Enjin Proton CamPro IAFM vs IAFM +

  Рет қаралды 8,952

Jamal MA

Jamal MA

2 жыл бұрын

Enjin Campro IAFM
Enjin Campro 1.3L IAFM yang dipasang pada Proton Saga generasi kedua.
Secara ringkasnya, enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), mula dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-
IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.
Enjin Campro IAFM mula digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani sepenuhnya.
Sementara itu, versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line, Proton Persona, Proton Saga FL dan Proton Saga BLM Model Teksi mulai tahun 2009.
Enjin Campro IAFM+
Generasi kedua enjin Campro IAFM, dikenali sebagai enjin IAFM+, mula ditampilkan pada model 2011 Proton Saga FLX.[8] Enjin IAFM+ baharu ini ditala untuk digandingkan dengan kotak gear CVT baharu keluaran Punch Powertrain yang memerlukan kelajuan operasi enjin maksimum dihadkan daripada 6,500 rpm bagi enjin IAFM generasi pertama kepada hanya 6,000 rpm.[9] Hasilnya, enjin 1.3L IAFM+ menghasilkan kuasa kuda maksimum 94 bhp (70 kW) @ 5,750 rpm dan 120 N·m (89 ka·lbf) kilasan, sementara enjin 1.6L pula menghasilkan kuasa kuda maksimum 108 bhp (81 kW) @ 5,750 rpm dan 150 N·m (110 ka·lbf) kilasan.[10][11] Gabungan enjin Campro IAFM+ baharu dengan kotak gear CVT menghasilkan penjimatan penggunaan bahan api masing-masing sebanyak 4% dan 10% bagi pemanduan bandar dan lebuh raya.[8]
ms.wikipedia.org/wiki/Enjin_P...
#jamalma #proton #campro #saga #pesona #iriz

