Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 3)

  Рет қаралды 6,674

Pusaka atau Saka!?

Pusaka atau Saka!?

3 жыл бұрын

Bagi pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak, mereka sering berhadapan dengan pelbagai isu pembahagian pusaka. Antara isu yang bakal dihadapi adalah pasangan yang ditinggalkan akan berkongsi harta dengan keluarga si mati, mengikut pecahan faraid. Kadangkala situasi ini menyebabkan pasangan yang hidup boleh kehilangan tempat tinggal.
Antara harta pusaka yang memerlukan perhatian adalah harta berbentuk hartanah. Harta seperti rumah, tanah, kondominium, rumah kedai dan sebagainya ini dianggap harta kritikal kerana mempunyai risiko yang tinggi disebabkan oleh:
- Harga jualan dan potensi kenaikan harga yang tinggi.
- Sukar dibahagikan kerana bukan aset cair.
- Kadar perebutan tinggi kerana sejenis aset yang kekal.
Empat kebarangkalian pembahagian pusaka yang biasa berlaku ke atas aset berbentuk hartanah:
Pertama: Waris-waris melepaskan hak.
Kedua: Waris lepaskan hak dengan kaedah tebus bahagian.
Ketiga: Waris meminta sewaan mengikut kadar sewaan biasa atas persetujuan.
Keempat: Waris minta nama mereka dimasukkan ke dalam geran.
Apakah tindakan terbaik yang perlu diambil oleh pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak?
Adakah hibah merupakan jalan penyelesaiannya?
Sila tontoni video ini
Maklumat lanjut, boleh hubungi : whatsform.com/hdycuo
Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 1):
• Faraid Kritikal: Pasan...

Пікірлер: 32
@muhamadanuarsalehudin3033
@muhamadanuarsalehudin3033 Ай бұрын
Alhamdulillah.. tkasih
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka Ай бұрын
Sama2
@xk576
@xk576 4 ай бұрын
Assalamualaikum en Saya sudah berkahwin, tp nikah di luar malaysia kerana suami ada isteri yg lain. Pendek cerita sebelum nak daftar pernikahan ini di Malaysia, suami sakit dan dia tinggal bersama isteri pertama. Sudah 3 tahun. Saya tidak mendapat sebarang nafkah sejak itu. Kami juga tiada anak. Dengan isteri yg lain beliau ada anak. Saya ingin tahu:- pertama:- jika saya meninggal adakah suami saya ada bahagian dlm harta saya kerana pernikahan kami berlaku diluar malaysia. Kedua:- saya ada sedikit simpanan, kereta yg masih dalam ansuran bulanan, sedikit tanah bserta rumah. Boleh kah saya hibah semua itu kepada adik lelaki saya. Saya juga ada 3 kakak perempuan. Atau saya perlu buat wasiat atau bagaimana
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 4 ай бұрын
Wa'alaikumussalan. 1) Ikut hukum, bahagian Suami puan adalah 1/2. Tetapi ikut undang2, suami puan tiada bahagian kerana pernikahan tidak didaftarkan. Ada risiko tinggi yang waris2 akan termakan harta batil jika tidak dirancang dgn betul kerana beza antara hukum dan undang2 2) Ada yang boleh dan ada yang tidak. Saya perlukan detail aset2 tersebut. Utk pemberian kpd adik, perlu gunakan hibah kerana wasiat tidak boleh kpd waris faraid. Puan boleh whatsapp saya di wanhaslimwanibrahim.wasap.my
@oweebeechean8637
@oweebeechean8637 5 ай бұрын
Klau yg masuk islam harta bnyk ada syarikat.suami .dan ank tiada.(blm khawin lg)mcm mana klau meningal dlm islam.harta tu dpt x kepada ibubapa sy yg blm islam..
