti akan sirna segala fitnah dan kekeliruan. Saya tak alim dan mengambil pendekatan sederhana serta berhati-hati dalam menyangka² itu dan ini terhadap sesama manusia apalagi yang berkongsi syahadah dengan saya. Wallahualam.
@user-up2mb9mx6s
@user-up2mb9mx6s Жыл бұрын
Fitnah?? Benda dh jelas..
@musicrock_
@musicrock_ 3 жыл бұрын
Serban janggut tamboh dgn cerito biso2,, buleh jinok singo la jinok rima la.. Last2 mikrofon ng speaker woo waa woo waa pujo kubur... Tapi xngaku semace,, xsemboh kubur dio kato.. Kecek plok atah dasar cerito skmo..
@radenlakjuno8186
@radenlakjuno8186 2 жыл бұрын
tgk muhaizad sudoh laa ank murid hasil didikan hadramaut
@user-up2mb9mx6s
@user-up2mb9mx6s 2 жыл бұрын
@@radenlakjuno8186 makin berat doh.. mace2 hadis palsu, cerito mengarut timbul.. sene nyo manusia dibodohkan..
@fithronypro
@fithronypro 3 жыл бұрын
Ngapunten🙏🙏 ustadz seminggu berapakali mimpi bertemu rosulullah..
@musicrock_
@musicrock_ 3 жыл бұрын
Ada bukti mimpi rasulullah?? Aku pun boleh claim nabi duk makan sebelah aku ni..
@musicrock_
@musicrock_ 2 жыл бұрын
@Ayien Rahman hahah😂😂
@kirovgaming1487
@kirovgaming1487 2 жыл бұрын
Habib jewels ja yg boleh pakai kt dunia ni..hehe 😁
@muhamammadfaaiz865
@muhamammadfaaiz865 10 ай бұрын
Mana yang manfaat kite ambek yang tak elok kite tinggalkan dan marilah kite doakan mereka
@andrem.ramadhan8625
@andrem.ramadhan8625 2 жыл бұрын
Ngomong apo awakni tau hidak masala agama kerjaanya mempitna habaib " Asli orang ini wahabi
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 2 жыл бұрын
Apa itu Wahabi?
@radenlakjuno8186
@radenlakjuno8186 2 жыл бұрын
ini lah tanda org bila fikirannya tepu dengan kejahilan...kesiann xmmpu dh nk berfikir guna akal sihat kerana terlalu taksub... kejahilan yg nyata nihh
@user-up2mb9mx6s
@user-up2mb9mx6s Жыл бұрын
Tarikat black metal ke bro??
@muhammadlabib3436
@muhammadlabib3436 3 жыл бұрын
org dlm kubur bisa ngedoain ente... ya Allah habib ente cerca trus, ga Mandang siape datuknye ye? allahuakbar
@InfectisNyonyot
@InfectisNyonyot Жыл бұрын
Sokong
Prof Dr MAZA - Disebalik Cerita Ajaib Habib! Ada Bisnes Disebaliknya
18:55
AQIDAH - Penjelasan Tentang Nur Muhammad - Maulana Asri
34:48
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 36 М.
Playing hide and seek with my dog 🐶
00:25
Zach King
Рет қаралды 36 МЛН
路飞太过分了,自己游泳。#海贼王#路飞
00:28
路飞与唐舞桐
Рет қаралды 38 МЛН
Nastya and SeanDoesMagic
00:16
Nastya
Рет қаралды 42 МЛН
Tawassul Dalam Islam - Maulana Muhd Asri Yusoff
52:29
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 3,5 М.
Prof Dr MAZA - Disebalik Cerita Ajaib Habib! Ada Bisnes Disebaliknya
18:55
PROmediaTAJDID Short Video
Рет қаралды 8 М.
[Dgn Sarikata]-Bukalah Minda- Usul & Furu' Akidah; Habib Umar
10:55
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 11 М.
Apakah Jawapan Rasulullah Pada Mereka Yang Tak Mampu Pergi Ke Masjid Al-Aqsa? | Ustaz Badlishah
31:44
Fitnah Terhadap Muawiyah r.a. - Maulana Muhd Asri Yusoff
2:20:25
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 20 М.
Maulana Asri- Hadis Tsaqalain
53:55
Prof Hamka
Рет қаралды 8 М.
Playing hide and seek with my dog 🐶
00:25
Zach King
Рет қаралды 36 МЛН