Пікірлер: 24
@weekendrestoration7440
@weekendrestoration7440 Жыл бұрын
suara iconic seperti mesin jahit apabila iafm sudah rosak 😊
@afiqalwi4604
@afiqalwi4604 4 ай бұрын
sistem iafm ni antara yg terbaik.tetapi kekurangan dari segi kualiti material pembuatan.flipper dan actuator tu senang rosak (jadi free play).mungkin lebih baik jika dibuat daripada material aloi yg lebih tahan
@mohammadsulaimanmdzahid9836
@mohammadsulaimanmdzahid9836 Жыл бұрын
Patut la rom rendah sangat sampai enjin selalu mati bila berhenti. Penjelasan padu
@kasturiGM
@kasturiGM 2 жыл бұрын
saya punya persona first model non iafm. boleh tak saya nak tukar ke intake iafm? kalau boleh , plug and play saja ke, perlu tukar ecu? walaupun iafm macam manja dan ramai bypass atau tukar intake biasa, saya suka sistem iafm. ringan dan menjimatkan minyak. yelah, campro punya enjin ni low rpm berat.
@muhdizhar8746
@muhdizhar8746 18 күн бұрын
Saya menananti apakah lgi fungsi iafm ni..adakah iafm ni boleh menambah kuasa engine atau hanya sekadar buka tutup laluan angin ....
@JamalMA
@JamalMA 16 күн бұрын
Tujuan utamanya ialah untuk penjimatan. Kuasa injn tetap pada kadar yang telah di set pada ecu.
@khairulmizam6858
@khairulmizam6858 Ай бұрын
Boleh ke actuator atau vacum ni setting lebih daripada 3000rpm.
@muhdizhar8746
@muhdizhar8746 18 күн бұрын
cuba kmu start engine dn kmu sentuh pada vacuum tu dn sorg tekan padel minyak,smpai berapa rpm naik dn vacume tu membuka buterfly..kereta persona sya dalam rpm 3k vacume tu dh buka butterfly...
@astra3459
@astra3459 Жыл бұрын
Assalamualaikum tuan, merujuk kpd minit 9:50, adakah tuan maksudkan pada rpm 6500 baru IAFM berfungsi (short runner)? Btw utk pemanduan biasa, jarang kita hit rpm setinggi itu (biasa max rpm ~4000). Jadi, adakah short runner ini sgt jarang berfungsi? Mohon pencerahan . Terima kasih.
@JamalMA
@JamalMA Жыл бұрын
Ya.. Memang jarang. Kalau drive dalam bandar shj memang tidak akan buka la..
@jeffpro6737
@jeffpro6737 4 ай бұрын
@@JamalMA kita bole dpt rasakan tak bila vavle tuh terbukak?
@aahmadt123
@aahmadt123 2 жыл бұрын
Biasa intake akan switch from long runner kepada short runner adalah apabila graf torque dah sampai peak torque dan graf mula nak menurun pada rpm tinggi btul tak?short runner akan activate untuk support horse power pulak. Btulkan klau salah
@JamalMA
@JamalMA 2 жыл бұрын
Sangat tepat.. 👍👍
@astra3459
@astra3459 Жыл бұрын
Maknanya, bukan fix pada rpm tertentu lah short runner akan terbuka? Btw vacuum actuator dikawal semata2 oleh tekanan atmosfera atau bagaimana? (kerana bukaan short runner dikawal oleh vacuum actuator). Mohon pencerahan. Terima kasih.
@Z.z.z.z.
@Z.z.z.z. 2 жыл бұрын
Honda enjin R series pun pakai variable intake manifold. menarik
@JamalMA
@JamalMA 2 жыл бұрын
Ya.. tepat. R 18 VTEC, VTI & VIM
@kamarulariffin6548
@kamarulariffin6548 9 ай бұрын
Salam tuan, campro cps ade ke sistem ni?
@JamalMA
@JamalMA 9 ай бұрын
Sy ada buat video ttg CPS juga. Cuba tengok.
@kamarulariffin6548
@kamarulariffin6548 9 ай бұрын
@@JamalMA ok trm ksh.
@capiitz4725
@capiitz4725 2 жыл бұрын
Penyampaian kurang jelas da tidak lancar. Semoga diperbaiki lagi di masa akan datang
@SazmieWillie
@SazmieWillie 2 жыл бұрын
apa kesan kalau pakai iafm yg modded (dibuang butterfly)
@stormrage9666
@stormrage9666 2 жыл бұрын
Tiada prestasi yang bagus
@hamirumar
@hamirumar 2 жыл бұрын
minyak mandiiii.. 😂😂😂
Intake Manifold Punca Engine Rosak | Persona Saga BLM Saga FLX
15:27
Proton Exora | Enjin CamPro CFE Turbo VVT | Apa maksud CFE ?
11:24
아이스크림으로 체감되는 요즘 물가
00:16
진영민yeongmin
Рет қаралды 36 МЛН
когда повзрослела // EVA mash
00:40
EVA mash
Рет қаралды 4,1 МЛН
manifold sistem aifm fungsi dan penerangan persona
19:04
CK Yusoff
Рет қаралды 43 М.
Saga Vvt | Kuat Minum Petrol | Berat Bila Pecut
5:39
Bbauto
Рет қаралды 4,4 М.
Reset Throttle Body Campro #projek62 | Lihat DESCRIPTION
4:37
PROJEK 62
Рет қаралды 482 М.
Proton CAMPRO CPS Video
5:28
TheCarFetish
Рет қаралды 126 М.
Proton PERSONA ELEGANCE: Sebuah Facelift Paling Berjaya!
15:46
Nazz Abdullah
Рет қаралды 178 М.
Cara Tukar intake manifold iafm Proton Saga BLM ( part 2 )
48:11
Anfiey channel
Рет қаралды 12 М.
heavy equipment
0:26
Mr PumpOperator Saudi Riyadh
Рет қаралды 14 МЛН
Учить дальнобоев, было ОШИБКОЙ
0:49
Дикий ДИК
Рет қаралды 590 М.
very dangerous 😱 & heavy duty 🚜 |69| #loader #cars #constructionvehicle #loadertruck #cranetruck
0:14
MK Bike Stunt• 532k views • 8 hours ago
Рет қаралды 1,8 МЛН