No video

Mee Goreng Basah Daging, Sangat Mudah Disediakan.

  Рет қаралды 327,553

Che Nom

Che Nom

2 жыл бұрын

Menu daging kali ni iaitu mee goreng daging versi basah. Cara dalam video ni Che Nom rebus dulu daging sampai lembut, sebab gunakan bahagian keting yang banyak urat tapi sedap sangat dimakan kalau kita masak sampai lembut. Sedap tu boleh mengalahkan daging potongan mahal kalau kena cara masaknya.
Air rebusan daging pula kita guna untuk buatkan mee sedikit berkuah untuk jadikan mee goreng basah. Kalau guna daging bahagian batang pinang, atau bahagian lain yang lembut, nak masak terus tanpa rebus pun boleh sebab potongan tersebut mudah lembut bila dimasak.
Memang menarik dan sedap dimakan dengan tambahan telur, tomato, sayur sawi & taugeh untuk texture krup krap bila makan. Bahan-bahan simple aja, pasti mudah nak buat.
// Bahasa Melayu
--------------------------
Bahan-bahan:
300g daging
2 cawan air (untuk rebus daging)
Minyak masak
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
3 sudu besar cili kisar
Kicap manis
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 telur
1-2 sudu kecil lada sulah
1 ikat sayur sawi
1 pek mi kuning
1 biji tomato
Taugeh
Daun bawang
2 tangkai cili merah
//English
--------------------------
Ingredients:
300g beef
2 cups water (for boiling beef)
Cooking oil
3 cloves garlic
2 shallots
3 tbsp chilli paste
Sweet soy sauce
2 tbsp oyster sauce
3 tbsp chilli sauce
2 tbsp tomato ketchup
2 eggs
1-2 tsp white pepper
1 bunch mustard
1 pack yellow mee
1 tomato
Bean sprouts
Green onion
2 stalks red chilli
Support this channel: bit.ly/3v5A9vW
Instagram: bit.ly/CheNomI...
Twitter: bit.ly/CheNomT...
Facebook: bit.ly/CheNomF...

Пікірлер: 245
@malindamdazan181
@malindamdazan181 2 жыл бұрын
Dulu takut nak kahwin sebab tak pandai masak. Start PKP duk rumah teringin makan char kuey teow, tengok che nom ajar step by step. Semua menjadi. Alhamdulillah selamat nikah Isnin lepas, laki suka betul nasi goreng kampung. Terima kasih Che Nom kongsi ilmu.
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Alhamdulillah Malinda. Terima Kasih sudi komen 😊
@fromthismoment6657
@fromthismoment6657 2 жыл бұрын
Tertarik, menarik dan menyelerakan, penuh dgn kekemasan dan ketelitian dari penyediaan bhn2 sehingga memasak. Che Nom tetap no 1
@engkumuhammadfahmi961
@engkumuhammadfahmi961 2 жыл бұрын
terima kasih untuk resipi . mintak halal ya Che Nom ❤️ dari tak reti masak² , alhamdulillah dpt belajar and sikit sebanyak dapat ilmu dr awak Che Nom ❤️
@itsmejulyanaaziz
@itsmejulyanaaziz 2 жыл бұрын
Nampak menarik. Nanti boleh try buat mkn ptg atau breakfast. Terima Kasih Che Nom. Mostly menu masakkan Saya adalah dari resepi Che Nom. Ada jugak resepi yg dah jadi jualan saya specially roti Jala dan kuah Kari ayam kerisik. Semoga Che Nom sentiasa dimurahkan rezeki ❤️
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Alhamdulillah. Moga murah rezeki berniaga Amin 🤲
@itsmejulyanaaziz
@itsmejulyanaaziz 2 жыл бұрын
@@CheNom Aamiin Ya Allah Ya Mujib 💕
@rohanimyusof6767
@rohanimyusof6767 2 жыл бұрын
@@CheNomm JH
@rabiahali7797
@rabiahali7797 2 жыл бұрын
'
@zafrylhazem5256
@zafrylhazem5256 2 жыл бұрын
Saya dah cuba semalam (21/7/22) Alhamdulillah turned out sangat sedap..cara masak pon senang
@maslinamdisa7484
@maslinamdisa7484 2 ай бұрын
Seperti yg sy kata lepas nasi lemak , sy nak cuba mee goreng kan. Ya allah,mcm biasa semua ahli keluarga suka. Biasanya kalau 1kg mee susah nak abis makan. Tp resepi cik nom. Sekejap je memang laku keras. Anak lelaki saya kata lain kali bungkuskan dia lebih2 . Pdhal penuh 1 tupperware tuh.Yg menantu lelaki tgh malam whatsapp tanya ada lg tk mee sebab sedap sgt kekeke. Terima kasih cik nom ❤
@maslinamdisa7484
@maslinamdisa7484 2 ай бұрын
Esok saya nak cuba nasi goreng cili padi che nom. Nak bawak pot luck di rumah makcik sy nie. Nanti sy beritahu che nom reaksi makcik2 sy ye hehehe
@CheNom
@CheNom 2 ай бұрын
Alhamdulillah..seronok baca ☺️ Sama2 kasih sis
@NazriBuang-w9v
@NazriBuang-w9v Ай бұрын
Lies again? Noodle Magazine USD SGD
@suhidahr6515
@suhidahr6515 2 жыл бұрын
Sedap betol nampaknya mi yang Che Nom buat ni. Tak sabar nak cube buat.
