Рет қаралды 105
Soalan 1: Apakah negara yang jumlah penghidap diabetesnya tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi?
Soalan 2: Apakah negara yang mempunyai fasiliti pembuatan insulin bersepadu yang terbesar di Asia?
Jawapan 1 & 2: Malaysia! BIO BENAR!
Melihat keseriusan penyakit diabetes, Biocon, salah satu pemain biofarmaseutikal berasal dari India yang terbesar di dunia, telah memilih Malaysia sebagai pusat pembuatan dan penyelidikan produk-produk biofarmeseutikal termasuklah produk insulin glargine yang terkini.
Dengan hanya menggunakan mekanisme klik, produk insulin glargine Biocon yang dihasilkan di Malaysia ini memudahkan pesakit diabetes untuk menyukat dos dengan tepat serta memberi kemudahan kesihatan kepada rakyat Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Operasi oleh Biocon ini merupakan salah satu pelaburan farmaseutikal asing utama di Malaysia, dan juga mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Books of Records sebagai satu-satunya fasiliti pembuatan insulin yang pertama dan terbesar di negara ini. Memang hebat!
Saksikan episod BIO BENAR! yang menceritakan jalan cerita Biocon yang bermatlamat untuk meningkatkan kualiti dan kehidupan pesakit-pesakit diabetes di seluruh dunia, bermula dari Malaysia.
BIO BENAR! merupakan siri dokumentari oleh Bioeconomy Corporation dengan kerjasama BERNAMA, yang mengupas keunikan Malaysia melalui lensa inovasi bioteknologi.
Nak tahu lebih lanjut tentang produk dan syarikat bioteknologi yang menarik seperti Biocon?
Jemput datang ke acara Bioeconomy Open Day, dengan tarikh dan lokasi yang baru!
📅7 & 8 Disember 2023
🏟 AKAN DATANG
🕒 10 pagi hingga 6 petang
👥 Dibuka kepada orang ramai
Ikuti kami di media sosial dan nantikan butiran yang terkini tentang Bioeconomy Open Day!
***********************************************************
Bioeconomy Corporation is the lead development agency for the bio-based industry in Malaysia, under the purview of Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI).
Follow Bioeconomy Corporation on the following platforms:
Website: www.bioeconomycorporation.my
Facebook: Bioeconomy Corporation
Instagram: bioeconomycorporation
TikTok: @bioeconomycorporation
Twitter: bioeconomycorp
LinkedIn: bioeconomy-corporation