Рет қаралды 13,199
Alhamdulillah, Diberi peluang untuk review Campsite baru di Serendah Selangor iaitu GG RETREATS CAMPSITE . Sebelum ni aku ade post simple ari pertama aku dekat sini. Kali ni aku share lebih lagi info yang mana sempat aku kutip sepanjang 2 malam dekat cni (malam ni malam terakhir aku dekat cni)
Campsite ninterletak di Tasek Bukit Serendah yang dulunya merupakan Lombong Bijih/Besi yg besar di selangor.. wujudnya tasek di atas bukit ni adalah kerana aktiviti mengorek untuk tujuan mengeluarkan bijih, maka terhasil lah beberapa tasek disini.
Campsite yg terletak di atas. tanah seluas 30 ekar ini mempunyai 50-60 tapak camsite, Campercar Spot, Motorcross Track n trail, dan hiking ke Lata Enggang (air terjun). Dengan Jarak lebih kurang 30km dari Kesibukan Kuala Lumpur, aku rase lokasi ini berbaloi dan berpotensi menjadi tarikan baru di Malaysia jika diurustadbir dengan betul.
Campsite : RM40 (sederhana) & RM70 (Besar)
Wakaf : RM30-40
Memancing : RM10 (joran sendiri)
Naik Rakit : RM10 seorang.
Sewa Hammock : RM10
Wifi : RM10 untuk 1gb (Free 1gb untuk satu tapak)
Di reception juga dijual barangan asas seperti Peralatan untuk mandi, makanan ringan, ubat nyamuk, arang dan lain2.
Terdapat 2 Kawasan untuk Campfire 🔥 yang selesa. Kawasan ini sangat sesuai untuk percutian keluarga atau gathering. Kanak2 pon bermain tanpa perlu pengawasan yang ketat..
Inshallah Video akan menyusul kemudian di :
/ eirwanz
/ eirwanz
/ eirwanz
Jemput SUBSCRIBE dulu gais.
Korang layan photo2 dulu yer.. 🙂
Untuk Review lokasi2 lain atau product berkaitan, korang boleh whatsapp aku di : wasap.my/60123655448/IniKanEA
#KZbinr #ContentCreator #IniKanEA #EApayung #EAsharing #CampsiteReview #GGRetreats