@micksonsunjin4501
@micksonsunjin4501 2 жыл бұрын
Resspi che nom paling saya suka,, sll nya menjadi dan sedap. Yg bru nk bljr memasak boleh view video resepi masakan Che Nom. Just ikut je arahan.
@DayangSuri
@DayangSuri 2 жыл бұрын
Tengok pun dah tahu sedap sampai menjilat jari ni, mee basah letak daging fuhhhh boleh lajak 2 pinggan sekali hadap ni,sama la resepi kita Che Nom ❤️
@jalilahalias3457
@jalilahalias3457 Жыл бұрын
Bab bab goring mee ni memang I x pandai , tp kalau org goreng mkn licin....tp ikut resipi Cik Nom ni , bulih laa, dan kena cuba lg, tkasih CikNom kongsi resipi ni 👍🤩
@syafiqahsalimin3013
@syafiqahsalimin3013 Жыл бұрын
Saya dah buat ikut resipi che nom ni , memang sedap sangat pertama kali buat Selama ni kalau buat ikut resipi di youtube x menjadi , terima kasih sebab share resipi yg memang menjadi ❤
@mohdnasirabdulhamid3988
@mohdnasirabdulhamid3988 Жыл бұрын
Saya dah jadi minat nak masak sejak tengok channel che nom. Bila try sekali isteri puji sejak tu saya yg lebih kerap di dapur berbanding isteri. Terima kasih che nom
@DapurBiru
@DapurBiru 2 жыл бұрын
Nampak sedap sangat ni 😍 Che nom memang terbaik 👍🏻👍🏻👍🏻
@wannorasyikin1901
@wannorasyikin1901 Жыл бұрын
Sy dh bt tp guna spaghetti sbb suami xsuka mee, sedap btl resepi nie, suami puji, seminggu sekali dia mintak bt kan, trme kasih che nom utk semua resepi
@DapurCheMala
@DapurCheMala 2 жыл бұрын
Salam Che Nom. Wahhh..Mee goreng basah daging nampak mantap, terliur di buatnya. 🤤🤤. Terima kasih atas menu special ni.
@zulvlog4286
@zulvlog4286 2 жыл бұрын
Wahhh.. Mee Goreng basah kesukaan saya ni.. Thanks Che Nom share resepi ni.. semoga Che Nom dimurahkan rezeki yg berlipat ganda & dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat.. Aamiin👍😊
@noraini9331
@noraini9331 Жыл бұрын
Org perempuan jg yg trbaik bab2 masak..betul sukatan n tengok pun dah tau sedap ke tdk..terbaik ck nom...
@ovenummi
@ovenummi 2 жыл бұрын
Waalaikumsalam...Channel yang Ummi paling minati sampai skrng. Mee goreng basah daging menu favourite Ummi. Sedap tengok Che Nom masak. Terima kasih share resepi ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Aamiin 🤲
@jalilahalias3457
@jalilahalias3457 Жыл бұрын
Tenguk org goreng sedap je....nk ikut teknik ni pula. Tkasih CikNom kongsi resipi ❤😊
@paprikamerah
@paprikamerah 2 жыл бұрын
Hheem...menggoda sekali, sungguh sebuah kenikmatan yang tiada banding, terima kasih mak cik resep mie nya mantaaap🥰🥰🥰
@rihassheikh9241
@rihassheikh9241 2 жыл бұрын
JazakAllahu Khairan Sis Che Nom for sharing.. Love ur cooking ♥️😊👍🌹
@rusnibahari8191
@rusnibahari8191 2 жыл бұрын
Masyaallah , nampak mee goreng Che Nom ni rasa lapar saya .
