Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 2)

  Рет қаралды 8,644

Pusaka atau Saka!?

Pusaka atau Saka!?

3 жыл бұрын

Antara isu utama dalam pembahagian faraid bagi pasangan suami isteri yang tiada anak adalah isu harta sepencarian.
Harta sepencarian secara mudahnya bermaksud harta yang dikumpul atas usahasama pasangan suami dan isteri.
Namun, seringkali terjadi hak ini dinafikan terhadap pasangan yang masih hidup apabila berlaku kematian kepada salah seorang daripada mereka.
Ini berlaku kerana daripada segi pembahagian faraid, pasangan yang ditinggalkan ini akan berkongsi harta peninggalan bersama dengan waris-waris lain yang merupakan ahli keluarga pasangan yang telah meninggal tersebut.
Sebagai contohnya, semasa hidup mereka ada membeli sebuah kereta. Tetapi nama di dalam geran kereta tersebut hanyalah seorang sahaja sedangkan mereka membayar bersama-sama. Apabila pemilik nama di dalam geran meninggal dunia, harta itu dianggap sebagai pusaka sepenuhnya dan perlu dibahagikan secara faraid.
Terdapat kaedah merancang harta yang dijamin oleh undang-undang bagi memastikan hak ini dipelihara. Sila tontoni video
Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 1):
• Faraid Kritikal: Pasan...
Maklumat lanjut, boleh hubungi : whatsform.com/hdycuo