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 5 ай бұрын
Jika tiada wasiat atau hibah, kesemuanya akan ke baitulmal. Jika nak berikan kpd ibu bapa yg blm Islam, boleh gunakan wasiat atau hibah
@2303768
@2303768 3 ай бұрын
Sekiranya isteri meninggal dunia, suami dapat 1/2, bapa si mati masih hidup. Berapa pula si bapa dapat. Ibu telah meninggal. Suami 1/2 , bapa dapat berapa
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 3 ай бұрын
bakinya jika tiada waris lain
@zanizack1731
@zanizack1731 2 жыл бұрын
Assalamualaikum tuan,kalau saya ada 2 soalan : 1. Saya ada 3 ank perempuan saja dan tiada ank lelaki.Jika saya dan isteri buat hibah kesenua harta untuk ank2 perempuan kami apabila kami menunggal adakah harta itu dapat semua kepada mereka. 2. Ketika bapa mentua sedang koma,ibu tiri telah mengambil kesemua duit didalam laci ayah mentua yg anggaran dalam 7 ribu.Ayah pernah berpesan sebelum koma untuk guna duit itu sekiranya ada kos2 spital dan buat badal haji.Kini ayah dh meninggal adakah duit yg diambil ibu tiri iitu dikira pusaka? sebab ketika dia ambil ayah belum meninggal tetapi koma.tq tuan
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Salam tuan 1. Betul, harta yang sudah dihibahkan, terkeluar daripada harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan. Maklumat lanjut boleh whatsapp di sini: wanhaslimwanibrahim.wasap.my 2. Bergantung kepada kaedah pengambilan. Jika atas persetujuan bapa mentua (semasa beliau sihat, ada persetujuan), maka tidak perlu difaraidkan. Jika duit yg diambil tanpa kebenaran/persetujuan arwah, maka ia menjadi harta pusaka. Kos hospital dan badal haji adalah hutang arwah yang perlu dilunaskan melalui harta pusaka beliau. Tetapi perlu diingat, balu masih mempunyai hak nafkah semasa iddah dan juga mungkin hak nafkah tertangguh dan harta sepencarian....selain daripada hak faraid beliau.
@zanizack1731
@zanizack1731 2 жыл бұрын
Tqvm tuan di atas pencerahan..
@wanmrazali5446
@wanmrazali5446 11 ай бұрын
Apalah kena mengena "bapa mertua" dan "ibu tiri"?
@sal8472
@sal8472 Жыл бұрын
Kalau wanita tanpa anak atau suami, tapi ada harta spt rumah Dan tanah. Saya ada ibu, adik lelaki Dan 3 kakak. Adakah Saya perlu bahagikan harta ini kepada mereka semua, atau boleh Tak Saya beri pada seorang kakak Saya sahaja yang Mana dia tiada pendapatan Dan juga janda
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka Жыл бұрын
Asas kepada menguruskan dan membahagikan harta adalah adil. Adil dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika kakak lebih memerlukan, maka lebih adil utk diberikan kepadanya. Cuma bukanlah bermaksud perlu berikan semuanya kepada beliau, bergantung kepada kebijaksanaan pemilik. Kena lihat juga apa harta yg nak diberikan
@faizzamri8120
@faizzamri8120 2 жыл бұрын
Salam tuan. Nak tanya, bukan ke selalunya orang buat hibah sebab taknak lalui proses faraid yang boleh menyebabkan waris² bergaduh?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Salam Tuan. Hibah adalah KAEDAH pembahagian harta. Tujuannya bukan untuk elakkan proses pusaka, tetapi satu cara untuk kita rancang dan bahagikan harta. Tapi hibah ni perlu melalui PROSES UNDANG2 pembahagian. Hibah mesti berlaku semasa hidup tetapi proses dari segi undang2 ini boleh dilakukan sama ada semasa hidup (pindah milik) atau selepas kematian (turun milik). Bergantung kepada keperluan. Setiap satunya ada kelebihan, kekurangan, limitation dan cara2 tertentu. Jika memilih untuk diproses selepas kematian, ia menjadi sebahagian daripada proses pusaka. Jika diproses semasa hidup, pemilik asal tak boleh/sukar nak buat hibah secara bersyarat Kalau tuan nak bertanya lebih lanjut, kita boleh berbincang lebih lanjut secara online Zoom. Insyaallah percuma sahaja