@sharifahmunirah5609
@sharifahmunirah5609 2 жыл бұрын
fav youtuber saya utk resepi masakan. Kebanyakan masakan yg dicuba dari resepi chenom mesti jadi. Saya ni masak cecampak je hehehe
@kamsiahkhamis3252
@kamsiahkhamis3252 Жыл бұрын
Try masak ikut resepi ni pagi ni. Memang sedap. Thanks Che Nom
@yusnamyff7158
@yusnamyff7158 2 жыл бұрын
Wah sedap sangat dn menyelerakn. Terbaik kongsi Che Nom. 👍👍😍
@rosmahwahid8566
@rosmahwahid8566 2 жыл бұрын
Waalaikumsalam Che Nom,wow sedap nye mee goreng basah ni,terliur tengok😋😋😋
@nurjannah7
@nurjannah7 2 жыл бұрын
Wasalam Che Nom. Timing terbaik lah kebetulan ada 1 packet mee kuning kat rumah. Nnti kita masak utk lunch. Nak jugak! Plss..Tutorial cili kisar tahan lama! 😁 tqsm Che Nom 🥰
@littleangel5649
@littleangel5649 2 жыл бұрын
Setiap kali tgok video che nom mesti sedih. Saya belajar masak dari che nom disebabkan pkp yg pisahkan kami adik beradik dgn mak ayah saya sbb diorg kerja luar. Alhamdulilah Hari hari adik beradik request masakan dri che nom.
@izzatifauziah6277
@izzatifauziah6277 2 жыл бұрын
Br terdetik hujung minggu ni nk buat mee grg daging , sekali che nom dh buat kuar video ni .. sy geng che nom ..suka tauge byk2 ..siap letak yg fresh2 lg utk tbur masa nk mkn
@anntyaze
@anntyaze 2 жыл бұрын
Nak Che Nom. Thank you. Belajar update cara buat cili kisar 2 macam.
@qanahwawa
@qanahwawa 2 жыл бұрын
Masha Allah, nampak menyelerakan
@jetterbang6394
@jetterbang6394 2 жыл бұрын
Da try td ...alhamdulillah mmg sedap. Tp silap sbb x rebus lama daging tu. Halalkn resepi che nom.
@jamaliahmddom5570
@jamaliahmddom5570 2 жыл бұрын
Suka dengar suara che nom
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Terima kasih Jamaliah 😊
@noorkaseh947
@noorkaseh947 2 жыл бұрын
Mesti Cuba ni tqsm che nom .... Selalu menjadik resepi dari mu.. semalam baru buat churos.... Esok Mee goreng basah la
@faryuniesayop1454
@faryuniesayop1454 2 жыл бұрын
Nak masak ja comfirm tengok channel Che nom dulu ,favvvv channel masak ii ,thanks Che nom ,jarang tak padu .sampai dah recommend dekat saudara mara 😍
@razifrr744
@razifrr744 2 жыл бұрын
Hujan hujan ni makan Mee goreng che nom buat.meletup
@arieakmal
@arieakmal 2 жыл бұрын
Saya geng taugehhh..hahaha..salu husband masak mee..dia buat lagi sedap..lepas ni nk lawan la..sapa lagi sedap..dah ada resepi Che Nom ni..saya dok pakai resepi pes cili Che Nom yang video dulu tu...yg tu pun stahun xrosak lagi..cyez tak tipu..mai la upload baru resepi pes cili tu..kot ada tips baru..maceh Che Nom..😘😘
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Geng taugeh 🙌😆 Ye kalau guna elok2 tahan lama ciki kisar tu. Takda lah apa perbezaan sangat sis, guna yg lama pun ok
@unimira123
@unimira123 Жыл бұрын
mantap betul resepnya mba.. enak sekali sepertinya.. terimakaih telah berbgai resep mba..