Пікірлер: 38
@user-fp2zz9mb6v
@user-fp2zz9mb6v 4 ай бұрын
Baik, terima kasih
@ABDULMAJID-du2yh
@ABDULMAJID-du2yh 7 ай бұрын
Jika suami yang tidak anak dan meninggal , agihan pusaka jatuh kepada waris (isteri) persoalan nya jika isetri tersebut meninggal adakah pusaka itu jatuh kepad anak tiri nya.
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 7 ай бұрын
Jika tiada anak, bahagian Isteri adalah 1/4. Jika selepas itu isteri meninggal dunia, hartanya isteri akan jadi faraid nya termasuklah bahagian 1/4 tadi. Jika isteri itu ada anak lain, anak itu juga waris
@jehanjasni5039
@jehanjasni5039 Жыл бұрын
Asalamualaikum tuan… suami isteri berkahwin dan mmpunyai harta sepencarian rumah….Dan isteri mmpunyai ank dr bekas suami dlu….hasil perkahwinan mereka tiada ank…. Isteri mati… rumah jatuh ats sapa ye tuan…sama ada suami yg baru atau ank
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka Жыл бұрын
Wa'alaikumussalam. Anak dan suami adalah waris yg layak. Dan kena waris-waris yang lain juga seperti ibu bapa, atok nenek, adik beradik, dsb. Ada 25 golongan semuanya
@seafoodin
@seafoodin 2 жыл бұрын
Ayah saya ada lima saudara, semuanya sudah menikah. Adik ayah saya laki laki sudah menikah tetapi tidak punya anak, sedang saudara lainnya ada punya anak... sekarang yang masih hidup ayah saya dan adik laki laki yg tidak punya anak... bulan lalu, adik ayah saya meninggal, sedang istri masih ada, ayah ibu tak ada, saudara masih hidup ayah saya saja... bagaimana pembagian harta faraidnya... terima kasih.
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Kalau atok nenek ke atas juga tiada....1/4 isteri, 3/4 ayah tuan. Boleh gunakan kalkulator faraid di sini: faraid.usm.my/msl/pengiraan.asp
@shahrul6057
@shahrul6057 11 ай бұрын
Salam . Kalau si mati ada anak perempuan sahaja adakah adik lelaki si mati berhak tuntut juga faraid.. bersama bapa kandung sekali..
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 11 ай бұрын
Salam. Bapa kandung adalah waris utama tak kira sama ada ada anak lelaki atau tidak. Adik beradik lelaki dan perempuan adalah waris jika arwah hanya ada anak perempuan dan tiada bapa, datuk dan ke atas
@user-fp2zz9mb6v
@user-fp2zz9mb6v 4 ай бұрын
Salam Tuan, ada video mengenai hibah Tabung Haji?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 4 ай бұрын
Belum ada lagi tuan/puan. Ada apa2 spesifik info yg diperlukan?
@user-fp2zz9mb6v
@user-fp2zz9mb6v 4 ай бұрын
@@pusakaatausaka saya dan isteri telah buat hibah Tabung Haji (suami kpd isteri dan isteri kepada suami) Sekiranya isteri meninggal dunia, adakah simpanan Tabaung Haji saya yg telah dihibahkan kpd isteri perlu dibahagi secara faraid atau kekal menjadi hak saya?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 4 ай бұрын
Perlu dibahagikan faraid isteri. Dalam hibah akaun tabung haji di tabung tu sendiri, tiada syarat "harta akan kembali kepada pemberi jika penerima meninggal terlebih dahulu". Kalau yang biasa saya buatkan pula, saya akan masukkan syarat ini utk jaga kepentingan pemberi.
@user-fp2zz9mb6v
@user-fp2zz9mb6v 4 ай бұрын
Salam, prinsip yg sama terpakai utk hibah ASB?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 4 ай бұрын
@user-fp2zz9mb6v tidak. Kalau tuan nk hibahkan asb, tabung haji, akaun bank, rumah, tanah, kenderaan, saham syarikat, dll...boleh whatsapp saya
@zulhamizanhalimi9502
@zulhamizanhalimi9502 3 жыл бұрын
Assalamualaikum tuan..saya ingin bertanya.. bagaimana jika simati meninggal,tidak mempunyai anak,tiada adik beradik yg masih hidup.. bagaimana cara pembahagian harta mengikut faraid?? Terima kasih tuan
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 3 жыл бұрын
Salam tuan. Sebenarnya waris faraid ni ada 25 golongan. Isteri/suami, anak lelaki dan perempuan, mak ayah adalah waris yang utama. Jika mereka tiada, ada 20 lagi golongan waris yang menunggu. Insyaallah saya akan buat video bagaimana nak kira faraid menggunakan kalkulator faraid. Atau tuan boleh hubungi saya di link whatsapp utk kita bincang lbh panjang, sebab agak kompleks ni. Sementara itu, tuan boleh ke website ini utk melihat senarai waris faraid faraid.usm.my/msl/faraid.asp
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Tuan boleh isikan borang ini utk kiraan faraid: forms.gle/YUCJwAzbFFPvGog96
@mugoikoroshiya
@mugoikoroshiya 2 жыл бұрын
@@pusakaatausaka Tq sbb sharing, encik
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Welcome 😊