@nekonapper
@nekonapper Жыл бұрын
dalam pengalaman saya, bagus Hibah sewaktu Hidup (si mati pindah milik harta kepada anak ketika si ayah/mak hidup), penting supaya anak2 yg jahat tak boleh nafikan hibah tu dan minta faraid. biar mati nanti, faraidkan duit simpanan dan emas aja, tak perlu pening2 utk aset2 yg besar dan susah nak dibahagikan mcm rumah, tanah. bayangkan rumah yg dihibahkan akhirnya perlu difaraid, pastu yg jahat tu pula memilih utk tidak menjual bahagian dia, takkan la rumah tu nak kena asingkan sebelah bilik utk si dia? tak pasal2 kena pi mahkamah utk lawan kes, abes lagi duit kat lawyer dan bagai...
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka Жыл бұрын
Betul. Jika tiada kepentingan ke atas harta tersebut, boleh terus pindah milik semasa hidup. Cuma jika masih ada kepentingan ke atas harta tersebut, maka lebih baik buat kaedah hibah bersyarat. Contohnya ayah dah pindah milik kepada anak. Tetapi anak yang pergi dahulu. Maka rumah itu akan jadi faraid si anak dan bahagian ayah hanya 1/6. Dan jika dah pindah milik, anak tu bila2 boleh halau ayahnya atau jual rumah tersebut. Jadi, perlu buat hibah dengan meletakkan syarat tertentu utk menjaga kebajikan dan kepentingan semua pihak. Begitu juga hibah terhadap harta2 lain. Apa nasib pemberi jika penerima meninggal dahulu atau menghabiskan harta tersebut
@cikgualiff717
@cikgualiff717 Жыл бұрын
@@pusakaatausaka utk buat HIBAH kena berhubung dgn lawyer mcm mana ya
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka Жыл бұрын
Salam. Boleh hubungi saya terus. Saya akan recommend syarikat amanah yg paling berpengalaman dalam membuat hibah harta. Boleh whatsapp saya wanhaslimwanibrahim.wasap.my
@alizanalip8950
@alizanalip8950 Жыл бұрын
assalamualaikum,kalau simati tiada anak dan isteri, waris yg masih hidup cuma adik beradik lelaki1 dan prempuan 1,siapa dan brp bahagian yg dpt
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka Жыл бұрын
Salam. Jika mak ayah atok nenek moyang dan ke atas sudah tiada....adik lelaki 2/3, adik perempuan 1/3
@ramlahabdulrazak4845
@ramlahabdulrazak4845 8 ай бұрын
Assalamualaikum, sekiranya simati meninggalkan seorang isteri, seorang anak angkat (anak saudara simati) dan seorang adik perempuan...kedua ibu bapa dah meninggal...
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 8 ай бұрын
wa'alaikumusalam. Puan nak tanya faraid simati ke? Sebenarnya waris ni ada 25 golongan. Puan boleh buat kiraaan tepat di sini efaraid.mais.gov.my/EFARAID/faraidCalc.do
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 8 ай бұрын
kami ada buat kelas kiraan faraid menggunakan kalkulator tersebut. kalau puan berminat, boleh whatsapp saya utk saya invite ke dalam group wanhaslimwanibrahim.wasap.my
@prnce0usx0xo4
@prnce0usx0xo4 2 жыл бұрын
Assalamualaikum tuan.... abang saya telah kematian isteri, 4 tahun kemudian abang saya pula meninggal dunia...mereka tiada anak. Sebelum abang saya meninggal..abang ada cakap kepada adik lelaki saya " tanah aku tu engkau ambillah, sebab 1geran nama kita berdua".. Soalan saya adakah percakapan itu sebagai hibah dan tidak perlu difaraidkan? #Aruah masih mempunyai ibu, ayah, 1 adik lelaki dan 3 adik perempuan... Mohon pencerahan...terima kasih tuan.