@JSBEjaB
@JSBEjaB 2 жыл бұрын
Mashallah menyelerakan , saya nonton sambil makan ayam masak kicap..Thank you for sharing Cik Nom
@terrarossa1509
@terrarossa1509 2 жыл бұрын
Che nom idola ku dlm bidang masakan...cba lah resepi Che Nom kompom jadi punya..Che Nom tak lokek tips dan jujur...terbaik Che Nom 👍❤️
@ikhsannurrahman3621
@ikhsannurrahman3621 2 жыл бұрын
Nampak sedap akak buat mie Itu saya nak mencoba lah untuk membuat mie macam akak buat tu dan cara membuat nya nampak mudah
@inazarina3793
@inazarina3793 2 жыл бұрын
Sedap nampaknya terliur tengok nanti nk cuba buat le
@muslehaberau2809
@muslehaberau2809 Жыл бұрын
Assalamualaikum che Nom... Tkasih sebb sentiasa berkongsi resepi.Saya dan anak2 memang suka mencuba resepi dari che Nom Alhamdulillah semua sedap2.
@lization4748
@lization4748 6 ай бұрын
Sedappp sangat,love yr cooking.Tq che nom..
@rosdibinrahman5800
@rosdibinrahman5800 3 ай бұрын
Tuuuuu diaaaa,Saya dh buat utk tetamu Raya mereka ckp tak cukuppppp,Saya pon ckp ikot resepi Che Nom nihhhh,mereka pon saper Che Nom tuhhhh,hahhhhhh Saya perkenalknlh vlog Che Nom trus dieorg subscribe 👍☺️
@HARUHARUKITCHEN
@HARUHARUKITCHEN 2 жыл бұрын
Sedap ni che nom..jadi teringat pas kerja kilang di sana
@sapwan-2612
@sapwan-2612 2 жыл бұрын
Mee goreng basah cara ini memang sodap.
@ssd1662
@ssd1662 2 жыл бұрын
Baru terdetik nak masak mee goreng dengan daging korban. Sekali keluar video. Masyaa Allah, tq Che Nom ❤️🥰
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Elok sangat tu boleh masak. hehe. Sama2 😊
@baizurashariff3503
@baizurashariff3503 2 жыл бұрын
Terima kasih cik Nom! Banyak resepi2 cik Nom yg Saya da Cuba, mmg menjadi. Semoga dimurahkan rezeki cik Nom! ❤️
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Amin Terima kasih Baizura 😊
@apemsolocaster7569
@apemsolocaster7569 2 жыл бұрын
Air rebusan daging tu mantap..kena try ni😋😋
@sulisslamet5072
@sulisslamet5072 2 жыл бұрын
Terima kasih cik nom,wajib coba ni.masak ikut resipi cik nom selalu menjadi Alhamdulillah. Moga cik nom dimurah kan rezeki. Aamin
@malaamanda5379
@malaamanda5379 Жыл бұрын
Woww che nom sungguh selera tgok mee basah daging tu 💫💫💫💫💫 sy bg che nom terbaikkk..
@wazzupgirl3291
@wazzupgirl3291 Жыл бұрын
Dah buat memang terbaik😍🤩🤩🤩🤩dpt pujian tinggi melambung lg suka msak2..hihi
@rosidahmohamad7941
@rosidahmohamad7941 2 жыл бұрын
resepi yg ditunggu² sdh muncul...tq che nom
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Sama2 Rosidah 😊
@ManBro
@ManBro 2 жыл бұрын
Wow wow wow sedapppp sangat😋 Terima kasih Che nom kerana resepi ni saya akan cuba 😊👍
@mohdzulfazlidzulkifli2380
@mohdzulfazlidzulkifli2380 2 жыл бұрын
Saya dah cuba resepi cik nom..sedap sgt...tq resepi..tak ckup rasa mee tadi..tapi saya pakai mee lidi
@noorazizahnasarudin9250
@noorazizahnasarudin9250 2 жыл бұрын
Sedap menyelerakan kesukaan saya ini
@natasyaning
@natasyaning 2 жыл бұрын
Mie goreng basah dengang daging looks delicious 😋😋😋trimakasih Che nom resepi nya👍👍
@aasaymafarooq2593
@aasaymafarooq2593 2 жыл бұрын
Terima kasih cik num. semoga Di berkati
@audidluqmanazizan2886
@audidluqmanazizan2886 2 жыл бұрын
Saya lapar....hntr sepiring utk sy che Nom..🤤🤤🤤.tergoda.tq che nom..! Love..,❤️
@hafidzrusydi5462
@hafidzrusydi5462 2 жыл бұрын
Baru je buat che nom semalam. Menambah nambah wife sy makan. Nak cakap resipi sy mcm overclaim pulak, haha terus ckp che nom punya. Patutlerrr rasa ngam di tekak
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Tergelak Che Nom baca komen ni. 😂
@hamizahhamizah6533
@hamizahhamizah6533 2 жыл бұрын
My fvrote ni...basah2....taugeh bnyak2...perah limau..pehhhhhhh..jgn lupe timunnnnnnn..hihi
@tumpangtanya9093
@tumpangtanya9093 2 жыл бұрын
Rare btul la bekas bawang tu.. teringat knuri dlu2..