@heningsriasih5852
@heningsriasih5852 2 жыл бұрын
Salam. Bagaimanakah agihan harta pusaka utk istri yg tak punya anak tp arwah suami memiliki anak lelaki 3org dr perkawinan terdahulu?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Anak lelaki adalah waris seperti kiraan faraid biasa. Penceraian dengan isteri lama tidak memberi kesan kepada hak faraid anak2
@heningsriasih5852
@heningsriasih5852 2 жыл бұрын
@@pusakaatausaka maksutnya hak balu 1/4 dr seluruh harta arwah ke?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Hak balu adalah 1/8 sebab arwah suami sudah mempunyai anak
@heningsriasih5852
@heningsriasih5852 2 жыл бұрын
@@pusakaatausaka terimakasih pencerahanya tuan.
@husyusz3027
@husyusz3027 2 жыл бұрын
Maaf bertanya sekiranya pula arwah anak tidak sah taraf. Adakah adik beradik dan ibu bapa sebelah arwah berhak mendapat faraid
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Setahu saya, anak tak sah taraf terputus hubungan dgn bapanya (dari segi hak faraid). Hak ibu tiada perubahan. Adik beradik pula dianggap adik beradik seibu shj(jika ibunya berkahwin dgn ayah biologinya)
@user-fq9cd4tq7g
@user-fq9cd4tq7g 7 ай бұрын
Kalau sebelum kematian sudah di beri sebagai hibah kepada anak saudara secara akad,kerana dia tidak mempunyai zuriat dengan isterinya adakah faraid masih ada?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 7 ай бұрын
Harta yg sudah dihibahkan, terkeluar dari pusaka. Cuma PROSES pusaka mgkn masih perlu lalui
@user-fq9cd4tq7g
@user-fq9cd4tq7g 7 ай бұрын
@@pusakaatausaka maksud nya? Kalau dah tak da pusaka lain hanya rumah itu sahaja dan sudah dihibahkan..tiada siapa boleh pun boleh tuntut?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 7 ай бұрын
@user-fq9cd4tq7g kalau dari segi hukum dah tak boleh dituntut oleh waris lain. Tapi sbb rumah adalah harta berdaftar (pendaftaran atas geran di pejabat tanah), dan jika hibah dibuat tanpa penukaran nama dalam geran, maka kena lalui proses tuntutan pusaka juga Tapi jika nama dlm geran sudah ditukar kpd penerima, tiada lagi proses tuntutan pusaka
@user-fq9cd4tq7g
@user-fq9cd4tq7g 7 ай бұрын
@@pusakaatausaka ya kes ni dah buat akad dengan sekali dengan org pejabat tu antara pemberi dan penerima dah selesai,kerana kehendak rela pemberi tu sendiri.tetapi ada yg bising mahu meletakan nama mereka sekali walau pun pendua,masalah nya pemberi tak mahu.risau berlaku nya ugutan.
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 7 ай бұрын
Kalau dah selesai tukar nama, waris yg lain dah takde hak. Kalau berlaku ugutan, boleh ambil tindakan undang2
@ahmadfadhilalias725
@ahmadfadhilalias725 8 ай бұрын
Salam tuan, jika suami isteri tersebut hanya ada 1rumah tempat berteduh, 1kenderaan utk kegunaan harian.. Jika salah seorang tiada, adakah perlu di jual utk di Faraid kn??.
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 8 ай бұрын
Salam. Jika salah seorang tiada, hanya hartanya sahaja perlu difaraidkan (selepas ditolak hutang, kos kebumi, wasiat, dll). Asasnya semua waris yg berhak akan mendapat PEMILIKAN terhadap harta. Kalau rumah, semua nama waris akan masuk dalam geran ikut bahagian faraid masing2. Maksudnya mereka semua itu pemilik baru rumah tersebut. Penjualan bergantung kpd keadaan/keperluan Tapi kalau harta tu dah dihibahkan, ia terkeluar daripada pusaka/faraid
Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 3)
10:27
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 7 М.
Ke Mana Harta Isteri Selepas Meninggal Dunia?
4:31
Mingguan Wanita
Рет қаралды 6 М.
WHO DO I LOVE MOST?
00:22
dednahype
Рет қаралды 75 МЛН
Получилось у Вики?😂 #хабибка
00:14
ХАБИБ
Рет қаралды 6 МЛН
Final muy inesperado 🥹
00:48
Juan De Dios Pantoja
Рет қаралды 19 МЛН
Tips Cara-Cara Hibah Harta Secara Tepat Dan Betul : Edisi Hibah Takaful
9:59
Tips bagaimana nak buat hibah sendiri?
7:53
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 5 М.
Antara Faraid, Hibah dan Wasiat Mana Satu Yang Terbaik?
15:07
Hanaffi Idris
Рет қаралды 13 М.
ADAKAH BUAT HIBAH PERLU PERSETUJUAN ANAK ATAU WARIS LAIN?
4:32
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 735
Faraid Kritikal : Bila Tiada Anak Lelaki
11:23
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 27 М.
TIPS HIBAH: ADAKAH HIBAH BOLEH DIBATALKAN/DITARIK BALIK ?
4:29
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 3 М.
WHO DO I LOVE MOST?
00:22
dednahype
Рет қаралды 75 МЛН