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka 2 жыл бұрын
Salam tuan/puan. Takziah atas pemergian ahli keluarga tuan. Kalau ikut ucapan yang disebut, seperti ijab hibah. Tetapi adakah ada qabul dari penerima? Adakah terdapat tindakan drpd penerima yg menunjukkan penguasaan terhadap harta hibah tersebut ( Al-Qabd), seperti tinggal di situ, atau mengusahakan tanah itu? Jika ada, maka itu adalah hibah dan tak perlu difaraidkan.
@kakjera32
@kakjera32 Жыл бұрын
@@pusakaatausaka tuan, walaupun tiada black and white atau surat perjanjian yg ditandatangan ianya masih boleh diterima? kes sy lebih kurang begini juga, arwah bgtau melalui mulut dan penerima sudah pun menetap di tanahnya. adakah ianya boleh diterima? atau sekiranya waris lain mencabar hak itu ianya terbatal?
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka Жыл бұрын
Salam. Percakapan itu merupakan akad pemberi hibah yg merupakan salah satu rukun hibah. Cuma perlu juga patuhi rukun2 dan syarat lain seperti dalam video saya utk memastikan hibah itu sah
@pusakaatausaka
@pusakaatausaka Жыл бұрын
Jika niat yg betul, lengkap rukun dan syarat, maka hibah itu sah. Cuma perlu diproses melalui undang2 jika harta itu berdaftar, seperti harta berbentuk tanah. Sekiranya ada waris yg menentang, perlu dibicarakan di mahkamah tinggi syariah
@nekonapper
@nekonapper Жыл бұрын
@@kakjera32 waris boleh cabar, dalam kes saya, arwah abah dah bawa semua anak2 bincang, bagi hibah depan2 semua secara lisan dan saksi, tapi tiada hitam putih macam wasiat tu... bila abah meninggal, abang sulung nafikan hibah tu, minta faraid, maka rumah yg kecil tu dah nak kena bahagi2... nak jadi lagi masalah, si abang tu tak mau jual bahagian dia dlm rumah tu... aduh, nak kena fight di mahkamah pula utk dptkn sebiji rumah tu... abes duit kat lawyer dan bagai :(
@sitiwin7597
@sitiwin7597 2 жыл бұрын
Maaf agak susah saya meneerima bahasanya saya orang jawa 😂
Faraid Kritikal : Bila Tiada Anak Lelaki
11:23
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 27 М.
Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 2)
7:46
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 9 М.
The joker's house has been invaded by a pseudo-human#joker #shorts
00:39
Untitled Joker
Рет қаралды 11 МЛН
Василиса наняла личного массажиста 😂 #shorts
00:22
Денис Кукояка
Рет қаралды 9 МЛН
Please be kind🙏
00:34
ISSEI / いっせい
Рет қаралды 179 МЛН
Ke Mana Harta Isteri Selepas Meninggal Dunia?
4:31
Mingguan Wanita
Рет қаралды 6 М.
Hibah Rumah : 5 Perkara Yang Anda WAJIB Tahu Jika Nak Hibahkan Rumah
20:09
Tips Cara-Cara Hibah Harta Secara Tepat Dan Betul : Edisi Hibah Takaful
9:59
Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 1)
7:33
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 17 М.
Tips bagaimana nak buat hibah sendiri?
7:53
Pusaka atau Saka!?
Рет қаралды 5 М.
The joker's house has been invaded by a pseudo-human#joker #shorts
00:39
Untitled Joker
Рет қаралды 11 МЛН