@bobbychannel3497
@bobbychannel3497 2 жыл бұрын
Alhamdulillah First !
@natasyahanifah4426
@natasyahanifah4426 2 жыл бұрын
Chenom !! Buat lah resepi nasi kerabu pulakk🤩🤩 sy tiap kali masak memang akan tengok resepi chenom ... resepi nasi kerabu please 👉🏻👈🏻🥺
@atekaosmena8046
@atekaosmena8046 2 жыл бұрын
Wuhh terbaiklah che nom, saya smpai trmimpi dtg makan g dapur che nom 🤣🤣🤣 Nak che nom tunjuk cara buat chili paste 🤤😍😍
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
😂👍👍
@chenorliadin7612
@chenorliadin7612 2 жыл бұрын
Boleh tunj,ùk nak bagi cìĺì kisar tahan lama
@shahjulai
@shahjulai 2 жыл бұрын
Waalaikumussalam wbt. Menu biasa tapi sedap😀😀😀😀.. makan plk dgn keropok keping😋😋😋😋
@LOGUS9911
@LOGUS9911 2 жыл бұрын
Sedaap nya nak cuba masak mantap
@rihadatianchannel1243
@rihadatianchannel1243 2 жыл бұрын
Mantap pasti enak...saya pasti coba tu resep..
@cikhazz
@cikhazz 2 жыл бұрын
terima kasih Che Nom, selalu share resepi sedap2! selalu cuba alhamdulillah jadi :D
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Sama2 Cik Hazz. Alhamdulillah 😊
@sakinahsakinah6739
@sakinahsakinah6739 2 жыл бұрын
Sedap sangat gayanya.tq che nom.
@KEROPFAIS
@KEROPFAIS 2 жыл бұрын
seriously mmg betul2 nampak menarik!!
@mohdhawizmohdhassan5304
@mohdhawizmohdhassan5304 2 жыл бұрын
Dh beberapa menu che nom saya cuba. Alhamdulillah sedap resepinya.tq che nom
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Alhamdulillah
@esahnas3129
@esahnas3129 2 жыл бұрын
Memang terbaiklah che nom
@sarimahhashimah6322
@sarimahhashimah6322 2 жыл бұрын
Ada menu mee pulak. Mari kita tengok cara memasak sebuah hidangan Mee Goreng Daging Basah dari Che Nom! Kalau kita buat sendri biasa je! rasa tak sedap sangat. Ini mendorong mls. msk. KITA!. Kalau menjadi nanti ada rasa pedas lagi sedap!! boleh dijual dgn. harga berbaloi!. Tapi jgn. terlalu pedas nanti budak kecik tak boleh rasa!. Nanti tak add lagi!. Terima kasih Che Nom.
@dianabrondbo5606
@dianabrondbo5606 2 жыл бұрын
Hi che noh saya masak pakai spagetti susah nak cari mee kuning di Norway mee kuning saya ala spagetti sedap rasa nya pakai resepi che noh terbaik terima kasih wassalam dari jauh .
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Hai Diana. Sama2. Jauh nya di Norway. Stay safe and healthy 👌
@faryuniesayop1454
@faryuniesayop1454 2 жыл бұрын
Btw saya dah siap mencuba ,walaupun saya buat 2 bungkus mee ,tak pekat tapi tetap sedapp !!
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Alhamdulillah 😊👍👍
@CCLG168
@CCLG168 2 жыл бұрын
Oh my favorite Malay Mee Goreng! Love you Cik Nom! Is a must keep recipe!
@nornadianornadia3193
@nornadianornadia3193 2 жыл бұрын
Saya suka tgk cara Che nom masak. Simple tp sedap. Next blh x Che nom ajarkan masakan labu manis masak lemak + bayam hijau😍
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
InsyaAllah 😊
@puansarahbintiahmad6938
@puansarahbintiahmad6938 2 жыл бұрын
Sedapnya ..cntik je cik nom buat mee goreng basah mee nya x kembang. Next time nak resepi mee goreng x pedas. Nyummss
@fivestar5216
@fivestar5216 2 жыл бұрын
Tksh che nom, blh cuba ni esok pg
@norrasidrasid4264
@norrasidrasid4264 2 жыл бұрын
😁👍
@pawonndesoo
@pawonndesoo 2 жыл бұрын
Enak sekali... Segar... Mantap che nhom
@twinsiti
@twinsiti 2 жыл бұрын
Wow sedapnya nya mee goreng daging ni kegemaran saya ni kak che nom.. terus lapar jadi nya 😁... kebetulan ada stok ni kat peti ais lepas ni boleh lah sya goreng kejap lagi lah..🤭🤗😅♥️
@ranjit_kaur
@ranjit_kaur 2 жыл бұрын
Thanks for ur yummiest recipe 😋 Che Nom. Chilli paste recipe please, spicy n non spicy 😋. Thank u
@wansura5938
@wansura5938 2 жыл бұрын
Che nom power sangat
@hhanim60
@hhanim60 2 жыл бұрын
Terima kasih Che Nom! Saya akan cuba!
@hanayaniyani9523
@hanayaniyani9523 2 жыл бұрын
Duuuy sir lir nih tak tahan che nom
@iis_iis
@iis_iis 2 жыл бұрын
Menyelerakan betul la..😋😋👍
@erin6104
@erin6104 2 жыл бұрын
🤤geng taugeh 🙋🏻‍♀️ resepi cili UP 👍
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
😆👍
@ShidaRadzuan
@ShidaRadzuan 2 жыл бұрын
Kena cuba ni. Tq share resepinya che nom ❤❤
@Madpezadam
@Madpezadam 2 жыл бұрын
Ummmm dapppp
@yttean98
@yttean98 2 жыл бұрын
I like the sauces & spices you put in should taste delicious.
@emodreadgeek
@emodreadgeek 2 жыл бұрын
Che Nom, mee goreng daging basah nampak sedap lah! Boleh buat video chilli kisar pedas dan tidak pedas? Terima Kasih!
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
InsyaAllah 😊
@ietadalina5614
@ietadalina5614 2 жыл бұрын
Nak tgk cara bt cili kering homemade cik nom
@akubudakbiasaja2766
@akubudakbiasaja2766 2 жыл бұрын
Dah try. Sangaaaaat sedap dan senang. Tq Che Nom! :)
@ashzaziah6947
@ashzaziah6947 5 ай бұрын
😊 Alhamdillah ❤
@tengkuelmeris1818
@tengkuelmeris1818 Жыл бұрын
Che nom kite genggg 🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♂️ Geng taugeh 😋😋😋😋😋😋 🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱
@sitinurhazwanizaid502
@sitinurhazwanizaid502 Жыл бұрын
Tq che nom, otw nak try resepi ni hehehehhee..
@faimer710
@faimer710 2 жыл бұрын
Macam tahu2 je harini nak masak mee goreng basah 😚
@hasimahmohd8284
@hasimahmohd8284 2 жыл бұрын
Wow boleh cuba nnti 😀
Mee Goreng Daging Ala Mamak | Versi sempoi
10:33
Che Nom
Рет қаралды 313 М.
Cara Buat Mee Goreng Daging | Buatkan Ramai Yang Terliur
5:52
Rezeki Dapur Kita
Рет қаралды 1,7 МЛН
No empty
00:35
Mamasoboliha
Рет қаралды 12 МЛН
Kuetiau Kerang Ala Pasar Malam & Cili Jeruk
8:47
Che Nom
Рет қаралды 518 М.
Bihun Singapore dan Sambal Kicap
11:28
Che Nom
Рет қаралды 451 М.
Mee goreng basah & mee goreng sup Lawas, Sarawak style
10:01
GlennzedTv Channel
Рет қаралды 42 М.
Mee Udang ala Sg Dua, dia punya surr!
12:09
Che Nom
Рет қаралды 378 М.
Sambal Paru Goreng Rangup, pedas krup krap!
9:02
Che Nom
Рет қаралды 104 М.
Bihun Goreng Legend, cara nenek dulu-dulu..
8:12
Che Nom
Рет қаралды 272 М.
Cara Paling Cepat & Sedap Buat Mee Goreng Mamak!!
3:24
Sheila rusly
Рет қаралды 934 М.
Mi Goreng Telur, cukup simple tapi...
6:58
Che Nom
Рет қаралды 72 М.
Malaysian Fried Yellow Noodles - Mee Goreng
5:35
Nasser's Kitchen
Рет қаралды 34 М.
No empty
00:35
Mamasoboliha
Рет қаралды 12 МЛН